Memaparkan catatan dengan label Miri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Miri. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2013

Jalan-Jalan Ke Miri - Pulang Ke Semenanjung

Assalamualaikum wbt

Pagi 2 Disember jam 4.00 pagi, aku kejut wife bersiap-siap, risau terlewat sampai airport sebab penerbangan kami adalah pada jam 6.20 pagi dengan pesawat MAS MH2551. Rasa sedih pulak nak tinggalkan family adik ipar ni sebab layanan yang diorang berikan pada kami cukup baik. Sebelum keluar, mereka siapkan air minum dulu. Dari Lutong kami melalui jalan bypass ke airport. Sampai di airport jam 5 pagi dan terus ke kaunter check in. Aku tak sempat buat web check in sebab web check in MAS hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum terbang. Lainlah Air Asia yang boleh buat 14 hari awal. Jadi aku tanya di kaunter Enrich Mas Wing, tak mesra pelanggan langsung staff kaunter tu. Mentang-mentanglah aku ni bukan penumpang Business Class, cakap sambil lewa je. Kemudian aku tengok seorang makcik bertanya kat kaunter yang sama, sama juga layanan sambil lewa petugas tu..cis..bedebah kau.. 
Macam mengantuk je.. macam blur je..
Pesawat pulang pagi tu menggunakan Boeing 737-800 baru.. fuhh.. selesa betul.. cantik.. siap ada monitor dan boleh tengok movie lagi. Alhamdulillah, penerbangan balik berjalan lancar. Cuaca buruk tu biasalah sekali sekala, takde lah teruk sangat. Ini mungkin bukan kali terakhir aku ke Miri-Brunei. InsyaAllah di lain masa, ada rezeki, ada umur, aku akan kembali ke sini. Orang Miri memang baik-baik belaka dan sudi beri pertolongan . Berapa kali aku bertanya orang tempatan kat tepi jalan, ok je mereka bagi panduan. Berbeza dengan Brunei, aku berhenti nak bertanya, terus orang tu lari kata tak tahu apa..
Canggih gak pesawat Boeing 737-800 baru ni.
Anak-anak pun dah tak meragam takut naik kapal terbang. Masa mula-mula nai pergi Langkawi hari tu, Hamzah muka cuak jugak. Kali ni macam takde apa dah dia. Sofia pun ok je.. Sepanjang penerbangan balik ni Hamzah dan Sofia tertidur sebab keletihan beberapa hari. Lagi pun, mana tak ngantuk,jam 4 pagi dah kena bersiap. Next vacation ialah Padang-Bukittinggi pada pertengahan Januari depan. Trip Padang-Bukittinggi ni InsyaAllah akan disertai ramai sikit ahli keluarga. Harap-harap janganlah gempa bumi kat Padang tu.. Amin.
Hamzah terlopong tengok penerangan keselamatan pesawat..


Jalan-Jalan Ke Miri Hari Ke Tiga

Assalamualaikum wbt

Dari Taman Buaya, kami terus ke Pusat Bandar Miri. Tempat yang dituju adalah Miri Handicraft Centre yang menjual pelbagai barang kraftangan. Kami nak cari fridge magnet, tapi malangnya apabila sampai, aku tengok 90% barangan yang dijual di Pusat Kraftangan ni bukanlah berasal dari Miri, sebaliknya kebanyakan produk yang dijual adalah produk Kuching. Nak cari baju Miri pun tak banyak pilihan, harganya pun mahal. Baju yang aku beli berharga RM38, biasanya baju-baju cenderahati ni harganya tak sampai RM20 pun. Tapi seperti yang aku cakap sebelum ni, Miri bukanlah bandar pelancongan. Kalau ada pelancong pun, rata-rata dari Brunei yang datang membeli belah sebab nilai mata wang mereka lebih tinggi.
Miri Handicraft Centre
Fridge magnet yang dijual pun kebanyakannya bertulis Kuching, aku tak berminat nak beli FM Kuching. Produk makanan yang dijual adalah 'tabaloi' yang aku pernah beli di Kuching dulu. Tiada orang menjual kek lapis di sini, sangat mendukacitakan.
Kain batik yang dijual berharga RM30 ke atas.. kualiti biasa-biasa je..
Gambir Sarawak yang banyak dijual di Kuching juga dijual di sini
Dapat bergambar dari jauh pun jadilah..
Kami meneruskan perjalanan ke Miri Marina Bay untuk bergambar dengan SeaHorse Light House yang merupakan tempat menarik di Miri. Malangnya Marina Bay ni dah ditutup dan keadaannya macam dah lama terbiar. Tapi dari jauh masih boleh dapat lihat Rumah Api Kuda Laut tu.

