Sabtu, 1 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Merentas Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong

Assalamualaikum wbt

Pada hari Sabtu, 1 Februari 2014 baru ni, aktiviti Jom Kurus 1 Malaysia Puchong mengadakan aktiviti di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.Tempat ini merupakan kawasan hutan simpan kekal di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Selangor dan sebahagian kawasan ini juga adalah dibawah tanggungjawab UPM yang merupakan Hutan Pembelajaran. Ada beberapa laluan masuk ke hutan ni, semasa aku mula-mula berpindah ke Puchong dulu, aku selalu masuk melalui Saujana Puchong SP10 melalui Pejabat Renjer UPM. Masa tu peraturan belum berapa ketat lagi sebab Puchong ni pun belum membangun seperti sekarang. Memang selalu waktu tengahari aku naik motor pergi mandi-manda di Air Terjun yang terdapat dalam hutan ni, memang syok air terjun dia. Tapi sekarang bila penduduk dah semakin ramai, semakin ramai orang yang masuk ke hutan ni dengan pelbagai tujuan, kawalan renjer diperketatkan. Kawasan air terjun dah tak boleh masuk sebab banyak kejadian lemas. Air terjun tu memang dalam. Pengalaman aku mandi di situ,aku tengok budak-budak jahat hidu gam, isap ganja, bila dah lalok, diorang ni macam dah tak takut. Aku tengok sendiri salah seorang budak yang mula-mula takut-takut, tapi lepas sedut gam dalm plastik tu, jadi berani terjun tak tentu hala. Bawah air terjun tu ada batu, silap terjun boleh tersepit, tu jadi lemas tu. Aku tak berani lah nak tegur budak-budak begini, tambahan pulak, aku sorang, diorang ramai.. tak pasal-pasal je.. 

Wah, panjang pulak pengenalan aku tentang Hutan Simpan Air Hitam ni, kalau nak cerita pasal hutan ni, mahu lenguh jari aku menaip. Aku nak bercerita aktiviti Jom Kurus 1 Malaysia Puchong je. Kami masuk ke Hutan Simpan Air Hitam melalui Persiaran Bukit, Puchong Jaya, Puchong. memang ini merupakan laluan utama orang awam menceroboh masuk ke hutan tu. Kalau hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, memang ramai orang masuk ke hutan ni untuk exercise.
Kawasan bekas kuari
Permandangan perumahan Jalan Wawasan, Puchong Jaya dari atas bukit
Mendaki bukit kedua untuk memasuki kawasan hutan
Untuk memasuki hutan ni, terlebih dahulu kita perlu mendaki bukit bekas kuari. Kalau hutan, laluannya memang licin. Di atas bukit ni kebiasaannya ada pakcik makcik yang buat senaman 'chikung'. Kemudian kita akan daki lagi sikit dan sampai di pesimpangan dilema. Persimpangan dilema yang aku maksudkan ialah 2 denai untuk kita pilih. Kalau masuk yang kanan, kita akan keluar di kiri nanti, begitulah sebaliknya. Cuma pada aku, laluan masuk kiri adalah ibarat 'bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian', manakala laluan masuk yang kanan ibarat 'bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian'. Ini adalah kerana jika kita masuk melalui jalan yang kanan, permulaan trail agak landai tetapi semakin lama semakin banyak pendakian dan pendakiannya gak memenatkan.
Simpang nak masuk yang susah dulu atau yang senang dulu
Kawan-kawan bersetuju untuk 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian', jadi kami memilih jalan yang kiri. Permulaan trail agak banyak pendakian tetapi tidak seteruk berbanding jika kita menggunakan jalan masuk kanan tadi. Perjalanan dalam hutan tu ambil masa 2 jam. Penat, tapi puas bila lihat jam kalori yang dipakai oleh beberapa kawan menunjukkan kami berjaya membakay sebanyak 800-1000 kalori pagi itu. Alhamdulillah, kali ini, semua ahli JK1M Puchong mempunyai stamina, berehat pun kejap-kejap je. Ramai ahli yang tidak menyangka, dalam Puchong yang sedang membangun ni rupa-rupanya ada Hutan Simpan Air Hitam. Sama-samalah kita menjaga hutan kita.
Turun bukit
Naik bukit
Meniti anak sungai
Rehat di kawasan lapang@simpang nak masuk air terjun
OTW balik.. trail cantik..
Panjat batu dulu
Pot luk