Rabu, 12 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Menawan Puncak Broga

Assalamualaikum wbt

Pada Sabtu, 8 Februari 2014 baru ni, aktiviti Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong meneruskan aktiviti dengan mendaki Bukit Broga yang terkenal kat Semenyih tu. Seawal jam 6.45 pagi kawan-kawan dah berkumpul. Punyalah sesak kereta pagi tu. Nasib baik aku sampai sama dengan Coach Lili, kalau tak, kena denda RM20.. Ini adalah kali ketiga aku mendaki Broga ni. Aku pun tak tahu kenapa kali ni aku takde tenaga nak naik Broga ni, padahal sebelum ni steady je. Sebelum tu aku ada timbang yang boleh cek peratus air, lemak, otot tu.. aku tengok muscle mass aku turun, mungkin sebab tu aku jadi tak kuat nak mendaki kot...kurang ambil protien le ni..

Aktiviti pagi tu deketuai oleh Encik Firdaus yang guide kami naik ke puncak. Memang aku bermandi peluh betul sampai terpaksa tukar baju bila dah sampai bawah. Masa nak turun pun satu masalah. Entah kasut aku tak sesuai ke, aku rasa sakit ya amat. Terpaksa buka kasut dan turun berkaki ayam. Orang nak kata sakai katalah..ada aku kisah. Rasanya amsa nak turun lagi banyak aku berhenti sebab hujung jari terlalu sakit. Seperti biasa, acara diakhiri dengan pot luk. Layanlah gambar-gambar ni ye.. Gambar aku tak banyak sebab aku xde mood.. sebab rasa penat campur tak larat..

Mula-mula ambil gambar dulu
Sessi regangan dipimpin oleh Encik Firdaus
Stage pertama Bukit Broga
Nak masuk stage 2
Menuju puncak

Sampai puncak
Betapa siksanya nak turun
Mujur ada tali
Sampai parkir kereta..bergambar lagi
Sessi pot luk