Ditutup kepada orang awam
Menikmati tiupan angin Laut China Selatan yang mendamaikan
Sunset
Hamzah dan Sofia bergambar berlatarkan kapal tua
Ramai orang yang melepak di sini sebab sunset di sini cantik juga. Tapi kami tak boleh menunggu sunset. Kami perlu pergi ke The Grand Old Lady yang merupakan telaga minyak pertama di Sarawak. Ia merupakan tempat memproses minyak yang bersejarah di Sarawak.
Bergambar di hadapan Kapsul Masa yang mengandungi Buku Cenderamata Perayaan Pergisytiharan Bandaraya Miri, Surat Khabar Tempatan dan pelbagai dokumen bercetak yang akan dibuka pada 20 Mei 2105
Sampai je The Grand Old Lady yang terletak di atas bukit yang dinamakan Canada Hill, cuaca dah mula nak gelap, Muzium Petroleum pun dah tutup. Takpe, mungkin satu masa nanti aku akan datang kembali ke Miri. Adik aku pun dah selamat berkahwin dengan orang Miri. Pak Ngah dan Mak Ngah pun ada di Brunei. Insyaallah, lain kali boleh datang lagi dan tebus tempat-tempat yang tak sempat kami lawati sebelum ni.
Semua yang datang sini mesti ambil gambar gini kan.. aku nak jugakkk..
Muzium dah tutup
Permandangan Bandaraya Miri
Di atas Bukit 'Canada Hill' ni juga merupakan tempat orang tempatan berjogging. Lari naik bukit lagi banyak kalori boleh terbakar kan. Dari atas bukit ni juga, kita dapat lihat permandangan Bandar Miri. Suasana lebih cantik waktu malam tapi aku tak tunggu sampai malam. Gila ke apa dengan anak-anak kecik ko nak tunggu sampai malam. Kali terus pulang ke rumah adik ipar sebab esok kami akan balik ke Semenanjung dengan penerbangan awal pagi.

Kami makan malam di Sugar Bun E-mart. Yang jaga kaunter pun pakai seluar pendek. Tapi since aku dah masuk dan kepenatan, beli jugalah makana. Anak-anak pun dah lapar. Lagipun ramai orang Islam yang makan di Sugar Bun tu. Ada certificate Halal lagi. Semoga Allah melindungi aku dan keluarga dari makan benda yang haram.


