Isnin, 13 Oktober 2014

Aqua Retro @ Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum wbt.

Pada Ahad semalam, sempatlah aku bawa anak-anak aku naik boat Aqua Retro kat Cruise Tasik Putrajaya tu. Dari sehari ke sehari nak pergi asyik busy je. Nampak macam best je. Masa kami sampai di Cruise Tasik dah pukul 5.00 petang. Cuaca pun baru lepas hujan. Tapi masih berjerebu. Harga tiket adalah sebanayk RM50 per boat. Oklah kan.
Penumpang diwajibkan memakan jaket keselamatan yang disediakan. Boat ni janaan kuasa elektrik. Ruang dalam bahagian depan agak sempit. Atau kaki aku yang panjang. Kami naik boat yang agak besar sedikit. Lupa pulak aku nak snap gambar. Boat yang kami naik ada senapang infra-red untuk tembak patung ikan. Setiap kali kita tembak, ikan tu akan pancutkan air. 

Boat ni bergerak slow gila. Slow tahap siput varvi hokeyyy. Sofia sampai tertidur dalam boat.. Bila cruise besar lalu, gelombang air buat boat kami terumbang ambing. Part tu syok sikit le. Secara keseluruhannya, aku rasa, benda ni membosankan. Kalau saja-saja nak merasa tu takpelah. Tapi kalau nak naik sekali lagi, kena fikir 10 kali. Meh layan gambar... 
Pakai life jacket hokeyyy..
Sofia mula-mula suka le.. Lepas tu aku tengok dah tertidur..
Wefie masa mula-mula naik.. Tengah exited lagi masa ni...
Anak bujangku..
Bila cruise lalu, air bergelora asmara.. Terumbang ambing boat.. Ada le penumpang boat lain menjerit-jerit.. Kami cool je..
Bosannnnnn.....


Ahad, 12 Oktober 2014

Ekspedisi Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan - 11 Oktober 2014

Assalamualaikum wbt.

Walaupun agak serik dengan pengalaman mendaki Gunung@Bukit Kutu pada Ogos lepas, tapi aku tak boleh menafikan kecintaan aku terhadap aktiviti hiking ni. Sekali lagi Rina Hashim merencanakan ekspedisi hiking. Kali ini kami memilih Gunung Datuk yang terletak di Mukim Bongek (jangan nak membongek kat sini), Rembau, Negeri Sembilan.. Rembau Most Wanted Yooo.. 

