Assalamualaikum wbt. Sekejap betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, 6 minggu dah berlalu Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri. Macam-macam perasaan ada dalam diri ni. Team Puchong ni bilangan pesertanya tak seramai team-team lain, jadi mungkin kerana tu ikatan kami ni agak kuat. Tambahan dengan adanya 'whatapps' yang buat kami sentiasa rasa dekat.
Kesemua peserta Team Puchong berjaya menurunkan berat badan. Ada yang mencatat penurunan yang banyak dan ada yang sedikit, haruslah kan, metabolic rate setiap orang pun berbeza-beza. Tapi pada pandangan aku, bila melihat semula foto hari pertama kami berjumpa 6 minggu lepas, setiap orang nampak perbezaan, badan lebih tone dan muka tak sembab. Jom kita tengok perubahan peserta-peserta Team Puchong dalam JK1M#1 ni.
Aku.. hari pertama muka nampak sembab.. |
Juara JK1M#Puchong Lelaki.. Cheff Yusri.. Naik Broga 5 kali.. |
Farid.. Hasil kesabaran 'melangkah terpaksa' depan kedai ayam goreng.. baju dah gelebeh sekarang |
Peserta junior.. Idris.. Jogging sampai Bintulu tu.. |
Oh Wira.. x payah kemutkan muka pun dah nampak kecik dah bro.. hu hu hu.. |
Juara JK1M#Puchong Wanita.. Kak Yana.. X sia-sia menangguk kerang tiap minggu.. |
Fidah.. aku respek minah ni.. masa mula-mula hiking Kota Damansara di pancit.. sekarang hiking berlari wooo.. |
Sarah.. OMG.. |
Intan.. baju sama.. tapi napa macam longgar je? |
Syakira bon bon bon.. opps.. Syakila.. Heroin Kiah Pekasam Musim ke-10 |
Kak Mariam.. mantoppp |
Kak Ita.. X payah makan ubat darah tinggi lagi.. Alhamdulillah.. |
Siti Sarah.. happy sekarang ye.. |
Kak Ina.. seorang bersemangat waja.. |
Ain.. wow.. |
Farah Munirah.. senyap-senyap pun loss weight gak.. |