Jalan-Jalan Ke Miri - Taman Buaya Miri

Selepas dapat tahu yang kenduri dah selesai. Aku buat keputusan untuk terus ke Taman Buaya Miri. Harga tiket masuk adalah RM18 dewasa dan RM9 untuk kanak-kanak. Pada awalnya, aku takdelah teruja sangat dengan Taman Buaya Miri ni sebab pada aku mesti sama dengan Taman Buaya di Langkawi dan Melaka. Tapi selepas beberapa minit berada dalam taman ni, aku jadi lebih teruja berbanding anak-anak aku.. keh keh keh..
Hamzah menunjukkan gelang tiket masuknya..
Buaya pemakan manusia yang ditangkap di Sungai Niah, diawet dan dipamerkan di sini.
Antara aktiviti yang buat aku teruja kat sini ialah pengalaman bagi buaya makan. Serius takut, rasa macam nak terjatuh je dalam lubang buaya tu. Tali pancing untuk bagi buaya tu makan takdelah panjang mana. Aku bayangkan kot buaya tu melompat gigit tangan aku. Nak ambil gambar pun menggigil. Pengunjung dikenakan bayaran RM5 untuk 5 kali percubaan memberi makan pada buaya. Bila dah kali ketiga, perasaan takut aku hilang, jadi seronok dan teruja pula. Siap aku main-mainkan buaya tu, bagi xnak, bagi xnak.. Sekali buaya tu baham ayam yang disangkut kat joran tu, dapat rasa feel dia lain macam. Korang cubalah. Tak reti aku nak cakap.
Bagi buaya makan
Suasana sangkar buaya ni pun dah cukup menakutkan..
Kolam yang dipenuhi pokok teratai..
Gambar bawah : Binturung dan kura-kura
Pelbagai spesies burung
Di Taman Buaya ni juga terdapat Mini zoo. Macam-macam spesies burung ada. Ada juga haiwan-haiwan ternakan macam kuda, lembu, kambing dan arnab. Seronoklah budak-budak.
Burung Kasawari, Emu dan Unta..
Kuda, Lembu, Kambing, Rusa dan Arnab
Beruang Matahari
Sofia bagi beruk makan pisang
Pengunjung juga berpeluang mmeberi makan pada haiwan. Harga pisang sesikat cuma RM1 manakala untuk satu plastik cuma RM2..murah.. aku beli yang RM2.. Burung Kasawari agak agresif. Sofia pun berani bagi pisang pada beruk.
Cerita Lawak
The Crocodile Hunter
Kedai Cenderahati
Bergambar kenangan..

Selasa, 3 Disember 2013

Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum wbt

Pada hari kedua di Brunei, aku bangun lebih awal sebab dah dapat pengajaran di Miri hari sebelum tu, jam 6 pagi di Brunei, matahari dah mula naik. Jadi aku kejutkan wife untuk siapkan beg sebab akan pulang ke Miri pagi tu. Tapi sebelum pulang ke Miri, kami berhasrat nak melawat sekitar Bandar Seri Begawan, kali ini ditemani oleh Pak Ngah dan Mak Ngah. Hentian pertama ialah Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Kompleks ni ilham dari Putrajaya rasanya. Sempatlah pose depan Jabatan Perdana Menteri Brunei ni. Sama juga seperti di Malaysia, di Brunei, bangunan Jabatan Perdana Menterinya ada 2 buah. Ini adalah kompleks yang utama. Di Brunei, Perdana Menterinya ialah Sultan Brunei sendiri. Bak kata Pak Ngah, Brunei ni kiranya Sultan Brunei punyalah. Di Brunei tiada Pilihan Raya, semua Menteri dilantik oleh Sultan sendiri.
Jabatan Perdana Menteri Brunei
Haruslah bergambar khennn..
Di hadapan Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei

Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja
BANGUNAN Alat-Alat Kebesaran Diraja atau dikenali dengan nama Inggerisnya sebagai The Royal Regalia Building (RRB) mula dibuka rasmi pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam.
Bangunan ini merupakan bangunan yang mempamerkan sebahagian besar Alat-Alat dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun-temurun zaman-berzaman sebagai lambing kebesaran Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Bahkan reka bentuk Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja ini juga turut menggabungkan ciri-ciri Konsep Melayu Islam Beraja dan telah menjadi salah satu mercu tanda di Bandar Seri Begawan, ibu negeri negara ini."


