Assalamualaikum wbt
Kolonoskopi (colonoscopy) membolehkan pakar perubatan melihat seluruh bahagian usus besar apabila kolonoskop (colonoscope) dimasukkan melalui rektum (dubur). Indikasi untuk menjalani pemeriksaan kolonoskopi adalah seperti berikut :-
- Pendarahan dari rektum (darah bercampur dengan najis).
- Masalah sistem penghadaman seperti ceret-beret, sembelit dan sakit perut.
- Sejarah keluarga yang menghidap kanser usus besar atau sebagai 'screening' untuk pesakit berumur > 50 tahun.
- Untuk mengenalpasti sebab-sebab ceret beret yang berlanjutan.
- Untuk mengenalpasti penyakit Crohn's, Colitis atau Ulcerative Colitis.
- Seseorang yang pernah menghidap penyakit polip usus besar.
Proseder Kolonoskopi
Sebelum menjalani prosedur ni, aku terpaksa berpuasa, hanya minum air putih saja. Aku juga diminta minum 'fleet' sejenis ubta untuk bersihkan colon/ usu besar. Lepas minum fleet ni, dekat 15 kali aku masuk tandas sampailah tiada najis solid yang keluar, hanya air yang berwarna kuning, itu bermakna dah bolehlah mulakan prosedur kolonoskopi ni. Rasa ubat ni macam air kelapa yang sangat pekat. Masin dan manis sangat-sangat. Siksa nak menelannya.
Colonoscope untuk prosedur colonoscopy |
Computer Tomography Scanning |
Hasil CT Scan juga mendapati semua organ badan aku dalam keadaan normal, TETAPI, Dr.Muzammil mendapati terdapat batu yang sedang turun dari buah pinggang aku dan berkemungkinan inilah punca sakit yang aku alami kebelakangan ni. Dr.Muzammil merujuk aku kepada Pakar Urologi iaitu Dr. Arumuga Kumar
Kalau prosedur colonoscopy tadi meneropong usus besar melalui rektum, cystoscopy pula ialah prosedur meneropong saluran kencing melalui uretra, pundi kencing dan ureter dengan menggunakan 'cystoscope'. Prosedur ni dijalankan di Dewan Bedah (OT). Inilah pertama kali aku masuk ke Dewan Bedah.. menggigil sejuk dan ketakutan.. Aku diberikan 'under spinal anesthesia' yang buat aku kebas dari dada ke bawah. Nak batuk pun tak boleh. Nasib baik Dr.Anesthesia tu baik.. sentiasa bagi support kat aku sepanjang prosedur berjalan. Prosedur ambil masa 30 minit juga, Dr. Aru (Urologist) maklumkan pada aku yang dia tak jumpa batu tu walaupun dah cuba masukkan 'cystoscope' sejauh yang boleh, jadi beliau pasang 'stent' dalam ureter untuk mudahkan batu tu keluar kemudian, jika ada.
Cystoscopy
Cystoscopy (si-ˈstäs-kə-pē) is endoscopy of the urinary bladder via the urethra. It is carried out with a cystoscope.
The urethra is the tube that carries urine from the bladder to the outside of the body. The cystoscope has lenses like a telescope ormicroscope. These lenses let the physician focus on the inner surfaces of the urinary tract. Some cystoscopes use optical fibres(flexible glass fibres) that carry an image from the tip of the instrument to a viewing piece at the other end. Cystoscopes range from pediatric to adult and from the thickness of a pencil up to approximately 9mm and have a light at the tip. Many cystoscopes have extra tubes to guide other instruments for surgical procedures to treat urinary problems.
There are two main types of cystoscopy — flexible and rigid — differing in the flexibility of the cystoscope. Flexible cystoscopy is carried out with local anaesthesia on both sexes. Typically, a topical anesthetic, most often xylocaine gel (common brand names are Anestacon and Instillagel) is employed. The medication is instilled into the urethra via the urinary meatus five to ten minutes prior to the beginning of the procedure. Rigid cystoscopy can be performed under the same conditions, but is generally carried out under general anaesthesia, particularly in male subjects, due to the pain caused by the probe.
-Wikipedia -
Selesai operation aku diletakkan di bahagian recovery untuk beberapa minit sampai nafas dan nadi aku stabil. Bila dah stabil barulah dibawa naik ke ward. Wife aku tunggu di ward. Kesan under spinal anesthesia masih ada dan hanya kan hilang selepas 7 jam. Jadi dalam tempoh 7 jam tulah kaki aku tak boleh bergerak. Kencing pun terpaksa guna catheter (CBD). Sampai jam 10pm wife aku temankan. Yelah..tak boleh bergerak.. dahlah puasa dari pagi, terpaksa wife aku suapkan makan. Tiba-tiba aku rasa semacam kat punggung aku. Suruh wife cek rupanya aku dah bowel open (berak). Dalam keadaan under spinal, memang kita tak rasa nak berak, tau-tau dah terberak. Aduh..insaf aku.. macam ni rasanya orang sakit lumpuh.. Ya Allah.. jauhkanlah..
Selepas 2 hari pembedahan ureteroscopy, barulah aku dapat balik. Dr. Aru bagi appoinment seminggu kemudian untuk buka stent. Nanti aku ceritakan pengalaman seminggu dengan stent dalam ureter.. bye..
Selepas 2 hari pembedahan ureteroscopy, barulah aku dapat balik. Dr. Aru bagi appoinment seminggu kemudian untuk buka stent. Nanti aku ceritakan pengalaman seminggu dengan stent dalam ureter.. bye..