Jumaat, 25 Oktober 2013

Restoran Nasi Arab Al-Raudah, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Assalamualaikum wbt

Malam tadi teringin pulak nak makan set Nasi Arab Spicy Fried Chicken di Restoran Al-Raudah, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Menu Spicy Fried Chicken memang tiada di Restoran D'Arab Cafe yang banyak cawangan tu. Di Hadramawt, aku tak perasan lah pulak ada ke tidak. Lagipun nak pergi ke Hadramawt tu rasa tak larat pulak sebab badan pun sengal-sengal baru baik demam.
Restoran ni berhadapan dengan Giant@Pasar Borong Selangor..lebih kurang ler..
Alhamdulillah, Restoran Al-Raudah buka malan ni. Pernah dua kali aku datang tapi tutup, rugi minyak dengan tol je. Seperti biasa, kegemaran aku kat sini ialah Set Nasi Arab Spicy Fried Chicken. Ayam goreng yang disalut rempah special..sedap sangat. Sup dan sambal (aku x pasti,yang dalam piring tu disebut sambal ke atau ada nama lain) di sini lebih pekat dan terasa kalau nak banding dengan D'Arab Cafe.
Biasanya set nasi arab kan dengan ayam panggang atau ayam sup tu kan, tapi kat sini dah diasimilasikan dengan tekak Melayu. Set Nasi dihidang juga dengan Ikan Tilapia, Sotong dan Udang. Selain tu ada juga set Chicken Chop.

Wife aku pula order Set Ikan Tilapia, besar saiz ikan dia, maklumlah, Pasar Borong Selangor hanya di seberang jalan, jadi tak jadi masalah untuk dapat bekalan segar dan lebih murah. Aku rasa sikit ikan goreng yang wife aku order tu, memang sedap dan fresh..rangup..

Hamzah pula, aku orderkan Chicken Chop. Chicken Chop kat ni takde mushroom sauce atau blackpaper sauce ye.. isi peha ayam goreng salut tepung dimakan dengan sos cili dan mayonis. Side dia adalah kentang goreng dan salad.
Spicy Fried Chicken
Aku hanya snap menu aku je sebab masa tu tak ramai pelangan. Tapi masa menu wife aku dan Hamzah sampai, tetiba ramai lak orang yang masuk. Malu le aku nak snap2 photo..Untuk minuman pula, wife aku order Iced Lemon Tea dan Hamzah, aku orderkan Milo.. biasa-biasa je. Aku pulak order Teh Arab. Biasanya Teh Arab diletak cengkih dan daun pudina je, tapi kat sini diorang tambah buah pelaga sekali.
Teh Arab Panas..
Datanglah cuba kelainan Nasi Berani Arab yang diMelayukan kat sini.. Silap-silap jadi ketagih macam aku..No.31, Jalan Putra Permai 8/1,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan

Sabtu, 19 Oktober 2013

MENTAL HEALTH WALK bersama LANGKAH CERIA@Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Pagi ni aku, isteri dan putera puteri kami meluangkan masa sertai MENTAL HEALTH WALK bersama LANGKAH CERIA@Putrajaya bempena Hari Kesihatan Mental. Langkah Ceria ni biasalah memang diadakan Sabtu ke-3 setiap bulan. Cuma kali ni dianjurkan sekali dengan agensi lain yang terlibat dalam 'mental health' ni.
Acara dimulakan dengan aerobik. Kasi panas badan dulu.
YB Khairy hadir bersama isterinya.
VVIP yang hadir pagi ni ialah YB Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan. Selain tu ada le beberapa Dato'-Dato' yang aku tak kenal. Jarak perjalanan ialah 4.5km dan 7.5km. Kebanyakan peserta yang bawa anak kecik macam aku ni, ikut route 4.5km. Penat jugak tau. Sakit kaki ni menapak. Tapi puas hati sebab dapat luangkan masa dengan anak secara berfaedah.
Ramai gak yang joint pagi tadi.. tapi kebanyakannya budak remaja le..
Hamzah baik betul. Kesian terlupa bawa kasut. Ingatkan ada dalam kereta.
Laluan di tepi tasik.
Masa kat sini le si Sofia start buat perangai.. 
Baru nak sampai 2km, si princes buat perangai tak nak duduk dalam stroller pulak, geram betul aku..takpe..takpe.. ni ujian.. namapun 'Mental Health Walk'.. kena jaga kesihatan mental.. xmau stress-stress.. Terpaksa le gilir dengan isteri dukung princes debab ni. Prince duduk dalam stroller pulak, jadi baby besar.
Tengoklah Sofia tu, buat perangai betul. Duduk dalam stroller tak mau, nak berdukung..
Alhamdulillah dapat juga kami tamatkan perjalanan ni. Memang mencabat mental dengan perangai anak-anak ni. Acara diakhiri dengan cabutan bertuah. Tapi aku ni memang selalunya tak bertuah. Kami balik bawa kenangan je.. :)

