Sabtu, 17 Mei 2014

Bengkel Pra Pengenalan Senamrobik Bersama Safa Fitness di Aero-Fitness, Taman Damai Utama, Puchong

Assalamualaikum wbt.. Baru-baru ni Safa Fitness mengadakan Kelas Pra-Pengenalan Coaching Senamrobik pada 17 May 2014 ini di Aerofitness Studio. Kelas ni sesuai untuk individu yang baru hendak belajar atau untuk mereka yang ingin mengulangkaji. Kelas ni akan diadakan setiap hari Sabtu. Aku sempat hadir kelas pertama ni. Selama 2 jam diberi penerangan dan demonstrasi oleh Coach Salleh. Aku takde cita-cita langsung nak jadi instructor/ coach aerobic ni. Aku join kelas ni semata-mata 'Ingin Tahu'. Coach Salleh ni tak kedekut ilmu. Kalau kita tanya dia sikit, dia akan huraikan panjang lebar, kau je yang penat nak dengar nanti. Boleh kata 1 kita cakap, 10 dia jawab. Kelas minggu berikutnya mungkin baru ada pergerakan kot.
Dalam kelas ni dapatlah aku faham makna aerobik tu sebenarnya. Sejak aku ikut aerobik Coach Salleh ni, aku rasa nak nangis tengok aerobik yang bukan aerobik. Poco-poco bukan sejenis aerobik ye. Poco-poco intensiti rendah je. Aku juga diperkenalkan dengan gerakan-gerakan asas aerobik secara teori dahulu. Bagi aku oklah kelas ni. Aku pun kagum tengok 'Abnag Body' macam coach ni pun boleh mambo le, salsa le, entah apa-apa jenis tarian lagi le. Boleh kata apa yang kita cakap dia tahu. Aku test tanya dia tentang step dalam youtube yang sempat aku survey, sekali dia tahu step yang aku maksudkan. Memang banyak pengalaman le mamat ni. Respect...

Details as follows :
Time : 10.30am - 12.30pm
Location : Aerofitness Studio, Taman Damai Utama
Bayaran untuk kelas ni cuma RM50 seorang/ class.

Khamis, 15 Mei 2014

Tekanan Darah Tinggi Turun Apabila Berat Badan Turun

Assalamualaikum wbt.
Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku dengan tekanan darah tinggi. Aku start perasan yang aku ada masalah tekanan darah tinggi masa aku belajar di UPM lagi. Tapi bila aku berdiet dan jaga makan, penyakit tekanan darah tinggi tu hilang sehinggalah selepas berkahwin, aku mula abaikan senaman dan mula tak jaga pemakanan. Badan naik bagai dipam-pam. Berat aku dah cecah 140kg. Sampai satu masa aku masuk ward di Hospital Columbia dan perasan yang bacaan BP aku sangat tinggi.

Di Hospital Columbia, Dr.Zuraidah iaitu Physician yang merawat aku nasihatkan supaya turunkan berat badan sebab hasil pemeriksaan darah aku dah mula tak berapa 'cantik'. Atas katil hospital aku google sehingga jumpa Program Jom Kurus 1 Malaysia Bersama Kevin Zahari # Puchong. Bermula dari Januari 2014 aku mula mengorak langkah menurunkan berat badan. Masa di hospital, doktor ada arahkan aku untuk makan ubat darah tinggi, tapi aku cuma makan untuk tempoh 1 bulan. Harga ubat tu agak mahal. Kalau aku pergi hospital kerajaan, bolehlah dapat free. 

Alhamdulillah, tekanan aku perlahan-lahan menurun. Gambar kat bawah ni merupakan testimoni aku bahawa 'tekanan darah boleh diturunkan dengan menurunkan berat badan'. Tapi aku anggap yang tekanan darah aku ni tak berapa stabil lagi sebab bila stress tekanan darah aku mudah naik. Tapi kalau naik tidaklah sampai 174/95 macam sebelum ni. Aku masih dalam proses menurunkan berat badan. Aku akan berusaha sampai capai berat ideal. Harap-harap penyakit darah tinggi ni akan terus hilang dari tubuh aku.
Kalau korang tanya Pakcik Google, ada banyak sangat artikel-artikel yang mengesahkan bahawa tekanan darah boleh diturunkan dengan menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, ini terhad bagi orang yang alami masalah obesiti ye. Sebab ada ramai juga orang yang tidak obese, tapi alami tekanan darah tinggi. Jadi keadaan ni janganlah pulak korang turunkan lagi berat badan yang dah kurus tu. Sabarlah dengan segala ujian Allah dan jangan berhenti berusaha. Penyakit penghapus dosa sebagaimana disebutkan dalam shahihain (Bukhari-Muslim), Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ ؛ وَلَا نَصَبٍ ؛ وَلَا هَمٍّ ؛ وَلَا حَزَنٍ ؛ وَلَا غَمٍّ ؛ وَلَا أَذًى – حَتَّى الشَّوْكَةُ يَشَاكُهَا – إلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa letih, kekhawatiran (pada pikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang)[6], kesusahan hati[7] atau sesuatu yang menyakiti[8] sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.”[9]
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Rabu, 14 Mei 2014

Kelas Body Toning Di Aero-Fitness, Taman Damai Utama, Puchong

Aduh...lemah rasanya lengan aku. Baru je balik kelas 'body toning' kat Aero-Fitness. Dah dekat 2 minggu badan aku x berpeluh sebab kena gout attact. Walaupun belum sembuh sepenuhnya, aku kuatkan diri untuk masuk kelas hari ni. Kalau lama sangat berehat, risau pulak hilang stamina. Nak mulakan balik bukan senang. Sampai Aero-Fitness lebih kurang jam 8.15 malam, Coach Salleh dah sampai dulu, tengah duduk-duduk kat luar. Sempat dia tanya keadaan gout aku. Terharu pulak rasa bila orang ambil berat. Cakne jugok coach ni.

Sebelum masuk kelas, aku singgah farmasi selang beberapa lot dari Aero-Fitnesa untuk cek glucose. Takut pengsan nanti sapa lak nak bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut. Badan aku rasa x sedap je 2 minggu ni. Tapi bacaan gula aku tadi normal.. cuma 5.4mmol/L. Staff farmasi tu kata xde masalah, cuma.jangan aerobik lama sangat sebab bila badan pakai banyak glucose, boleh hipo. Entahlah.. aku xtau apa sakit aku sebenarnya Redha jelah. Aku milik-Nya. Aku dah cuba berusaha.

Ramai juga yang hadir kelas malam.ni. Kawan-kawan dari Jom Kurus Puchong pun ada. Kelas body toning malam ni guna step board, dumbbell dan juga barbell. Sepatutnya kelas 1 jam je, tapi lebih sejam Coach Salleh mengajar malam ni. Rasa macam kena dera je, xde take 5 ke apa.., nasib baik Coach ni conduct kelas secara santai.. boleh melawak lagi. Kuranglah sikit stress aku. Demi nak capai berat ideal, aku kuatkan semangat. Dera-dera pun untuk kebaikan juga. Kalau nak senam sedap-sedap, baik kau pergi massage kat Bandar Puteri tu. Tambahan lak, coach pakai 'seksi' malam ni, dah macam supermen le pulak. Secara tak langsung bagi motivasi kat aku. Bukanlah aku nak body berketak2 pun. Nanti kalau body berketak2, masuk pasar malam orang ingat Rafael Rosell si pelakon Filipina tu sesat pulak. Sihat menjadi keutamaan No.1.. Dapat lean body pun dah syukur.Alhamdulillah..

Selasa, 13 Mei 2014

Kelas DNA Di Aero-Fitness, Taman Damai Utama, Puchong

Assalamualaikum wbt. 
Beberapa minggu lepas, aku sempat hadir kelas aerobik di Aero-Fitness, Taman Damai Utama, Puchong. Sorang kawan aku dalam Jom Kurus 1 Malaysia Team Puchong asyik promote je dalam 'whatapps'. Akhirnya aku join jugalah walaupun agak jauh sebenarnya dari rumah. Sekadar nak mencuba lah katakan. Senang je nak cari Aero-Fitness ni, masuk je Taman Damai Utama tu, masuk belah kiri dan terus turn kanan, nampak ada kedai dobi. Aero-Fitness ni terletak atas kedai dobi tu. Alamat Aero-Fitness ni seperti kat bawah ni :  
No 4-2, Jalan DU 2, 
Taman Damai Utama,
47180 Puchong, Selangor.
H/P : 017-7556781 (CoachSalleh)/ 012-6189894 (Coach Farah)