Ekspedisi kali ni disertai olah aku, Rina Hashim, Farid, Kak Ros, Bazli, Hafizi dan Syameer. Hafizi dan Syameer ni baru pertama kali aku jumpa. Tak sangka rupanya si Hafizi ni adik kepada kawan aku, anak Makcik Toyah Bukit Kuchai, Puchong. Pada awalnya aku agak bimbang sama ada aku mampu atau tidak menawan puncak Gunung Datuk ni, maklumlah, aku bukannya sihat macam orang lain. Aku, Farid, Rina dan Kak Ros berkongsi kereta, bertolak dari Puchong jam 5.30 pagi. Kami berhenti bersarapan di Hentian Rehat & Rawat Seremban dan berjumpa Bazli, Hafizi dan Syameer di sana. Melalui Lebuhraya Utara Selatan, kami menghala arah selatan dan keluar melalui Exit Pedas/ Linggi. Selepas Plaza Tol, ikut sahaja tanda arah 'Rembau' dan akan jumpa tanda arah 'Hutan Lipur Gunung Datuk'. Jarak Hutan Lipur Gunung Datuk dari Exit Pedas/ Linggi cuma beberapa kilometer sahaja. Parkir di kawasan Hutan Lipur Gunung Datuk ni agak terhad ye. Jadi, kalau nak datang, datanglah awal sebab kalau hari cuti memang ramai pengunjung berkunjung ke sini. Bayarn parkir dikenakan sebanyak RM2 untuk setiap kereta.
Gunung Datuk mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki) dari aras laut. Tapi kalau berdasarkan 'endomondo', ketinggian dari aras permulaan pendakian cuma 661 meter sahaja. Alhamdulillah, line ok di kawasan ni. Kali ni aku gunakan aplikasi 'endomondo' untuk rekodkan aktiviti (gambar). Berdasarkan aplikasi ni, dapat kita tengok yang trek pendakian adalah lurus dan sepanjang pendakian adalah mendaki, xde menurun langsung ye.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 sebagai bayaran Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal. Oklah, xdelah mahal sangat. Bayaran tu mungkin untuk penyelenggaraan kawasan tu agaknya. Pengunjung juga dikehendaki mendaftar di Pejabat Renjer. Kawasan kaki gunung ni juga sebenarnya merupakan tapak perkelahan. Terdapat juga chalet disediakan di kawasan ini, bolehlah menyelam sambil minum air. Maksud aku bukanlah suruh korang menyelam dalam sungai tu dan minum airnya. Tapi maksud aku, kalau yang ada family, bolehlah tinggalkan suami/ isteri dan anak-anak kat chalet tu sementara korang naik ke puncak.
Nan senteng dilabuhkan, 
Nan panjang dikeratkan, 
Nan rumping disisipkan.
Itulah bidalan yang tercatat di papan tanda memasuka kawasan Hutan Lipur Gunung Datuk. Sejarah bidalan itu terjadi apabila puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato' Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato' Lembaga pada tahun 1372. Kerana peristiwa iyu  jugalah Gunung Datuk mendapat namanya. Di atas puncak Gunung Datuk ini jiga terdapat kesan yang dipercayai tapak kaki Hang Tuah.
Laluan masuk melalui kawasan jeram/ sungai/ tempat berkelah Hutan Lipur Gunung Datuk. Trek laluan agak jelas dan sesiapa pun boleh mendaki tanpa khidmat jurupandu. Permulaan pendakian dah mencanak, tapi pada aku, oklah. Takde masalah sangat. Aku rasa Hutan Simpan Ayer Hitam tu lagi mencanak kat kawasan tertentu iaitu sebelum dataran (kalau masuk ikut laluan kanan) dan selepas anak sungai (kalau masuk ikut laluan kiri). Permulaan laluan agak berbatu, jadi agak mudah bagi aku. Setiap orang berbeza pandangan kan. Pada sesetengah orang, laluan berbatu tu susah, tapi pada aku, ia agak mudah. Kalau laluan tanah tu barulah menggigil sedikit lutut aku.
Tengoklah kecuraman laluan pendakian. Penuh dengan akar kayu. Jangan terlalu ghairah nak kejar masa, takut tersadung kat akar-akar pokok tu, susah nanti. Sesetengah kawasan disediakan tali. Aku sangat suka gunakan tali. Memang seronok sepanjang pendakian, aku suka sangat-sangat. Kawasan hutan ni juga bersih. Berbeza dengan Bukit Kutu yang banyak pokok buloh tumbang sampai aku terpaksa merangkak. Laluan Hutan Gunung Datuk ni juga kurang pokok-pokok berduri berbanding Bukit Kutu.
Selepas beberapa minit mendaki, kami sampai di checkpoint pertama yang digelar "R&R Setapak Kaki'. Ramai yang berehat di kawasan ni. Selepas berehat seminit dua, kami meneruskan pendakian. Ramai juga umat manusia pagi tu. Ada beberapa kumpulan remaja kolej, sekolah dan kumpulan remaja purba macam kami.
Ada satu kawasan yang trek agak landai, itupun cuma beberapa meter. Jangan cepat rasa lega ye. Di depan tu trek akan mencanak balik. Takpe, jalan perlahan-lahan. Hayati keindahan alam. Satu lagi perkara yang menarik perhatian aku ialah sepanjang pendakian, kami ditemani bunyi hidupan hutan termasuklah bunyi enggang dan monyet. Memang syoklah.
Akhirnya selepas 2 jam 15 minit, kami sampai ke sebuah kawasan lapang yang merupakan puncak Gunung Datuk. Di kawasan ini terdapat tangga untuk memanjat batu-batu besar di atas puncak untuk melihat sekitar kawasan ini. Difahamkan bahawa kita boleh melihat Selat Melaka dari puncak batu ni, tapi susasana pagi tu agak berkabus. Tangga-tangga juga disediakan untuk memanjat batu-batu besar tapi aku tak berani. Takpelah, aku belum dapat atasi masalah gayat. Orang-orang yang berketinggian ala-ala model antarabangsa macam aku ni memang gayat.. kuang kuang kuang.. haaa.. nak muntah? Gi muntah cepat...
Selepas membuang masa selama 30 minit di atas puncak, kami mulakan perjalanan turun. Buat apa duduk lama-lama atas puncak tu, lainlah kalau nak bertapa dalam gua tu. Perjalanan turun mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Turunpun kena hati-hati sebab banyak akar pokok dan batu-batu kecil yang tidak stabil. Tak perlu terkejar-kejar. Hayati keindahan alam.
Selepas sampai ke kawasan kaki gunung, kami bersihkan diri di tandas yang disediakan. Air di sini seperti air di kawasan air terjun lain.. biasalah.. sejuk.. Terasa segar balik badan yang diselaputi peluh. Bazli mengajak kami makan tengahari di Malaka. Memandangkan jarak yang tidak berapa jauh, kami ikutkan aja. Tapi bila nak balik baru perasan, aduhhh... jauhnya.... Sekian.


