Isnin, 29 September 2014

Ekspedisi Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor - 16 Ogos 2014

Assalamualaikum wbt.

Sibuk sangat sampai takde masa aku nak update blog ni. Tapi, alang-alang dah berblog, aku curi-curi masa untuk update. Aku nak kongsi ekspedisi aku ke Bukit Kutu pada 16 Ogos 2014. Dah lebih sebulan dah. Ingat-ingat lupa dah...

Bukit Kutu ni sebenarnya sebuah gunung sebab ketinggiannya, tapi bila diterjemah dari nama asal sebelum ini dalam bahasa Inggeris iaitu Trecher's Hill, jadilah nama dia Bukit Kutu. Kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Ekspedisi kali ni disertai seramai 9 orang. Rina Hashim yang merupakan kawan kelas aerobik di Aero-Fitness yang aturkan ekspedisi kali ni. Turut serta ialah Nizam (suami Rina), Kak Yana, Farid, Siti dan 3 orang kawan Rina iaitu Fazli, Hafiz dan Syiaful yang merupakan jurupandu kami dalam ekspedisi kali ni.

Memandangkan perjalanan ke pekan Kuala Kubu Bharu dari Puchong ambil masa lebih 1 jam, jadi sesampainya di Kuala Kubu Baru, kami bersarapan terlebih dahulu di Restoran Fazlina Maju. Tengah-tengah makan, tiba-tiba hujan mula turun rintik-rintik. Aduh.. nampaknya memang akan jadi perjalanan mencabar. Dari Restoran Fazlina Maju mengambil masa cuma beberapa minit untuk ke Perkampungan Orang Asli Pertak melalui Empangan Selangor.
Semasa kami sampai, hujan semakin lebat, nasib baik dah standby ponco. Aku tak dapat nak snap gambar sepanjang pendakian sebab lens kamera basah. Jadi, aku amik gambar semasa perjalanan turun sahaja mana yang sempat. Sebelum tarikh pendakian, Rina dah dapatkan maklumat berkenaan Bukit Kutu. Difahamkan beberapa hari sebelum ekspedisi kami, beberapa pendaki telah diserang tebuan. Tapi salah seorang pendaki secara sukarela bantu menghapuskan sarang tersebut. Beliau juga membuat laluan baru bagi mengelakkan laluan yang ada sarang tebuan tu. Sebelum jambatan juga diletakkan notis supaya pendaki berhati-hati melalui beberapa kawasan yang mempunyai sarang tebuan.
Permulaan perjalanan akan melalui 2 buah jambatan. Jambatan pertama (gambar) dalam keadaan baik, tetapi jambatan kedua sudah roboh. Selepas jambatan kedua, kami menyeberangi sungai yang tiada jambatan. Tak payahlah nak sayang kasut, redah je. Aku mula-mula sayang juga nak basahkan kasut, jadi aku pijat batu-batu sungai je. Tapi lama kelamaan, kasut basah jugak sebab sepenjang pendakian hujan turun tanpa henti.
Selepas menyeberangi sungai, kami melalui beberapa rumah tradisional masyarakat orang asli. Gambar ni diambil masa turun. Pendakian memang agak mencabar sebab laluan terlalu licin. Rasa serik pun ada. Tapi aku taknak putus asa terlalu awal. Aku kena lawan perasaan.
Sepanjang pendakian juga kami melalui pokok-pokok tumbang. Paling menyampah bila terpaksa lalu bawah rumpun buloh. Aku ni dahlah tinggi. Setakat membongkok tak cukup. Beberapa kali aku kena merangkak. Memang kotor gila seluar.
Selepas 70% perjalanan, kita akan melalui kawasan batu besar. Besar gila batu ni. Nampak dalam gambar macam biasa, tapi hakikatnya batu ni sangat-sangat besar. Cantik. Masa lalu kawasan batu besar ni, suasana berkabus sebab lepas hujan.
Akhirnya sampai jugalah aku ke puncak Bukit Kutu. Tempoh pendakian dalam 2jam 30minit. Ramai juga orang hari tu. Bila dah sampai, apa lagi, photo shoot ler.. layankan..







Dah puas bergambar sampai habis kodak, kami meneruskan perjalanan menuju ke tapak binaan peninggalan British. Binaan seperti rumah ini telah musnah dibom semasa Perang Dunia Kedua. Suasana sekitar bekas binaan rumah ini pada aku agak menarik. Aku memang suka suasana yang ala-ala dramatik ni. Kalau buat pre-wedding photo shoot pun menarik juga, tapi aga ke pengantin yang sudi mendaki bukit ni dengan crown bagai semata nak bergambar. 







Dari tapak robohan banglo, kami memulakan perjalanan turun dan singgah di sebuah kawasan lapang yang menempatkan sebuah chimney. Terdapat dua buah perigi di sekitar kawasan ini tetapi kedua-duanya sudah tidak dapat digunakan lagi.
Kami meneruskan perjalanan turun. Perjalanan turun pun agak menyiksakan bagi aku kerana seluar yang tidak selesa. Tambahan pula, sepanjang perjalanan turun, aku dikelilingi lebah. Seekali ternampak seekor dua tebuan/ penyengat. Risau juga aku bila teringatkan kes serangan tebuan/ penyengat beberapa hari sebelum tu. Tapi Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Sampai-sampai je di sungai, aku nampak Nizam dan Fazli dah berendam dalam sungai. Aku tak sangguplah.. sejuk gila.. Kejang kaki aku bila meranduk air sungai. Baru aku perasan yang kasut aku dah jahanam. Patutlah rasa tak selesa je sepanjang perjalanan.


Selang beberapa minit, barulah kelihtana kelibat Siti Sarah, Farid, Hafiz dan Syiaful. Bukan main lagi Farid dan Siti Sarah berendam dalam sungai yang sejuk tu. Dah puasa berendam, kami meneruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan, kami singgah sekali lagi di Restoran Fazlina Maju. Tapi aku tak berapa selera nak makan walaupun rasa nasi goreng tu sedap. Tekak rasa tak boleh menelan. Penat sangat. Syukur kepada Allah kerana ekspedisi kali pertama aku mendaki gunung berjalan lancar. InsyaAllah, ini bukan yang terakhr. Sekian... 



Tiada ulasan: