Sabtu, 1 Februari 2014

Jalan-Jalan Ke Zoo Negara Sempena Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum wbt

Pada Jumaat 31 Januari 2014, sempena cuti Tahun Baru Cina, aku berkesempatan bawa anak-anak berjalan-jalan ke Zoo Negara. Siap pakai kasut sport lagi. Memang digalakkan kalau nak jalan-jalan ke Zoo Negara ni, pakailah kasut sport sebab nanti sakit kaki kalau pakai sandle biasa. Kawasan Zoo Negara ni bukan kecik.
Rasanya hampir semua orang dah pernah sampai ke Zoo Negara ni kan. Hamzah pun dah sampai beberapa kali, cuma Sofia baru kali kedua sampai ke Zoo ni. Kesian, lama dah tak bawa Sofia sebab kunjungan sebelum ni dia mengamuk, maklumlah masa tu baby sangat lagi. Pada aku, kunjungan kali ni lebih menarik sebab aku sempat masuk 6D Motion Adventure. Aku ni memang tak berani nak naik roller coster, dalam wayang ni dapatlah merasa macam naik roller coster. Seronok.. aku ambil Pakej Family 2 Dewasa 2 Kanak-Kanak cuma RM 40.00..

Mulanya aku ingat tak ramai pengunjung ke Zoo Negara sebab ramai yang balik kampung. Tapi tanggapan aku meleset. Punyalah ramai orang. Nasib baik kami cop tempat tempat di Amphitheater, dapatlah duduk depan sikit. Kalau lewat, terpaksa berdiri le.. Yang lain-lain, biarlah gambar-gambar ni yang berbicara..