Assalamualaikum wbt. Pada hari Sabtu, 22 Februari 2014 merupakan kemuncak Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia. Semua Team JK1M dikehendaki mengadakan Majlis Makan Malam untuk mengumumkan pemenang. Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong telah mengadakan Majlis Makan Malam di Kelab Tasik Putrajaya. Isteri Chef Yus kerja di situ, jadi dapatlah kami sedikit keistimewaan. Menu yang disediakan pada malam itu memang merosakkan diet.
|
Coach Esfah Lili emberikan ucapan |
Pemenang Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong ialah Chef Yus (lelaki) dan Kak Yana (wanita). Setiap kilogram yang berjaya dihilangkan akan mendapat wang sebanyak RM30. Manakala peserta lain yang berjaya menurunkan berat melebihi 6 kilogram mendapat pulangan wang sebanyak RM10 setiap kilogram. Aku dapat RM81 sebab berjaya menurunkan berat sebanyak 8.1 kilogram.
|
Pemenang lelaki dan wanita JK1M#Puchong |
|
Aku turunkan berat sebanyak 8.1kg |
|
Kumpulan family aku menySUMBANGkan lagu untuk kawan-kawan |
|
Bergambar kenang-kenangan |