Assalamualaikum wbt
Setiap kali ke Kuala Selangor,aku teringin nak rasa Cendol Bakar kat tepi jalan Bukit Rotan tu, tapi x pernah kesampaian lagi sebab sentiasa penuh je warung tu. Aku jenis x suka nak beratur panjang ni,jadi aku tundakan je hajat ni. Beberapa bulan lepas aku perasan dah ada branch 'Cendol Bakar' kat Dengkil selepas simpang 4 Putrajaya-KLIA-Dengkil tu.. tapi penuh gak dengan pelanggan yang tertarik dengan 'Cendol Bakar' ni.
Cendol Bakar Dengkil.. Tengok warna pun boleh agak rasanya kan.. |
Semalam dalam perjalanan ke Port Dickson aku akhirnya berkesempatan singgah sebab nampaknya x ramai orang masa tu dalam jam 11 pagi. Ada beberapa menu cendol, menu biasalah.. pulut.. durian.. tapai.. jagung.. Memandangkan aku nak drive ke Port Dickson,takut mengantuk pulak kalau makan pulut.. aku pilih yang biasa je.. Harga cendol biasa RM2.50.. Sesudu masuk dalam mulut.. aduh.. gini rupanya rasa Cendol Bakar.. serius x sedap langsung.. aku ni memang penggemar cendol & ABC tradisional (bukan jenis yg tambah ice cream & nata de coco tu ye).. aku ingat, cendol ni famous, mesti rasanya sedap.. tapi memang kecewa.. santannya pecah, macam santan serbuk x kacau sebati.. gula.merahnya rasa tengik.. memang.x boleh masuk tekak aku..
Aku x pastilah, adakah aku x bernasib baik hari tu atau.memang cendol tu x sedap.. Kalaulah cendol tu memang x sedap, rasanya x patutlah.. si pengusaha tu sepatutnya sediakanlah resepi cendol yang betul menyengat sejajar dengan kepopularan nama Cendol Bakar tu.. Kualiti kenalah jaga.. Nilah kali pertama aku.x dapat habiskan cendol yang aku order.. cuba nak habiskan tapi memang x masuk dengan tekak aku le.. xtau le orang lain kan.. citarasa tiap orang lain kan..