Selasa, 11 Mac 2014

Body Toning Dan Kick Boxing Class Di Myraz Fitnez Putra Perdana, Puchong

Assalamualaikum wbt.. Betul kata orang, nak memulakan exercise pada awalnya memang berat, tapi bila kita dah memulakan dn=engan exercise, kita akan jadi ketagih dan seronok untuk exercise. Harap aku konsisten dalam usaha menurunkan berat badan. Perkara yang paling aku takut ialah 'bosan' dan 'malas'. Kalau dah dihinggapi penyakit malas, susahlah.

Seperti biasa, alumni Jom Kurus 1 Malaysia Team Puchong Season 1 (JK1M Puchong) masih berhubungan menerusi aplikasi whatapps. Kami berkongsi acara-acara fitness di sekitar. Salah seorang kawan mempelawa untuk mengikuti kelas 'body toning' dan 'kick boxing' di Myraz Fitnez Putra Perdana yang baru dibuka. Myraz Fitnez sedang mempromosikan kelas-kelas studio seperti aerobik, zumba, body toning dan kick boxing. Untuk seminggu ni peserta walk in dipelawa dengan bayaran RM8/class. Selepas ini hanya ahli yang berdaftar sahaja yang boleh mengikuti kelas ini.

Kelas malam tu bermula jam 8.00pm. Memang terkejar-kejar. Aku pun lewat 15 minit sebab pada mulanya tersalah gym. Memang penat betul sessi malam tu. Betul-betul burn kalori. Skit-sakit badan aku lepas tu sampai tak boleh nak tidur. Latihan dalam JK1M sebelum ini pun tidak seteruk kelas di Myraz ni. Kemudahan peralatan gym pun ada di sini. Bayaran masuk yang dikenakan untuk walk-in cuma RM8.00. Peralatannya banyak, tapi yang kurang bestnya ialah cuma ada 1 treadmill dan 1 crossliner untuk kardio. Biasanya akau buat kardio kurang-kurang pun dah 30 minit. Marah lak orang menunggu nanti. Berikut maklumat yang aku kongsikan berkenaan Myraz Fitnez Putra Perdana, Puchong :

Myraz Fitnez @ Myraz Gym & Studio
No 21, 1st Floor, 
Jalan Putra Perdana 2/1 
Taman Putra Perdana, 
47100 Puchong Selangor
No. HP :016-967 8277

Yuran Keahlian
Kena buat plank
Satu lagi senaman
Kick boxing.. alahai.. risau aku nak tumbuk minah ni..
Kick boxing pun macam circuit training gak..

Jumaat, 7 Mac 2014

Happy 5th Anniversary


Rabu, 5 Mac 2014

Trail Fun Walk : Hutan Simpan Ayer Hitam Bersama Alumni JK1M#Puchong

Assalamualaikum wbt. Nampaknya kawan-kawan alumni Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri Team Puchong (JK1M#Puchong) dah ketagih dengan exercise. Selepas berakhirnya JK1M#Puchong Musim Pertama, kami meneruskan group whatapps dengan merencanakan aktiviti-aktiviti riadah dan senaman. Tempoh 6 minggu JK1M bukanlah tempoh yang cukup untuk seseorang mencapai berat idaman, namun tempoh itu cukup memberikan pengajaran kepada kami untuk meneruskan cara hidup sihat walaupun JK1M telah berakhir. 
Pada 1 Mac 2014, kami telah mengadakan aktiviti Trail Fun Walk di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Perjalanan kali ini rasanya lebih mudah berbanding sebelum ini. Kami masih menggunakan rout 'susah-susah dahulu senang-senang kemudian'. Tapi dalam perjalanan kami seorang nyonya memberitahu kami bahawa kami melalui route yang sukar. Katanya lebih mudah jika kami memasuki laluan kanan (senang-senang dahulu). Setiap orang mempunyai pandangan berbeza. Bagi aku, laluan sebelah kanan lebih sukar kerana pada awal route, trailnya landai tetapi semakin susah kemudian. Ikut cara masing-masinglah. Aku serik pertama kali aku memasuki Hutan ini menggunakan laluan kanan, rasa nak menangis dalam hutan tu sebab terpaksa banyak mendaki. Seronok aktiviti kali ini. Masing-masing dah ada stamina, jadi perjalanan berjalan lancar. Kami masih mengekalkan tradisi potluk. Selepas keluar dari kawasan hutan, kami membuat stretching dan berkelah di pantai yang indah di bawah pokok tepi jalan. Semoga kami akan terus istiqamah sehingga berjaya mencapai berat impian.