Pelita Brunei, Wednesday, 20 November 2013
Oleh: Ak. Jefferi Pg. Durahman 


Dewan utama Royal Regalia Building
Seterusnya kami singgah di Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei. Masuk ke Galeri ni adalah percuma. Masuk je terasa sejuk nyaman, rasa nak berguling je atas karpet tu. Anak-anak aku apa lagi, berlari ke sana ke mari, berguling-gulingan sampai kena tegur dengan makcik-makcik yang bertugas di bangunan tu.
Dalam bangunan ni, segala beg kena simpan dalam locker. Tak boleh ambil gambar dalam galeri ni kecuali di ruang utama saja. Bangunan ni cukup besar sampai aku tak dapat nak tengok keseluruhan pameran yang ada sebab mengejar anak-anak. Antara yang dipamerkan termasuk hadiah-hadiah persembahan kepada Sultan Brunei, sejarah keluarga dan alat-alat kebesaran yang semuanya keemasan.
Selepas puas melawat mana yang terdaya, kami terus ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang berdekatan. Masjid ni boleh dikatakan mercu tanda utama Brunei lah. Dikatakan kubahnya bersalut emas. Jubin-jubin di tempat wuduk pun dicat warna keemasan sampai silau nak berjalan dek pancaran matahari. Sempat aku iktikaf sekejap dalam masjid ni. Syukur kerana diberi peluang. Dalam masjid ni tak dibenarkan ambil gambar. Saiz dewan solat masjid ni taklah besar sangat, sama macam Masjid Putra kat Putrajaya tu, hiasan dalam masjid ni agak klasik dan ada kerosakan yang menunjukkan masjid ni dah lama.
 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (Jawi: مسجد سلطان عمر علي سيف الدين) ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.
Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei.
Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.

-Wikipedia-


Cuaca panas.. berteduh kejap sebelah tempat wuduk
Jam dah hampir jam 11 pagi. Kami perlu segera pulang ke Miri untuk hadir Kenduri Kahwin adik aku. Jadi kami beritahu Mak Ngah dan Pak Ngah untuk pulang terus ke Miri. Pak Ngah suruh kami ikut aje dia dari belakang. Dalam perjalanan tu aku lalu Masjid Jamek Hassanil Bolkiah, tapi x sempat nak singgah sebab dah lewat.
Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
Tak sangka pulak Pak Ngah dan Mak Ngah hantar kami sampai ke Tutong, separuh perjalanan dah. Dalam 50km lagi dah boleh sampai Miri. Pak Ngah ajak kami berhenti rehat di Restoran Haji K.K.Koya dan Anak-Anak. Kata Mak Ngah, rojak di sini adalah yang terbaik kat Brunei.
Restoran Haji K.K. Koya dan Anak-Anak
Dah kata rojak terbaik, haruslah aku cuba. Pada aku biasa je kot. Mungkin kat Brunei, rojak ni yang terbaik, tapi kalau di Malaysia, banyak ,lagi rojak yang sedap Aku pun tak pasti berapa harganya sebab Pak Ngah yang bayar semua.
Rojak popular di Brunei
Lepas habis sepinggan rojak, aku nampak ada kuih berbalut dalam kertas coklat. Tertulis kat situ, 'Madu Kasirat', macam sedap je.. macam best je.. macam nak try je.. Aku cuba le ambil satu, Mak Ngah kata nak makan kuih tu kena cubit sikit-sikit. Buka je balutan, aku nampak kuih ni macam 'wajik sirat' kat semenanjung. Tapi bila cubit dah rasa, kuih ni lebih berderai dan bukan pejal macam 'wajik sirat'.. rasanya pedas dan berrempah. Boleh memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah, kata Pak Ngah. Aku tak boleh makan kuih ni, aku ada high blood, takut badan panad kot jadi apa-apa. Dah lah jauh beribu kilometriko dari rumah.
Madu Kasirat
Lepas selesai makan, kami pun bersalam-salamlah nak berpisah. Rasa sedih pulak aku rasa tetiba. Padahal baru je kenal dengan Pak Ngah. Sedih sebab layanan Pak Ngah dalam tempoh 24 jam kami bersama sangat baik. Bilik tempat kami tidur di rumah Pak Ngah xde kipas, Pak Ngah siap beli kipas baru supaya nak pastikan kami selesa. Sedih gak nak berpisah dengan anak Pak Ngah yang bongsu si Haikal. Haikal ni sindrom, tapi cerdik. Tak putus-putus gelak dek keletah Haikal sepanjang berada di rumah Pak Ngah.

