Assalamualaikum wbt
Aduh.. aduh.. kerek gila si penjual buah potong kat Zoo Negara, Kuala Lumpur ni. Sebaik keluar dari Aquarium Tunku Abdul Rahman, berehat sekejap. Anak-anak nak air. Masa beli air, ternampaklah 'buah potong'. Aku terus ambik buah tu, tengok..BONYOK.. letak balik, ambil lain.. Si penjual ni boleh kata 'Sekejap ye, tak boleh pilih-pilih;.. Hangin le aku, dia letak tepi-tepi yang cantik-cantik, bila kita nak beli, dia bagi buah yang bonyok. Aku kata sejak bila pulak pengguna tak boleh nak pilih. Dia kata semua buah tu sama je, padahal jelas buah yang dia jual tu BONYOK. Harga dah mahal. Biasanya beli buah jambu, 2 potong RM1, kat Zoo ni harganya RM2 untuk 1 (SATU) potong. Mungkinlah sewa mahal, tapi juallah benda yang elok..