Jumaat, 27 Disember 2013

Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong - Prosedur Mengeluarkan 'Stent'

Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya hari Jumaat 27 Disember 2014 yang ditunggu-tunggu tiba juga. Dah tak tertanggung lagi sakitnya selagi ada 'stent' dalam ureter ni. Nasib baiklah adik ipar aku pergi kerja lewat pagi tu, jadi, bolehlah minta dia tolong hantar anak-anak aku ke taska dan terus hantar aku ke Columbia. Sampai-sampai Columbia Asia, beratur taklah panjang mana tapi lamanya, semakin sakit aku rasa, rasa nak duduk atas lantai tu dulu. Staff ramai tapi satu kaunter je buka, lepas tu terhegeh-hegeh.. Aku ni dahlah menahan sakit.

Selepas selesai urusan pendaftaran, aku di bawa ke Ruang 'Day Care' sebab aku gunakan insuran, jadi perlulah ditahan sekurang-kurangnya 6 jam di ward. Dalam kad appoinment tulis jam 8.00am, tapi jam 9.40am barulah nampak Dr.Aru baru sampai dan singgah kejap to say hallo. Aku rasa dalam jam 10 lebih baru start prosedur. Prosedur mengeluarkan stent ni dikira minor surgery je. Tak kena inject pun. Doktor cuma masukkan Lignocaine Gel kat dalam saluran 'ehek-ehek' aku tu...SENAKKKKKKK.. Lepas tu tunggu beberapa minit untuk aku rasa kebas. Kemudian 'cystoscope' dimasukkan. Sebelah aku ada monitor untuk aku tengok imej dalam ureter aku, tapi aku tak tengok.. masa operation sebelum ni pun aku tak nak tengok. Bila dah jumpa 'stent' tu, mulalah Doktor tarik perlahan-perlahan sampai keluar habis.

Takdelah sakit sangat proses keluarkan stent ni, tapi takut sebab aku ni jarang buat prosedur macam ni. Cuma masa mula-mula nak kencing lepas prosedur tu memang siksa sikit, air kencing taknak keluar sebab lignocaine tu masih ada kesan kebas, jadi reseptor aku tak sensitif pada rasa nak kencing tu. Masa  ni mulalah sakit.. perit.. Nasib baik nurse bagi ubat tahan sakit, oklah sikit. Dapatlah aku berehat. 

Alhamdulillah, lepas 'stent' ni dikeluarkan, hilanglah rasa ngilu, nyeri dan sakit yang aku rasa seminggu ni. Balik rumah terus boleh mengiring, menonggeng, peluk bantal... Syukur Alhamdulillah... Kos untuk keluarkan 'stent' ni je dah dekat 2 raban. SENANG BETUL HOSPITAL NI BUAT DUIT..