Aero-Fitness Taman Damai Utama
Aero-Fitness ni dahulunya merupakan pusat senaman khusus untuk wanita, tapi dah diambil alih oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Salleh Amil dan Puan Farah Asyikin. Sekarang Aero-Fitness dibuka untuk unisex. Tak banyak pusat senaman yang dibuka untuk unisex ni, biasanya untuk ladies je kan. Jadi, alang-alang dah dibuka untuk unisex ni, haruslah join. Nanti orang buat khas untuk perempuan, ko kata diskriminasi gender pulak. 
After Kelas DNA.. Gambar tak berapa clear..
Coach Salleh dan Coach Farah merupakan tenaga pengajar di Aero-Fitness ni. Coach Farah mengajar kelas 'Bollyrobics' dan 'Latino Heat', manakala lain-lain kelas iaitu 'Blazzin' Step', 'Body Toning',DNA, 'Blazzin Cardio' dan 'Cardio Mix' akan diajar oleh Coach Salleh. Coach Salleh ni merupakan Team Leader (Coach) untuk Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri bagi Kawasan Bukit Jalil.

Kelas yang aku hadir malam tu ialah 'DNA' iaitu Dance N Aerobic. Terus terang aku cakap, kelas DNA malam tu membuka persepsi baru pada aku berkenaan 'aerobic'. Selama ni aku join dengan makcik-makcik, jadi gerakan dengan makcik-makcik ni ala-ala poco-poco je. Sekali join DNA ni diorang punya pergerakan sekali dengan menari.. dah nama pun Dance And Aerobic.. Aku ni bukannya pernah menari zapin ke, ulek mayang ke masa zaman sekolah dulu. Memang aku kaki bangku. Nasib baiklah aku dah ada stamina sikit, boleh le aku ikut DNA tu walaupun gerakan aku lintang pukang. Bayangkan 5 minit pertama peluh dah merembes. Siyes.. aku malu gila dengan Coach Salleh malam tu. Ini pertama kali rasanya aerobik dengan instructor lelaki. Biasanya kelas-kelas aerobic ni dengan instructor perempuan. Kalau ada pun coach lelaki, ala-ala ya auw auw lah.. Coach Salleh ni macho ye, jadi dia punya step takde gedik-gedik ye.. nak gedik-gedik, ko pergi masuk kelas gelek Arab..
Tak payah cari aku dalam gambar ni.. aku takde dalam ni.. Ni dari FB Aero-Fitness..
Lepas kelas DNA, aku dan 2 orang kawan borak-borak kejap dengan Coach Salleh. Lega sikit bila dia kata biasalah kali pertama join aerobik, nanti dah selalu ok le. Kurang sikit rasa 'down' aku. Memang kelas malam tu syok gila. Berpeluh habis. Kelas dia happening sangat. DNA ni ikut tune muzik, bukan hentam kromo. Kalau salah step, buat balik ye.. ingat.. no gedik-gedik.. Insyaallah, kalau ada masa, aku akan datang lagi. Masa aku menulis ni, aku baru 2 kali masuk kelas, bukan apa, masa tak berapa mengizinkan. Kalau ikutkan rasa, hari-hari nak masuk kelas, cepat sikit aku capain berat idel. Bawah ni jadual kelas-kelas yang diadakan di Aero-Fitness, Taman Damai Utama ni. Ada 2 sessi iaitu pagi dan malam. Kelas pagi biasanya tak berapa ramai orang, tapi coach cakap, walaupun yang datang cuma 1 atau 2 orang, kelas akan tetap diadakan..sangat sangat sangat profesional.. 
Jadual kelas di Aero-Fitness dan kadar bayaran..
Orang lelaki, jangan malu nak aerobik. Coach Salleh ni muscular.. macho.., tapi dia punya aerobik step cantik je.. Aerobik bukan untuk perempuan sahaja ye.. Ubah persepsi tentang aerobik.. Jom serbu AERO-FITNESS..