Khamis, 17 Oktober 2013

Antara KAWAN Dan KEKASIH


Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

Hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan 
dan mengisi kekosongan hati ...
Hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati... berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH 
Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
Perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

Jumaat, 11 Oktober 2013

Hari Keluarga Di BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort Port Dickson

Assalamualaikum wbt

Pada 28 dan 29 September lepas, Kelab office aku telah mengadakan Hari Keluarga. Dalam surat dinyatakan Tiara Beach Resort. Aku tak pernah sampai ke Tiara Beach Resort sebelum ni tapi ada banyak dengar cerita tentang resort ni, dengarnya ada taman tema air. Jadi, aku guna GPS untuk ke Tiara Beach Resort ni. GPS kata dah sampai, tapi aku tengok takde pulak Tiara Beach Resort, betul ke ni. Dah lah perjalanan ke sini macam dah takde pantai. Yang ada sebelah kiri aku ialah BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort, sebelah kanan pulak ada Splash apa ntah..
Backdrop yang disediakn oleh pihak resort.
Rupanya Tiara Beach Resort ni dah tukar ke BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort. Tak tahu lah pulak aku sejak bila. Memandangkan bilangan staff yang ramai, unit apartment resort ni tak cukup, jadi ada staff yang dapat unit individu. Alhamdulillah, family aku dapat unit apartment 2 bilik di Blok G.

Masuk je unit apartment, inilah rupanya..ruang tamu..
Apartment ni saiznya agak kecik, untuk program Hari Keluarga memang sesuai, tapi kalau saja-saja nak duduk sini, aku rasa tak sesuai sebab tempat ni jauh dari pekan dan takde apa pun kat sini, restoran, cafe depan resort ni asyik tutup je. Kerusi di ruang tamu hanyalah kerusi kayu, malam-malam takde apa nak buat, biasanya kita akan lepak tengok tv, aduh.. sakit badan duduk tengok tv atas kerusi kayu ni. Apalah salahnya kalau hotel ni sediakan kerusi yang empuk sikit.,

Pantry

Ada tea set
Bilik utama..ada bilik air dalam bilik ni..
Bilik air di bilik utama
Tampal je sticker BEST WESTERN.. kalau cabut sticker tu, brand Tiara Beach Resort
Bilik kedua
Bilik air kedua
Sais bilik memang kecik. Sama macam flat kos rendah. Dlam bilik memang ada aircond tapi remote takde, mula-mula tidur oklah, tapi bila dah jam 3 pagi, mulalah rasa menggigil. Tengok anak pun dah mengerekot. Aku tidur bilik kedua dengan Hamzah manakala wife aku di bilik pertama dengan Sofia. Akhirnya terpaksa aku padam aircond dan buka pintu bilik, harap angin sepoi-sepoi dari kipas di ruang tamu.
Turun je dari apartment, ini yang nampak dulu.. cantik..
Pantai tiruan..
Tapi air tak berapa dalam..
Family aku mandi di bahagian kanak-kanak
Anak aku bukan suka mandi kolam pun :(
Kolam sini memang cantiklah walaupun tak berapa dalam. Untuk bagi anak-anak bergembira dalam suasana terkawal dan murah, sinilah tempatnya. Tapi untuk bermalam kat sini bukanlah idea yang sesuai bagi aku. Next time, aku mungkin datang lagi, sewa bilik pun untuk berehat-rehat dan balik hari. Tak sangguplah nak bermalam di sini. Bosan tahap cipan.. :)

Restoran Ayam Penyet AP Alamanda Putrajaya : Kedekut dan Pemalas

Assalamualaikum wbt

Tadi selepas buat pasport di Presint 15 Putrajaya, aku bawa family singgah Alamanda Putrajaya. Fikir-fikir nak makan apa, terasa dah lama tak makan Ayam Penyet AP. Aku memang suka makan Ayam Penyet AP Cawangan Bandar Puteri Puchong, kali ni cuba cawangan Alamanda pulak.