Selasa, 4 Mac 2014

Puteriku Sofia Dijangkiti Rotavirus

Assalamualaikum wbt, semasa aku bawa anak-anak aku menghadiri Majlis Makan Malam Finale Jom Kurus 1 Malaysia Team Puchong pada 22 Februari 2014 hari tu, Sofia dah mula muntah-muntah. Aku pada mulanya anggap muntah-muntah biasa. Tapi pelik bila tengok setiap kali minum atau makan, beberapa saat lepas tu terus muntah balik. Balik dari dinner tu, aku beri Sofia ubat tahan muntah yang pernah dibekalkan oleh Doktor sebelum ini iaitu semasa Sofia dijangkiti chicken pox. Tapi ubat tu tidak berkesan, Sofia muntah terus menerus. Bukan setakat muntah-muntah, Sofia juga kena cirit birit yang luar biasa. Warna najisnya kuning cerah dan banyak air. Sampailah pada hari Selasa 25 Februari 2014, aku tengok Sofia dah semakin susut. Malam sebelum tu Sofia mengadu sakit perut. Jadi, pagi itu selepas menghantar Hamzah ke taska, aku terus ke Hospital Columbia untuk berjumpa Dr. Wong, Consultant Pediatric yang biasa aku rujuk jika anak-anak aku mempunyai gejala luar biasa.
Sofia di Bilik Prosedur menunggu untuk Intra Vena
Dr. Wong menjangkakan 2 perkara iaitu rotavirus dan denggi. Namun Dr. Wong menasihati aku supaya Sofia dimasukkan ke ward kerana telah dehidrasi, badannya juga semakin lemah. Sofia banyak tidur. Menurut Dr. Wong, kanak-kanak yang dehidrasi akan merasa lemah menyebabkan mereka banyak tidur. Sampel najis Sofia diambil. Sedih aku tengok cara sampel najis diambil. Sejenis putik kapas yang panjang dimasukkan melalui rektum, tak sanggup aku melihat Sofia menggeliat menahan kesakitan. Kulit mukanya yang putih menjadi merah menahan sakit. Sofia seterusnya dibawa masuk ke Bilik Prosedur untuk memasang Intra Vena kerana Sofia tidak makan dan minum selama 4 hari. Aku diminta menunggu diluar. Menangis aku mendengar suara Sofia menejrit dari dalam Bilik Prosedur memanggil 'ayah.. ayah..'. Prosesnya mengambil masa yang agak lama. Hati kecik aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Ingin saja aku menendang pintu yang menghalang aku dan Sofia. Kemudian kelihatan kelibat Dr. Wong masuk ke Bilik Prosedur seperti cemas. Selang 5 minit kemudian aku dibenarkan masuk. Aku dapati IV tidak dipasang pada tangan sebaliknya dipasang pada bahagian kaki. Dr. Wong memberitahu aku bahawa Doktor sebelum ini yang cuba membuat IV tidak menemui vein Sofia walaupun setelah 2 kali dicucuk. Aduh.. sakitnya aku rasa, anak aku dicucuk 2 kali, semestinya Sofia menderita. Jadi Dr. Wong terpaksa membuat IV pada bahagian kaki. Dr. Wong juga memberitahu bahawa ujian makmal ke atas sampel najis Sofia mengesahkan bahawa Sofia POSITIF ROTAVIRUS. Sofia terus dimasukkan ke ward.
Sofia sewaktu menunggu approval insuran
Apakah Rotavirus?
Rotavirus adalah virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan di usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang telah dijangkiti, dan disebar melalui sentuhan dengan najis ini. Perkara ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku dari anak ke anak di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia boleh merebak melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang mengurus bayi yang dijangkiti.
Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di atas permukaan keras dan kering. Ini bermaksud ia juga mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti, dan kemudian menyentuh mulutnya.
Di ward.. Sofia masih lemah ketika ini
Insuran Sofia cuma cover nilai bilik sebanyak RM150. Bilik twin sahring berharga RM120, jadi aku memilih bilik twin sharing supaya tidak perlu membayar bayaran tambahan nanti. Namun pada hari kedua, Sofia terpaksa dipindahkan ke bilik single kerana rotavirus mudah berjangkit. Bilik single berharha RM190. Jadi, aku terpaksa membayar tambahan RM40 untuk nilai bilik tu. Mujur Sofia cuma ditahan selama 3 hari 2 malam sahaja. Aku pun merindui Sofia, setiap malam Sofialah yang tidur paling lewat, bergurau dan bermain dengan aku. Hamzah biasanya tidur seawal jam 10 malam.
Adik dan Abang saling merindu
Pada 27 Februari 2014, keadaan Sofia sudah kembali seperti biasa. Sofia yang sentiasa ceria dan melasak. Syukur Allah memudahkan segala urusan. Selama ini aku anggap rotavirus seperti cirit birit biasa. Aku pun selalu cirit birit. Jadi aku tak ambil imunisasi rotavirus sewaktu anak-anak aku bayi. Bila dah jadi sebegini, barulah aku sedar, jangkitan rotavirus sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Dapatkanlah vaksin rotavirus untuk anak-anak anda supaya apa yang berlaku pada Sofia tidak berlaku pada anak-anak anda. Sekiranya anak-anak anda mempunyai gejala muntah-muntah dan cirit birit yang luar biasa, segera ke hospital dan JANGAN MENGHANTAR ANAK ANDA KE TASKA SEKIRANYA ANAK ANDA MEMPUNYAI GEJALA PENYAKIT BERJANGKIT. Rotavirus berjangkit, aku percaya jangkitan ini diperolehi dari kanak-kanak lain di taska. Aku tidak sesekali menyalahkan taska, tetapi aku menyalahkan ibubapa yang ambil mudah kesihatan anak sehingga menjejaskan kesihatan anak orang lain.
Sofia bersedia untuk discharge