Kami pun teruskan perjalanan pulang ke Miri, Alhamdulillah keadaan di Imigresen tenang, tak banyak kereta seperti hari sebelumnya yang aku lihat. Urusan pulang berjalan lancar. masuk je ke Sarawak, dapat line Maxis semula. Aku call Farah tanya pasal kenduri sebab akmi nak terus ke kenduri tu. Rupa-rupanya aku tersilap. Kenduri dah selesai. Budaya di Sarawak, seperti di Brunei juga, kenduri kahwin, tetamu akan makan sekali makan. bukan beruncit-runcit macam di Semenanjung. Kenduri bermula jam 10pagi - 12 tengahari saja. Lepas tu dah tiada tetamu yang datang. Jadi aku terus ke Taman Buaya bawa anak-anak bini yang dah siap berbaju kurung.

Jalan-Jalan Dari Miri Ke Brunei

Assalamualaikum wbt

Hari kedua di Miri, kami bersiap agak lewat, belum dapat biasakan diri dengan keadaan di Miri yang Subuhnya lebih awal, jadi jam 6 pagi tu dah macam jam 7 pagi di Semenanjung. Lepas bersiap, kami bersarapan dulu di rumah keluarga adik ipar. Lebih kurang jam 10 lebih barulah gerak keluar. Kami singgah di E-mart Jalan Tudan untuk menukar Ringgit kepada Dolar Brunei. Kami ambil kesempatan ronda-ronda dalam E-mart ni. Meriah juga E-mart ni, macam-bacam barangan dijual dari barangan dapur basah sehinggalah ke pakaian dan barangan am. Di kawasan luar, terdapat peniaga yang menjual kuih-muih, ikan kering, terubuk masin dan sayuran tempatan, tapi aku tak sempat nak ambil gambar.. malu lah.. Semasa kami sampai di E-mart, hanya ada satu Money Changer yang dah buka iaitu yang terletakm disebelah supermarket. Kadar tukaran pagi tu ialah RM257 = Dollah Brunei 100.
E-Mart Jalan Tudan, Miri, Sarawak
Di sini juga ada jual keropok-keropok dan kuih tempatan. Tapi yang aku jumpa kebanyakannya peniaga yang tak bertudung. Aku tak nak terbeli makanan dari orang bukan Islam, ragu-ragu dengan halal haram dia. Yang peniaga Islam takdelah pulak jual keropok yang aku berkenan.
Jambatan Sungai Tujuh
Lepas selesai buat tukaran wang dan beli beberapa barang, aku teruskan perjalanan ke CIQ Sungai Tujuh melalui Kuala Baram, dari E-mart, belok ke kiri, tak perlu nak patah balik ke bandar sebab E-mart ni terletak dalam perjalanan ke CIQ Sungai Tujuh. Perjalanan ke CIQ Sungai Tujuh mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Bila jumpa jambatan yang tinggi semacam tu, hati aku semakin berdebar-debar. Kali pertama memandu masuk negara orang. Macam-macam yang aku fikir, boleh ke aku bawa kereta orang ni masuk.
Plaza Tol Sungai Tujuh.. Bayar RM10..
Turun je dari jambatan tu terus nampak Plaza Tol Sungai Tujuh. Kereta dikenakan bayaran RM10. Sepanjang perjalanan rasa sepi je. Tak banyak kereta yang lalu lalang. Sampai di roundabout, terus masuk ke Kompleks ICQS Sungai Tujuh ni. Masa masuk dalam ni, aku jadi macam rusa masuk kampung. Tempat ni macam mati, macam dilanda garuda.. takde kenderaan lalu lalang, aku tak tahu nak masuk mana sebab terlepas signboard lorong masuk untuk kereta.
Kompleks ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak
Akhirnya aku nampak sebuah kereta di roundabout nak masuk ke ICQS, aku terus follow, baru aku perasan ada signboard lorong masuk untuk kereta. Sebelum ni aku perasan lorong untuk lori dan trellar je. Masuk terus melalui kaunter Imigresen, serahkan pasport. Masa ni aku buat2 muka confidence je.. Alhamdulillah, xde banyak cakap, lepas cop, mamat Imigresen tu serahkan pasport semula dan aku terus melalui kawasan kompleks CIQ lama yang terbiar, keadaan jalan pun teruk berlubang dan lecak
Sempadan Negeri Sarawak
Selepas melalui Kompleks lama yang terbiar macam pekan dalam Walking Death tu, kami pun melepasi sempadan dan masuk ke Brunei. Perasaan bercampur baur, gembira, teruja, takut. Pertama kali masuk ke Brunei. Aku terus melalui pemeriksaan Imigresen Brunei untuk cop passport. Alhamdulillah, takde banyak cakap, senang betul nak masuk Brunei ni. Tak macam nak masuk Indonesia yang Imigresen tanya macam-macam. Macamlah kita nak duduk sangat kat Indon tu padahal orang dia berjuta datang duduk kat Malaysia ni kan.
Borang Masuk Sementara Bagi Kenderaan Persendirian dan Perniagaan
Aku terus memandu menuju kaunter Kastam pula, pada fikiran aku, mestilah Kastam Brunei ni akan selongkar beg, buka bonet kereta sebab di Brunei ni tak boleh bawa masuk rokok dan arak. Aku tak merokok, apa lagi nak minum air kencing syaitan yang direjam tu. Buka cermin tingkap kereta, pegawai tu cuma minta .Borang Masuk Sementara Bagi Kenderaan Persendirian'. Aku bagitahu yang aku takde borang tu, pegawai tu terus bagi borang dan minta aku isi di depan dan jangan blok jalan.
Aku pun park kereta kejap kat tepi jalan dpan kaunter tu dan isteri isikan borang yang diberi. Pemilik kenderaan ni dah siapkan salinan geran kereta yang aku sewa ni, jadi takde masalah untuk isi maklumat yang diperlukan dalam borang tu. Lepas selesai isi borang, aku siap dengan bawa salinan geran dan pasport terus menuju kaunter Kastam tadi untuk serahkan borang tu. Pegawai tu terus cop tanpa semak apa-apa pun.. alahai.. senangnya.. Kalau aku seludup orang dalam bonet kereta pun rasanya boleh kot.. ha ha ha.. Lepas cop, borang tadi diserah semula pada aku untuk semakan masa balik nanti. Syukur.. Syukur.. Syukur.. aku secara sah berada di Negara Brunei Darussalam. 
Kenderaan beratur hampir 1km dari Brunei memasuki Miri
Keluar saja dari Kompleks ICQS ni, terkejut aku tengok betapa banyak kereta yang beratur dari Brunei masuk ke Miri. Dari Miri masuk ke Brunei boleh dikatakan macam takde orang sampai aku sesat barat.. Tapi dari Brunei masuk ke Miri..fuhh..berkilometriko kenderaan beratur.. Risau pulak macamna nak balik nanti, mau berejam duduk dalam kereta bertaur nak balik.. hu hu..
Tol Jambatan Rasau Kuala Belait
Kupon Tol Rasau Kuala Belait Brunei.. Cantik takkkk..
Aku meneruskan perjalanan ke arah Kuala Belait sampailah ke Tol Jambatan Rasau Kuala Belait. Di sini kereta dikenakan bayaran sebanyak B$3.. Lebih kurang RM7.80 lah duit kita.. Maka bermulalah perjalanan sejauh lebih 110 kilometer menuju ke Bandar Seri Begawan melalui Seria, Tutong dan Jerudong. Keadaan jalanraya di kawasan ni beralun-alun dan aku dapat tengok kerja-kerja menaiktaraf jalan sedang dijalankan, InsyaAllah lain kali datang jalan dah cantik kot..
Papan tanda jalan selepas Tok Rasau
Berpusing? Aku ingatkan 'angin lintang'.. rupa-rupanya kenderaan U-Turn..
Papan tanda 'zikrullah' sepanjang perjalanan.. Supaya sentiasa dalam lindungan Allah..
Selepas hampir 2 jam memandu, akhirnya aku sampai di Bandar Seri Begawan, terus suruh isteri call Mak Ngah untuk ambil kami. Tapi aku tengok meter minyak tinggal 2 bar, risau kalau tak cukup minya, terus aku cari stesen minyak di dalam Pusat Bandar. Di Brunei, stesen minyak dimonopoli oleh Shell. Aku masuk ke stesen, tapi staff stesen situ kata mereka tak boleh jual minyak pada pengguna kenderaan Malaysia, aku tanya di mana lagi aku boleh isi minyak. Staff tu suruh aku patah balik ke Gadong kerana di Gadong ada stesen minyak yang boleh jual pada kenderaan luar. Lebih kurang 15 minit memandu, aku sampai di Gadong, dan sekali lagi diberitahu stesen itu juga tidak menjual minyak untuk kenderaan asing. Aku mulalah naik angin. Sebab aku berada di tengah bandar, bukan di sempadan. Di Malaysia takdelah sampai tidak benarkan kenderaan luar isi minyak, cuma pengisian terhad dan cuma dilaksanakan di stesen yang berdekatan sempadan, di stesen lain tiada masalah. Kejam sungguh kerajaan Brunei ni buat peraturan macam ni. Brunei memang bukan pusat pelancongan, sebab tu sistemnya tidak mesra pelancong. Akhirnya staff stesen di Gadong tu menunjukkan aku sebuah lagi stesen di seberang jalan yang boleh menjual minyak untuk kenderaan asing.
Pam khas untuk kenderaan luar Brunei.. Ron97..
Akhirnya dapat juga aku tambah tangki minyak sebanyak B$20 bersamaan RM52 dapatlah isi 19 liter Ron 97. Sebelum tu Mak Ngah menghubungi isteri supaya menunggu di Majis Jamek. Memandangkan internet handphone takde untuk aku buka google, aku tanya pada staff stesen tu di mana Masjid Jamek, katanya dia tak tahu. Macam nak cakap dengan taknak cakap je. Tak mesra langsung orang di Brunei ni. Seperti yang aku cakapkan tadi, Brunei bukanlah negara yang 'tourist friendly', mereka tak harap pendapatan dari sektor pelancongan sebab pendapatan dari minyak pun dah melambak-lambak.. Rupa-rupanya Masjid Jamek terletak berdekatan saja dengan stesen tu.. tapi dah nama sombong dan tidak mesra pelancong..
Keceriaan anak-anak mengurangkan stress aku..
Aku berpatah balik ke Pusat Bandar Seri Begawan dan singgah di Tamu Kianggeh. Aku terus minta isteri call Mak Ngah untuk jemput kami di Kianggeh. Tamu Kianggeh ni merupakan salah satu tarikan pelancong. Semasa aku sampai di sini, waktu sudah jam 2 petang, jadi banyak peniaga yang dah tutup gerai. Aku sempat jalan sekitar tamu ni, takdelah besar mana kawasan ni pun. Tamu ni terletak ditepi Sungai Kianggeh, sebab tu nama dia Tamu Kianggeh. Semasa berjalan disekitar Tamu ni pun, peniaga di sini bukan seperti di tempat lain yang menawar barangan mereka pada kita.. senyap saja