Assalamualaikum wbt
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia 2014 adalah cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu di seluruh Malaysia bermula 11 Jan hingga 22 Feb 2014.Cabaran ini bermula 11 Januari 2014 di seluruh Malaysia bersama team leader dan tidak melebihi 50 peserta untuk setiap kawasan.Setiap kawasan akan ada team leader or coach terpilih untuk membimbing dan mengatur program bersama tidak lebih dari 50 peserta kawasan tersebut.Selama 6 minggu, setiap kawasan akan anjurkan aktiviti kecergasan seperti bootcamp, senam aerobik, futsal, senaman gym dan lain-lain pada hujung minggu sahaja. Cabaran berlangsung selama 6 minggu tapi aktiviti berkumpulan biasanya cuma pada hujung minggu sahaja. Anda tidak perlu berhenti kerja atau terkurung di lokasi khas. Salah satu objektif cabaran 6 minggu ini adalah membuktikan bahawa anda boleh kurangkan berat badan walaupun berkerja sepenuh masa dan sibuk dengan urusan harian. Untuk cabaran 6 minggu ini, akan ada pememang kawasan dan juga pemenang keseluruhan 1Malaysia untuk kategori lelaki dan perempuan.

Kebetulan aku pun baru keluar ward dan Doktor nasihatkan aku supaya jaga pemakanan dan turunkan berat badan, jadi aku pun sertailah cabaran ni. Dalam tempoh 6 minggu, mustahil boleh kurus sebab aku ni dah tahap obesiti, berat ideal aku cuma 80kg sedangkan berat aku sekarang dah 120kg. Nak kurangkan 40kg bukan boleh buat dalam tempoh 6 minggu. Jadi matlamat utama aku kat sini ialah untuk dapatkan ilmu. Nak dapatkan ilmu, kenalah berguru. Selain tu dengan sertai cabaran ni, aku dapat kawan-kawan baru sekitar Puchong ni, kiranya meluaskan jaringan silaturrahim..he..he..he..
Ada beberapa kawasan yang berdekatan iaitu Puchong, Cyberjaya, Putraja, Kajang, Bangi, Bukit Jalil dll. Aku pilih kawasan Puchong bukan semata-mata sebab aku duduk Puchong, tapi aku pilih plan-plan yang diaturkan oleh Coach Esfah. Pada 11 Januari 2014 baru ni bermulalah program ni dan kami peserta-peserta Team Puchong berjumpa untuk pertama kalinya di Taman Wawasan, Puchong Jaya. Aktiviti pagi tu lebih kepada ice breaking, timbang berat, ambil gambar dan latihan asas. Pada 12hb keesokan harinya pulak diadakan Program senaman untuk burn 1000kalori di Dewan Titiwangsa tapi aku tak dapat turut serta...hu..hu..hu..
Matamat utama aku lebih kepada nak tingkatkan stamina dan nak betulkan pemakanan untuk lebih sihat. Kurus tu perkara kedua. Kalau kurus tu yang jadi keutamaan, lebih baik aku makan ubat kurus yang melambak jual kat luar tu..terlajak laris.. Aku tak berani nak makan ubat-ubat kurus ni melainkan meal replacement.. kalau cakap makan pil tu tak payah jaga makan, tak payah bersenam, aku rasa tak betul tu.. wallahualam..