Isnin, 29 September 2014

Putrajaya Inter Park Ride Siri 26

Assalamualaikum wbt..

Alang-alang aku dah mengupdate ni, aku nak cerita pasal Putrajaya Inter Park Ride Siri Ke -26 yang aku join pada 21 September 2014. Program PIPR kali ni bermula dari Taman Botani Putrajaya. Aku bergerak dari rumah seawal jam 6.30 pagi. Sampai dalam jam 6.50 pagi, nampaknya dah ramai orang. Kaunter pendaftaran pun baru buka. Jadi, dapatlah aku t-shirt free.. yeahhh.. T-shirt terhad ye.. Penganjur dah maklumkan awal-awal lagi. Kalau sesiapa nak t-shirt, next PIPR nanti datang awal ye..

Jarak kayuhan dalam 20 kilometer kot.. aku pun x ingat.. Yang aku ingat, route dia boleh tahan.. bukit sahaja yang banyak khususnya masa nak ke Taman Saujana Hijau tu.. Semput.. Basikal aku 24 speeds je.. Tapi bila kayuh ramai-ramai ni, seronok.. Penat tak terasa sangat.. 

Ada cabutan bertuah lagi, tapi aku memang tak pernah bertuah.. Entah bilalah nak bertuah ni..

So, layan gambar jelah ye.. memang saja nak tunjuk gambar pun.. ha ha ha..









Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor - 16 Ogos 2014

Assalamualaikum wbt.

Sibuk sangat sampai takde masa aku nak update blog ni. Tapi, alang-alang dah berblog, aku curi-curi masa untuk update. Aku nak kongsi ekspedisi aku ke Bukit Kutu pada 16 Ogos 2014. Dah lebih sebulan dah. Ingat-ingat lupa dah...

Bukit Kutu ni sebenarnya sebuah gunung sebab ketinggiannya, tapi bila diterjemah dari nama asal sebelum ini dalam bahasa Inggeris iaitu Trecher's Hill, jadilah nama dia Bukit Kutu. Kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Ekspedisi kali ni disertai seramai 9 orang. Rina Hashim yang merupakan kawan kelas aerobik di Aero-Fitness yang aturkan ekspedisi kali ni. Turut serta ialah Nizam (suami Rina), Kak Yana, Farid, Siti dan 3 orang kawan Rina iaitu Fazli, Hafiz dan Syiaful yang merupakan jurupandu kami dalam ekspedisi kali ni.