Aku order set Ikan Bawal Berlado dan wife order set Ikan Bawal Bakar. Sampai je pesanan aku, terperanjat tengok sambalnya..punyalah sikit.. Sambak tu diletak atas ikan dalam setengah sudu je. Aku minta sambal tambah dari sorang pelayan cina tua tu,katanya 'ok ok'.. tapi x sampai-sampai. Aku minta sekali lagi dari sorang pelayan Indon, barulah dapat satu sudu sambal lagi. Biasanya kalau kita makan Ayam Penyet, sambalnya.mesti banyak kan.. Bengang betul aku.. Wife aku pun dapat kuah kicap sikit gila..

Memang KEDEKUT staff Ayam Penyet AP Alamanda ni.. Kebetulan masa pelayan hantar sambal tambahan aku tu, gelas air Hamzah tumpah, boleh buat tak tahu je pelayan tu. Haprak betul. Aku guna tisu atas meja tu je lap air tumpah. Dasar pelayan pemalas. Malas aku nak snap gambar kat restoran ni. Takde mood. Nilah first and the last kot makan sini..Kalau nak makan Ayam Penyet AP, baik aku pergi cawangan Bandar Puteri, Puchong. Service kat sana much better...

Khamis, 10 Oktober 2013

Patin Place Bandar Puchong Utama Lagi..

Assalamualaikum wbt

Makan tengahari aku hari ni agak lewat sebab ramai publics yang datang dengan bermacam-macam urusan. Dari soal tanah, soal nak berkahwin, nak masuk kolej hinggalah urusan pendatang asing tanpa izin Indonesia nak balik kampung. Jam 4 petang barulah aku dapat keluar untuk lunch. Memandangkan lauk-lauk di kebanyakan restoran nasi campur pada waktu ni tentu dah habis atau tinggal saki baki, aku ambil keputusan untuk ke Restoran Patin Place, tambahan pula, banyak lagi menu yang belum aku cuba.
Ikan Gong.. semasa menghidangkan lauk ni, mereka akan palukan gong..
Sebelum keluar, aku memang plan nak mencuba menu Ikan Gong iaitu ikan tilapia goreng dengan in-house sauce dan dibungkus dalam daun teratai. Ikan tilapia yang digunakan ialah ikan tilapia merah. Memang sedap. Harga untuk seekor ikan ialah RM26.00. Semasa menghidangkan Ikan Gong, pelayan tu bagitau aku yang nama menu ni dipanggil Ikan gong kerana mereka akan membunyikan 'gong' yang ada di kaunter. Berdasarkan kepercayaan cina, untuk prosperity dan longevity le.. ishh xnak le aku sampai bergong-gong.. malu...  Lauk sampingan pula, pelayan restoran tu cadangkan sotong masak pedas. Harganya RM13.90, saiz hidangan sotong ni agak kecil. Rasanya macam masak paprik tapi lebih pedas, memang sedap.
Sotong Masak Pedas
Untuk minuman pula, aku sekali lagi nak minta green tea tapi without gula. Rupa-rupanya minuman di kedai ni dah siap bancuh. Green tea tu memang ada gula. Jadi aku pilih minuman lain. Pilih punya pilih, aku tertarik dengan Lemon Grass Ice iaitu teh serai. Rasa lemongrass ice ni agak tajam ye. harganya RM5.90.Kalau yang mengandung tu, janganlah cuba. Aku lain, aku 'mengandungi' lemak. Wife aku pulak order Lemon Tea Ice.. biasa-biasa je lah. Harganya RM5.50. Jadi kos keseluruhan lunch aku RM55.80 le, termasuk 3 portion nasi putih.
Banyak lagi menu di restoran ni yang aku perlu cuba. Nampaknya aku kena datang lagilah nanti. :)
Lemongrass Ice

Rabu, 9 Oktober 2013

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Assalamualaikum wbt

Semasa dalam perjalanan ke Port Dickson sempena Hari Keluarga Pejabat Daerah hari tu, aku sempat singgah Muzium Tentera Darat yang terletak di Batu 4, berdekatan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Maklumlah, Hamzah obses dengan kapal terbang, helikopter dan keretapi. Tambahan pula, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat muzium ni. Lokasinya pun dalam perjalanan. Rugilah kalau tak singgah. Layanlah gambar-gambar yang aku uploadkan ni.
Keretapi ni ada masa tertentu akan berbunyi.

