Assalamualaikum wbt
Pada 25 Januari 2014, Team Jom Kurus 1 Malaysia Puchong sempat mengadakan aktiviti di FRIM, Kepong Selangor. Seramai 14 orang ahli menyertai aktiviti kali ini. Yang lain tak berkelapangan. Seawal jam 8.30 pagi, kami berkumpul di One Stop Centre menunggu kaunter buka. Memandangkan bilangan kami melebihi 12 orang, FRIM mewajibkan kami menggunakan khidmat guide dengan cas sebanyak RM120. Guide yang memandu arah kami pagi itu ialah Encik Wahid.
|
Awal-awal kena bergambar dulu |
Terlebih dahulu, kami dibawa ke Muzium FRIM. Tak reti aku nak bercerita tentang muzium ni. Cerita-cerita pokok, kayu dan hutan. Tapi seronok juga tengok bahan-bahan yang dipamerkan dalam ni.
|
Encik Wahid memberikan penerangan |
|
Banir Pokok Keranji.. Ingat tak pantun 'Sorong papan tarik papan'? |
|
Perahu tradisional dari kayu |
|
Kraftangan |
|
Mula memasukai hutan |
|
Pokok Janggut Adam.. baik untuk penyakit batu karang |
|
Pokok Cengal yang berusia 60 tahun |
|
Banir Pokok Ara |
|
Daun Pokok Kapur tidak menyentuh satu sama lain |
Selepas berjalan lebih kurang 30 minit di dalam hutan pembelajaran tersebut, kami terus menuju ke stesen 'Canopy Walkway'. Tinggi juga nak memanjat bukit untuk sampai ke stesen ini. Menurut Encik Wahid, adalah menjadi perkara biasa pelawat tidak berjaya sampai, ada juga yang pengsan. Tapi group kami mempunyai semangat yang kuat. Walaupun ada 2 orang ahli yang berasa pitam, tetapi perjalanan berjaya diteruskan sehingga sampai ke stesen tersebut.
|
Seperti biasa..bergambar |
|
Stesen Canopy Walkway |
|
Petugas memberikan taklimat |
Sampai di stesen Canopy Walkway, kami diberi penerangan berkenaan peraturan menggunakan Canopy Walkway tersebut. Terdapat 3 pelantar dan setiap pelantar hanya mampu menampung kapasiti tertentu. Syok juga melalui Canopy Walkway ni. Gayat masa nak ambil gambar je sebab takut henpon terjatuh.
|
Laluan pertama |
|
Permandangan dari laluan kedua |
|
kuang kuang kuang |
|
Masing-masing puas dapat melalui Canopy Walkway |
Selepas semua peserta selesai melalui Canopy Walkway, kami menuruni bukit dan berehat di sebuah jeram. Terdapat orang asli menjual durian di kawasan tersebut. Sambil berehat, kami menjamah menu ringan. Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan untuk turun semula One Stop Center. Kawan-kawan bersetuju untuk menggunakan laluan yang lebih jauh. Encik Wahid membawa kami turun melalui Denai Engkaban.
|
Orang Asli menjual deroyan |
|
Jeram |
|
Keluar dari Denai Engkaban |
Selepas sampai ke One Stop Center, maka bermulalah sessi pot luk seperti biasa. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membawa makanan.
|
Sessi potluk |