Isnin, 17 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Cycling @ Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Pada hari Ahad baru ni, 16 Februari 2014, team Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong berkesempatan mengadakan aktiviti berbasikal.  Memandangkan kebanyakan ahli tidak mempunyai basikal, kami memilih kawasan yang mempunyai kemudahan sewaan basikal iaitu Taman Botani Putrajaya. Aku pernah ke sini tapi sekadar berjalan kaki dan tak bawa basikal. Kawasan ni berbukit-bukit tapi tidaklah begitu besar seperti yang aku bayangkan sebelum ni.
Seawal 8.00 pagi, beberapa ahli sudah beratur di kaunter sewaan basikal. Aku pernah membaca beberapa review yang negatif berkenaan kemudahan sewa basikal di Taman Botani ni. Ramai pengunjung yang datang dari jauh berasa hampa kerana tak dapat menyewa basikal walaupun telah membuat tempahan awal. Mujur Cik Kila sampai awal dan beratur di hadapan sekali untuk menyewa basikal, jadi, kesemua ahli yang tidak mempunyai basikal dapat menyewa basikal. Aku pula, seperti biasalah, dengan si hitam ORBEA kesayangan aku. Kaunter sewaan basikal hanya dibuka pada jam 9.00 pagi, tetapi seawal jam 8.00 pagi, orang ramai telah penuh beratur di hadapan kaunter. Kadar harga sewa basikal ialah RM4/jam untuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Pada hari Isnin-Jumaat kadar sewanya cuma RM2/jam.
Tiga orang ahli lain menyewa basikal di Kelab Tasik Putrajaya. Dari Kelab Tasik Putrajaya Presint 8, mereka berkayuh ke Taman Botani. Wah.. korang dah bakar kalori awal-awal ye. Suasana di Taman Botani ni memang nyaman dan berangin. Aku pernah berkawuh di Wetland Putrajaya, suasana di sana lebih panas, takde angin mana syok. Nama pun Taman Botani, for sure banyak spesies pokok-pokok yang jarang ditemui dan sangat cantik. Kayuhan banyak berhenti untuk bergambar kerana kawan-kawan terlalu obses dengan keindahan taman ni. 
Di sini juga ada tasik yang cantik. Macam empangan. Kami berhenti di kawasan seperti sebuah bulatan di sebelah empangan...syok.. Di taman ni juga terdapat landskap ala-ala 'teletubies'. Anak-anak aku masa datang ke sini sebelum ni pun suka main-main di bukit-bukit ala 'teletubies' ni. Si Sofia dengan berani naik dan turun bukit. Selepas puas bergambar berkayuh di Taman Botani ni, kami menuju ke Astaka Morocco yang terkenal di sini.
 
 
Semasa menuju ke Astaka Morocco @ Morocco Pavilion ni, kebanyakan kawan-kawan menapak sebab basikal dah dipulangkan ke kaunter basikal. Tak lah jauh mana pun, dalam 200 meter je. Astaka Morocco ni biasa jadi tumpuan pengantin-pengantin yang nak bergambar bajet ala-ala kat Morocco, Kalau datang hari Ahad, lebih 10 pasangan pengantin pelbagai saiz bergambar di sini dengan pelbagai gaya. Rasa nak tergelak pun ada tengok pengantin-pengantin ni bergaya pelik-pelik.
 
Di Astaka Morocco ni terdapat kawasan yang boleh dimasuki secara percuma dan ada kawasan khas yang memerlukan tiket. Tiketnya tak mahal pun, cuma RM3 je. Kawasan yang berbayar ni terdiri dari ruang-ruang ala ruang tamu. Tapi tengok macam sama je setiap bilik tu. Aku tak reti interior design, jadi tak tahu nilai seni hiasan dalaman tu ye. Kerusi pun tak banyak dalam setiap ruang tu. Banyak-banyak pun bukan boleh duduk. Tak boleh duduk, tak boleh sentuh hokaysss, jadi di bilik terakhir tu kami duduk bersila, takkan duduk bersila pun nak marah kot. Kami berbincang sikit dalam bilik tu, lagipun tiada pengunjung lain..cuma kami. Entah management takde idea nak bagi alasan supaya kami keluar, tetiba lampu utama dalam bilik tu padam.. ha ha.. nak suruh orang keluar le tu. Sebelum keluar, Pak Guard tu suruh baca ayat kat tepi pintu tu. Tulis 'sadakallahulazim'..  Rupanya ada ayat Quran sepanjang-panjang bilik-bilik tu. Aku pun tak tahu nak start baca dari mana. Atas siling ada, kat dinding ada.
 
 
 
Selesai melawat Astaka Morocco, kami seperti biasa mmebuka hidangan pot luk. Ini merupakan pot luk terakhir..hu hu..napa sedih lak ni. Pot Luk terakhir meriah sikit, ada pecal.. Chef Yus siap masak Lasagna you..kerlasss..  22 Februari 2014 depan ialah FINALE. 23 Februari 2014 pula akan diadakan pertandingan dodgeball JK1M. Selepas tu akan bermula pula Jom Kurus 1 Malaysia#2. Aku tak tahu lagi nak join ke tidak..KOMITMEN.. Untuk peserta JK1M#1 ada diskaun RM100 untuk sertai JK1M#2. Tengoklah macam mana nanti...hu hu hu..