BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort ni sebelum ni dikenali sebagai Tiara Beach Resort. Nanti aku update cerita pasal resort ni kemudian. Entry kali ni khusus aku nak kongsi cerita pasal sikap seorang staff sini. Hari kedua tu (29/9/2013) aku sekeluarga lepak dalam bilik je sebab anak2 aku pun x minat nak mandi kolam ni. Masa tu jam 10.00pagi, tengah bergurau senda dengan anak2, aku perasan ada kelibat kepala mengintai ke dalam bilik. Aku suruh wife aku keluar tengok, masa keluar, dia nampak sorang staff baru je keluar dari unit apartment kami. Wife aku tanyalah "ada apa?". Staff tu seorang ahso tanya "sudah mahu check out ka?"..
Isunya di sini ialah, macamna staff tu boleh selamba masuk unit apartment kami TANPA ketuk pintu atau tekan loceng. Main ceroboh je. Aku syak staff ni mungkin nak mencuri le sebab waktu tu jam 10 memang kebanyakan tetamu ada di kolam tengah mandi manda. Dia ingat unit aku kosong, tu main masuk je tu.
Jadi, kepada sesiapa yang menginap di BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort, Port Dickson ni, pastikanlah jangan tinggalkan barang berharga kat bilik. Kalau korang melepak dalam bilik, pastikan pintu dikunci dengan selak supaya x jadi macam aku. Nasib baik masa tengah bergurau dengan anak2. Kalau pasangan yang berbulan madu tengah projek ke, dapat tengok show free le staff situ (amboi.. jauhnya fikiran aku)..