Assalamualaikum wbt
Semasa dalam perjalanan ke Port Dickson sempena Hari Keluarga Pejabat Daerah hari tu, aku sempat singgah Muzium Tentera Darat yang terletak di Batu 4, berdekatan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Maklumlah, Hamzah obses dengan kapal terbang, helikopter dan keretapi. Tambahan pula, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat muzium ni. Lokasinya pun dalam perjalanan. Rugilah kalau tak singgah. Layanlah gambar-gambar yang aku uploadkan ni.
|
Keretapi ni ada masa tertentu akan berbunyi. |
|
Jet Pejuang |
|
Helikopter |
|
Kereta Perisai |
|
Bapak besar lori ni... |
|
Kereta Perisai |
|
Terowong Komunis |
|
Masuk je terowong, ada patung anggota PKM ni.. lari Hamzah naik balik sebab takut tengok patung ni. |
|
Ubat-ubatan. |
|
Lagi ubat-ubatan.. minyak gamat, minyak angin.. haaa!..minyak lintah? |
|
Wah.. komunis tak lupa berus gigi. |
|
Ada cermin muka lagi. Ada komunis pakai bedak nyonya ke? |
|
Komunis ni buat apa ntah. |
|
Tengah berbincang untuk menjahanamkan negara. |
|
Ada paramedik woo... |
|
Naik motor dalam terowong? |
|
Keluar dari terowong akan nampak kapal terbang ni. |
|
Ada taman buatan konsep hutan..cantik dan redup.. |
|
Ada jambatan gantung. Aku tak naik sebab takut kena bayar ganti rugi kalau jambatan ni runtuh. |
Semasa Muzium ni mula-mula dibuka dulu, patung-patung dalam terowong PKM tu tiada cermin, sekarang dah bertutup dengan cermin. Mungkin sebab banyak tangan gatal yang merosakkan patung-patung ni kot. Dah lah masuk free, lagi mahu merosakkan harta awam. Di Muzium ni juga terdapat terlalu banyak maklumat sejarah secara bertulis, larat atau tak larat je korang nak baca maklumat-maklumat tu. Aku tak larat, mana nak mengejar budak berdua ni lagi kan. Kalau datang ke Port Dickson, jangan lupa singgah di Muzium Tentera Darat ni yer.. Berbaloi-baloi..
Maklumat Lanjut :
Muzium Tentera Darat
Batu 4, Kem Si Rusa,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel : 06-6471266 samb. 2482