Jet Pejuang
Helikopter
Kereta Perisai
Bapak besar lori ni...
Kereta Perisai
Terowong Komunis
Masuk je terowong, ada patung anggota PKM ni.. lari Hamzah naik balik sebab takut tengok patung ni.
Ubat-ubatan.
Lagi ubat-ubatan.. minyak gamat, minyak angin.. haaa!..minyak lintah?
Wah.. komunis tak lupa berus gigi.
Ada cermin muka lagi. Ada komunis pakai bedak nyonya ke?
Komunis ni buat apa ntah.
Tengah berbincang untuk menjahanamkan negara.
Ada paramedik woo...
Naik motor dalam terowong?
Keluar dari terowong akan nampak kapal terbang ni.
Ada taman buatan konsep hutan..cantik dan redup..
Ada jambatan gantung. Aku tak naik sebab takut kena bayar ganti rugi kalau jambatan ni runtuh.

Semasa Muzium ni mula-mula dibuka dulu, patung-patung dalam terowong PKM tu tiada cermin, sekarang dah bertutup dengan cermin. Mungkin sebab banyak tangan gatal yang merosakkan patung-patung ni kot. Dah lah masuk free, lagi mahu merosakkan harta awam. Di Muzium ni juga terdapat terlalu banyak maklumat sejarah secara bertulis, larat atau tak larat je korang nak baca maklumat-maklumat tu. Aku tak larat, mana nak mengejar budak berdua ni lagi kan. Kalau datang ke Port Dickson, jangan lupa singgah di Muzium Tentera Darat ni yer.. Berbaloi-baloi..

Maklumat Lanjut :

Muzium Tentera Darat
Batu 4, Kem Si Rusa,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Tel : 06-6471266 samb. 2482

Selasa, 8 Oktober 2013

Sarapan Di Rahimah's Kitchen Bandar Bukit Puchong

Assalamualaikum wbt

Pagi ni aku nak ke Tesco Bukit Puchong untuk beli air dan apa-apa yang boleh dihidangkan sebab ada staff dari office nak datang hantar barang. Sebelum tu aku singgah Restoran Rahimah's Kitchen yang terletak berdekatan dengan Tesco Bandar Bukit Puchong.

Restoran ni dah lama juga beroperasi dan ada beberapa kali minum petang dan makan malam di sini. Kali ni kali pertama bersarapan. Aku sampai dalam jam 8pagi, cuma ada nasi goreng, mee goreng dan nasi dagang. Aku order Nasi Dagang dan Kopi Jannah Mahkota Dewa kegemaran aku.
Nasi Dagang Versi Terengganu Rahimah's Kitchen
Sedap juga Nasi Dagang di sini. Nasi Dagang versi Terengganu sebab warna putih. Kalau versi Kelantan kan warna perang sebab campur beras perang. Gulai Ikan Tongkol  sebagai lauk utama memang cukup rasa. Pedas, sesuai dengan selera orang Malaysia. Selain jelatah sebagai lauk sampingan, pelik juga sebab ada telur rebus. Tak pernah jumpa Nasi Dagang dihidang dengan telur rebus. Mungkin saja cari kelainan. Tapi ok juga..layan.. memang sedap Nasi Dagang sini..datanglah cuba. Aku tak pasti harganya, tapi jumlah keseluruhan, Nasi Dagang dengan Air Kopi Mahkota Dewa Al Jannah cuma RM9.00, oklah, sebab kita puas dengan rasa hidangannya kan.
Restoran Rahimah's Kitchen,
No.75, Jalan BP 6/3,
Bandar Bukit Puchong,
Puchong, Selangor
Facebook : www.facebook.com/RahimahKitchen