suasananya.. Aku tak ambil gambar di sini sebab ada beberapa gerai yang letak kad tertulis 'No Photography Please'.. Memang sombong.. Di bawah jambatan-jambatan Sungai Kianggeh ni pula terdapat beberapa bot untuk lawatan ke Kampung Air Kianggeh. Tapi seperti peniaga di Tamu, pengusaha bot ini pun tiada usaha panggil pelancong untuk guna service mereka, mereka harap pelancong sendiri yang panggil mereka. Untuk aktiviti ni, aku memang tak berminat sebab aku bawa anak-anak yang lasak. Bot yang digunakan pun kecil dan tidak berbumbung. Risau kalau jadi apa-apa, tunggulah anak-anak dah besar dulu baru boleh nak naik bot-bot sebegini..
Akhirnya Pak Ngah dan Mak Ngah sampai di Kianggeh. Inilah kali pertama aku jumpa Pak Ngah. Mak Ngah pernah datang ke Malaysia, jadi aku pernah jumpa dia sekali sebelum ni. Mak Ngah ni merupakan adik kepada mak mertua aku. Dia berkahwin dengan orang Brunei (Pak Ngah) yang ketika tu bekerja di Malaysia. Akhirnya Mak Ngah jadi Pemastautin Tetap di Brunei. Pak Ngah dan Mak Ngah mengajak kami terus ke rumah mereka yang etrletak di Lambak Kanan, Muara, Brunei kerana dia dah siapkan makanan.
Tulisan jawi pada billboard
 Antara keistimewaan Negara Brunei ini ialah penggunaan tulisan jawi masih dikekalkan. Samada penduduk masih menggunakan tulisan jawi bukanlah menjadi isu, namun tulisan jawi yang digunapakai oleh penduduk Kepulauan Melayu suatu masa dahulu harus dikekalkan supaya nampak ciri-ciri kemelayuan sesuatu kawasan tu. Berbeza dengan Malaysia, tulisan Jawi seolah-olah cuba dihapuskan secara perlahan-lahan.
Tulisan jawi pada papan iklan kedai-kedai di Brunei
IKLAN KEJAP.. Di Malaysia, ciri-ciri keMelayuan khususnya tulisan jawi cuba dihapuskan dengan
perancangan yang teliti.
Sofia manja dengan Tok Ngah walaupun baru pertama kali berjumpa..
Kami terus menuju ke rumah Mak Ngah untuk berehat. Anak-anak aku dengan selamba buat rumah Tok Ngah jadi macam rumah sendiri. Habis mainan bersepah-sepah dikerjakan 2 beradik ni. Hari Sabtu merupakan hari kerja di Brunei, jadi selepas makan tengahari, Pak Ngah pulang semula ke pejabat, sementara tu, aku dapat berehat lepas kepenatan memandu dan sesat barat.
Bergambar kenangan bersama Pak Ngah dan Mak Ngah
Kuih-muih Brunei
Pada sebelah malam, Pak Ngah dan Mak Ngah bawa kami ke Pasar Malam di Gadong. Malangnya, dalam perjalanan ke Gadong, hujan turun dengan lebat.. sedey.. sedey.. Tapi Pak Ngah masuk juga ke kawasan Pasar Malam tu dan ketika tu hujan dah mula reda. Jadi, Pak Ngah, anak Pak Ngah dan aku saja yang turun untuk mencari makanan. Suasana dan barangan yang dijual di Pasar Malam Gadong ni, boleh dikatakan 95% serupa dengan Pasar Malam di Saberkas, Miri. Nasi dan kuih-muih yang dijual juga lebih kurang sama, cuma rasa makanan di Brunei tidak semanis makanan di Miri. Di sini juga terdapat ramai peniaga menjual ikan bakar seperti di Saberkas. Pak Ngah belikan beberapa jenis kuih-muih tradisional Brunei dan Nasi Ayam Penyet untuk makan makam kami sekeluarga.
Kuih-muih Brunei lagi..