Khamis, 3 Oktober 2013

Taklimat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Assalamualaikum wbt

Semalam sempat menghadirkan diri ke Taklimat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bersama Penghulu di Akademi SPRM, Jalan Duta. Jarak dari Puchong ke lokasi ni cuma 39km, tapi ambil masa 2jam10minit untuk sampai. Punyalah jem. X sanggup aku nak gi KL pagi2 macam semalam.
Penghulu-Penghulu Selangor Bergambar Kenangan Bersama Penguatkuasa SPRM
Bagus juga sessi taklimat ni. Antara intipati yang menarik perhatian aku ialah 'pembudayaan amalan rasuah sejak kecil dikalangan masyarakat'. Contohnya ibubapa sekarang akan cabar anak2 untuk dapat A dalam exam PMR or SPM. Kalau dapat 1 A, ibubapa akan beri RM50 kepada anak2. Ini secara x langsung menanamkan dalam diri anak2, bahawa setiap apa yang dibuat mesti ada upah dan bukannya atas dasar tanggungjawab. Mendidik anak tu tanggungjawab ibubapa. Belajar tu tanggungjawab anak2. Kenapa perlu diberi upah agar si anak menjalankan tanggungjawab untuk belajar. Betul gak apa yang dikatakan. Jadi, kalaulah ibubapa kaya sekalipun, janganlah dididik, diracun pemikiran anak dengan UPAH. Wallahualam.