Khamis, 5 September 2013

Naik Helikopter Di Ruang Udara Kajang

Assalamualaikum wbt

Hujung Disember 2012 lepas, aku dapat penuhi impian aku untuk merasa naik helikopter. Bukan senang nak naik helikopter. Tambahan pulak harga tiket kali ini agak murah iaitu dalam RM98 seorang. Jadi aku ajak sekali emak aku merasa naik helikopter. Walaupun helikopter yang digunakan adalah jenis lama, tengok pun ada rasa macam x konfiden je. Tapi tawakal jelah. Tengok orang lain naik ok je. Bila lagi nak merasa, peluang depan mata, naik je lah.
Hamzah suka tengok heli..siap nak naik lagi lepas tu.. ingat bapak kau COP duit?
Lokasi Helikopter ni terletak di kawasan lapang bersebelahan Sekolah Yu Hua. Ramai juga tunggu giliran masing-masing. Yelah, diorang pun sama macam aku, nak merasa.
Sempit gile dalam ni..

Sempit gila dalam helikopter ni. Bau pun macam dalam bas/ lori lama je. Xde aircond ye.. Guna angin luar je.. Anak sulung aku pun muka cuak je.. benda alah ni naik bukan mendatar tau.. tapi macam menonggeng..

Anak dara aku baru 11 bulan masa ni dah merasa naik heli..ayah dah dekat 35 baru dapat naik..

Bawah ni aku share video permandangan dari helikopter yang kami naik. Jauh juga pilot ni bawa terbang. Sampai ke Jusco Balakong.