Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, selesai menghadiri Bengkel Retrear Program Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, dua hari di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Jari-jari aku nak review sikit tentang hotel tempat aku bermalam selama 2 hari ni. Dari Jalan Pantai Port Dickson tu, mula2, akan nampak lah batu signboard hotel ni.
|
Jalan masuk ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson |
|
Jalan masuk sepanjang 200 meter dari jalan besar. Malam-malam sunyi gak.. |
Ada 2 type bilik kat sini iaitu View Wing dan Vista Wing. Aku duduk View Wing. View Wing ni Bilik Superior manakala Vista Wing pulak Bilik Deluxe. Besar juga View Wing ni, tapi namanya aje 'View' Wing, tapi xde permandangan pun. Layanlah gambar yang aku tempekkan kat bawah ni.
|
Dua katil single, katilnya selesa. Ada kipas angin lagi.. |
|
Ruang masuk. Ada sinki kat pantry. |
|
TV canggih tapi hanya boleh tengok satu siaran je. |
|
Day bed. Duduk bertiga pun boleh juga. |
|
Tea & Coffee dan complimentary drinking water. |
|
Menu room servive sama macam menu hotel lain.
Harga pun lebih kurang. Oklah... |
|
Toiletries |
Hotel ni ada service park kapal-kapal. Dari kapal layar hinggalah boat biasa. Ada beberapa kapal layar dan boat yang digantung iklan untuk dijual. Entah berapa ratus ribu lah harganya agaknya. Aku x tanya, sebab aku tau xkan mampu. Tapi kalau mampu pun aku x beli. Aku fobia dengan laut.
|
Permandangan kapal-kapal yang dipark kat sini. |
|
Kapal ni antara yang nak dijual. Minat ke? |
Aku pernah terbaca satu review dari seorang bloger tentang kolam renang hotel ni. Katanya berlumut. Aku tengok xde lumut pun. Bersih je.. Rugi anak2 aku x ikut sekali. Angin pun bertiup kuat kat area kolam renang ni.
|
Koridor bilik mesyuarat/ bengkel |
|
Cantikkan? |
Secara rumusannya, aku rasa tempat ni best. Bagi sesiapa yang x minat mandi laut macam aku, eloklah stay sini. Tapi kalau minat mandi laut, payah juga sebab sini xde pantai. Aku memang x suka mandi laut sebab melekit2 tu aku x selesa. Tempat ni aman sebab jauh dari hotel lain. Rasa macam mewah pada harga yang murah. Staff2 kat sini pun memang ramah. Kebanyakan staff bukan Melayu, tapi sangat ramah dan membantu. Sesetenagh hotel ramai staff Melayu tapi sombong dan xnak membantu pun x guna jugak.. Staff2 sini sangat bagus.. Ok..Jumpa lagi..