Memandangkan perjalanan ke pekan Kuala Kubu Bharu dari Puchong ambil masa lebih 1 jam, jadi sesampainya di Kuala Kubu Baru, kami bersarapan terlebih dahulu di Restoran Fazlina Maju. Tengah-tengah makan, tiba-tiba hujan mula turun rintik-rintik. Aduh.. nampaknya memang akan jadi perjalanan mencabar. Dari Restoran Fazlina Maju mengambil masa cuma beberapa minit untuk ke Perkampungan Orang Asli Pertak melalui Empangan Selangor.
Semasa kami sampai, hujan semakin lebat, nasib baik dah standby ponco. Aku tak dapat nak snap gambar sepanjang pendakian sebab lens kamera basah. Jadi, aku amik gambar semasa perjalanan turun sahaja mana yang sempat. Sebelum tarikh pendakian, Rina dah dapatkan maklumat berkenaan Bukit Kutu. Difahamkan beberapa hari sebelum ekspedisi kami, beberapa pendaki telah diserang tebuan. Tapi salah seorang pendaki secara sukarela bantu menghapuskan sarang tersebut. Beliau juga membuat laluan baru bagi mengelakkan laluan yang ada sarang tebuan tu. Sebelum jambatan juga diletakkan notis supaya pendaki berhati-hati melalui beberapa kawasan yang mempunyai sarang tebuan.
Permulaan perjalanan akan melalui 2 buah jambatan. Jambatan pertama (gambar) dalam keadaan baik, tetapi jambatan kedua sudah roboh. Selepas jambatan kedua, kami menyeberangi sungai yang tiada jambatan. Tak payahlah nak sayang kasut, redah je. Aku mula-mula sayang juga nak basahkan kasut, jadi aku pijat batu-batu sungai je. Tapi lama kelamaan, kasut basah jugak sebab sepenjang pendakian hujan turun tanpa henti.
Selepas menyeberangi sungai, kami melalui beberapa rumah tradisional masyarakat orang asli. Gambar ni diambil masa turun. Pendakian memang agak mencabar sebab laluan terlalu licin. Rasa serik pun ada. Tapi aku taknak putus asa terlalu awal. Aku kena lawan perasaan.
Sepanjang pendakian juga kami melalui pokok-pokok tumbang. Paling menyampah bila terpaksa lalu bawah rumpun buloh. Aku ni dahlah tinggi. Setakat membongkok tak cukup. Beberapa kali aku kena merangkak. Memang kotor gila seluar.
Selepas 70% perjalanan, kita akan melalui kawasan batu besar. Besar gila batu ni. Nampak dalam gambar macam biasa, tapi hakikatnya batu ni sangat-sangat besar. Cantik. Masa lalu kawasan batu besar ni, suasana berkabus sebab lepas hujan.
Akhirnya sampai jugalah aku ke puncak Bukit Kutu. Tempoh pendakian dalam 2jam 30minit. Ramai juga orang hari tu. Bila dah sampai, apa lagi, photo shoot ler.. layankan..







Dah puas bergambar sampai habis kodak, kami meneruskan perjalanan menuju ke tapak binaan peninggalan British. Binaan seperti rumah ini telah musnah dibom semasa Perang Dunia Kedua. Suasana sekitar bekas binaan rumah ini pada aku agak menarik. Aku memang suka suasana yang ala-ala dramatik ni. Kalau buat pre-wedding photo shoot pun menarik juga, tapi aga ke pengantin yang sudi mendaki bukit ni dengan crown bagai semata nak bergambar. 







Dari tapak robohan banglo, kami memulakan perjalanan turun dan singgah di sebuah kawasan lapang yang menempatkan sebuah chimney. Terdapat dua buah perigi di sekitar kawasan ini tetapi kedua-duanya sudah tidak dapat digunakan lagi.
Kami meneruskan perjalanan turun. Perjalanan turun pun agak menyiksakan bagi aku kerana seluar yang tidak selesa. Tambahan pula, sepanjang perjalanan turun, aku dikelilingi lebah. Seekali ternampak seekor dua tebuan/ penyengat. Risau juga aku bila teringatkan kes serangan tebuan/ penyengat beberapa hari sebelum tu. Tapi Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Sampai-sampai je di sungai, aku nampak Nizam dan Fazli dah berendam dalam sungai. Aku tak sangguplah.. sejuk gila.. Kejang kaki aku bila meranduk air sungai. Baru aku perasan yang kasut aku dah jahanam. Patutlah rasa tak selesa je sepanjang perjalanan.


Selang beberapa minit, barulah kelihtana kelibat Siti Sarah, Farid, Hafiz dan Syiaful. Bukan main lagi Farid dan Siti Sarah berendam dalam sungai yang sejuk tu. Dah puasa berendam, kami meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan, kami singgah sekali lagi di Restoran Fazlina Maju. Tapi aku tak berapa selera nak makan walaupun rasa nasi goreng tu sedap. Tekak rasa tak boleh menelan. Penat sangat. Syukur kepada Allah kerana ekspedisi kali pertama aku mendaki gunung berjalan lancar. InsyaAllah, ini bukan yang terakhr. Sekian...