Jumaat, 4 Oktober 2013

@GRILL'S Bangi Yang Sedap

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dapat gak.merasa makan di Grill's Bangi. Terpengaruh dengan review Sato17 le ni. Ada gak review yang negatif tentang restoran ni. Untuk kepastian, aku cuba sendiri makan kat restoran ni tadi.
Aku sampai tadi dalam jam 8pm. Pelanggan xdelah ramai sangat. Mungkin sbb pricey kot. Aku duduk.meja luar sebab rasa selesa sangat, x sejuk, x panas, nyaman je rasanya.
Wife tengah tengok menu..
Menu..pinjam dari sato17.blogspot.com
Menu..pinjam dari sato17.blogspot.com
Menu..pinjam dari sato17.blogspot.com
Salmon..terbaek..
Aku order Salmon. Serius aku cakap, Salmon ni memang sedap gila. Dressing untuk salad pun sangat sangat sedap. Atas salmon yang digrill tu diletak ala2 salsa. Memang kombinasi yang sempurna le. Aku suka sangat mashed potato dia..perfect.. cuma portion dia agak kecik le. Harganya RM29.00, berbaloi dengan rasa yang SUPER.
Chicken Chop..biasa-biasa je..
Wife aku pulak order Chicken Chop+Mushroom Sauce+Fries. Untuk set wife aku ni, aku rasa biasa2 je. Ayam x berapa fress. Mungkin sebab lama dibiar untuk marinated kot. Sos cendawannya pun biasa je. Ada labu lecek,sedap juga labu ni. Harganya RM19.00, agak mahal kalau dibandingkan dengan kualiti menu ni.
Hamzah pulak aku orderkan menu budak2, Chorizo & Fries. Menu ni terdiri dari sosej dgn fries. Berselera Hamzah makan. Tapi aku rasa sosej dia mcm hambar.  Mungkin utk rasa budak2 kot. Harganya RM7.00. Tapi terlupa nak snap gambar menu Hamzah le..
Red Velvet.. kombinasi yang mantap..
Meja kami berdekatan dengan kaunter cake. Aku nampak 'Red Velvet', Aku minta pelayan bawakan 'red velvet' 1 slice. Rupa2nya cake bi didatangkan dengan set ice cream. Sedap gila ice cream dia, perasa mixed berry.. rasa masam2 ice cream tu memang masuk dengan rasa kek yg lemak tu. Cuma bagi aku kek dia agak berat dan frosting dia pun berat. Bagi budak2 makan frosting tu silap2 boleh tersekat kat tekak. Harga set 'Red Velvet' ni RM13.00, agak berpatutan le.
Air.. biasa2 ajer..
Untuk minuman pulak,kami order Jus Nenas (RM7.50), Jus Oren (RM6.50) dan Ice Water (RM0.50). Airnya agak mahal pada aku sebab rasa buah x ketara sangat.
Kos keseluruhan makan malam family aku malam tu..
Overall, aku puas hatilah makan kat @GRILL'S Bangi ni. Insyaallah next time datang lagi cuba menu lain pulak.

@GRILL'S Bangi
No. 50, Jalan Medan Pusat 2C,
Persiaran Bangi,
Bandar Baru Bangi,43650 Selangor
03-8922 1805