Assalamualaikum wbt
Isnin, 20 Januari 2014, jam 3.30 pagi aku dah dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak aku yang dalam perjalanan ke Puchong. Aduh, awal gila. Aku set jam nak bangun jam 4.30 pagi, tapi alang-alang dah bangun, nak tidur balik takut terlajak, aku terus bersiap. Lebih kurang jam 4.45 pagi, kami bergerak ke LCCT. Sampai di LCCT, mak, ayah, isteri dan anak-anak turun dahulu dan terus bawa bagasi untuk imbasan sementara aku dan Abang As terus ke pakir SCAF untuk meletak kereta selama 4 hari berada di Sumatera nanti.
|
Hamzah dan pandai bergaya. |
Flight pagi tu menepati jadual. Syukurlah tiada sebarang masalah sebab aku takut juga bila baca banyak isu membabitkan perkhidmatan Airasia ni. Dalam jam 8.,10 minit waktu Indonesia Barat, kami sampai di Minangkabau International Airport. Seperti yang diceritakan oleh bloger-bloger lain, memang kaunter imigresen di Minangkabau Airport ni kerek sikit. Dahlah buka cuma 2 kaunter iaitu satu untuk rakyat Indonesia dan satu lagi untuk foreigner. Tapi ada juga Indon @#$% yang selamba beratur kat kaunter foreigner dan siap main potong-potong wife aku lagi. Wife aku selamba potong balik. Di Imigresen ni juga memang pegawai tu tanya tiket balik. Memang aku dah sediakan boarding pass Padang-Kuala Lumpur siap-siap. Bila ada, takde pun dia nak salinan boarding pass tu pun. Tapi kalau kita tak print siap-siap, masa tulah dia nak salinan boarding pass. Saja nak menyusahkan orang.
Di kaunter imigresen ni, mereka akan scan empat jari kiri dan kanan, juga ibu jari kiri dan kanan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga akan ambil gambar kita. Macamlah rakyat Malaysia ni nak sangat tinggal lama di negara dia, rakyat dia yang beratus ribu orang cari makan kat negara kita, tak sedar.
|
Sofia dah sampai Minangkabau Airport |
Sebaik keluar je ke arrival hall, aku dah nampak signage tertulis nama 'Hamzah Fansuri'. Memang tour guide aku minta gunakan nama lain. Terus kenal-kenalkan diri dan ahli rombongan. Pak Roni maklumkan bahawa dia sediakan bas 25 seater untuk rombongan aku kerana microbus yang dipersetujui sebelum ni cuma muat-muat 14 orang dan akan berhimpit-himpit. Gunakan bas lebih selesa. Anak-anak aku pun siap berlari-lari dalam bas sampai ada sekali tu si Sofia terjatuh sebab lasak sangat.
|
Bas yang digunakan untuk lawatan kami selama 4 hari |
Tempat hentian pertama kami ialah Rumah Makan Lamun Ombak. Ada 2 buah Rumah Makan Lamun Ombak yang kami singgah sepanjang 4 hari ni iaitu yang konsep moden dan satu lagi konsepnya lebih klasik. Untuk sarapan pagi ini, kami singgah di Rumah Makan Lmaun Ombak di Padang dan memesan Nasi Goreng Special. Kos keseluruhan sarapan pagi tu ialah Rp525,000. Bagi aku, ok lah. Memang boleh dapat harga yang lebih murah di restoran biasa, tapi takut anak-anak sakit perut pulak.
|
Rumah Makan Lamun Ombak |
|
Nasi Goreng Special |
Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Air Manis untuk melawat Batu Malim Kundang. Sebelum ini Pak Roni telah memaklumkan pada aku yang microbus atau bus tidak boleh melalui jalan ke Pantai Air Manis ini sebab perjalanannya mendaki dan agak sempit. Tapi Pak Roni berikan alternatif untuk gunakan khidmat pemandu van yang terdapat di tepi jalan masuk ke kawasan tersebut dengan kos Rp30,000 (RM8.40) seorang. Pada aku, oklah, sebab memang perjalanannya agak teruk. bukit-bukitnya curam dan jalan sangat sempit. Selain tu, penduduk di kawasan ini juga bermasalah iaitu suka mengenakan pelbagai cas pada pelancong. Mujur pemandu avanza yang kami sewa agak tegas dan dapat mengawal situasi.
|
Tiada jalan yang proper untuk ke Batu Malim Kundang |
Sampai di Pantai Air Manis, kami dapat melihat persekitaran pantai yang sangat kotor. Selain itu, tiada laluan yang proper untuk ke Batu Malim Kundang. Kami terpaksa meniti batas-batas dari guni pasir. Di sini juga terdapat individu yang meminta kami membeli gambar sebagai mengenang usahanya membersihkan Batu Malim Kundang setiap hari..yelah tu.. time kami datang, dan dan dia menyapu. Memandangkan harganya yang tidak begitu mahal iaitu dalam Rp20,000, kami beli jugalah sehelai gambar.
|
Bergambar bersama Batu Malim Kundang |
|
Sampah sarap berlonggok di Pantai Air Manis |
Lawatan kami diteruskan dengan 'Padang City Tour'. Pak Roni membawa kami melewati Padang Koto Lamo iaitu bandar Padang yang asal dan Chinese Town. Tiada apa yang menarik di Chinese Town melainkan beberapa bangunan yang bercirikan etnik Cina, kat Malaysia lagi banyak. Terdapat juga tempat menyimpat abu mayat di Chinese Town ini. Kami juga melalui Muara Harbor dan Jambatan Siti Nurbaya. Tiada apa yang menarik. Jadi kami cuma melalui tanpa singgah.
|
Padang Koto Lamo |
|
Tempat Pengurusan Mayat Kaum Cina |
Kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi. Dalam perjalanan, kami singgah makan di Rumah Makan Lamun Ombak, bukan cawangan yang kami singgah pada awal tadi, tetapi ini adalah cawangan yang lain yang mana konsepnya lebih klasik. Di sini, kami menikmati Nasi Padang yang mana pelbagai jenis lauk dihidang. Hanya lauk-lauk yang diusik sahaja akan dikira. Pak Roni telah awal-awal memberi penerangan cara menikmani makanan ala Padang. Secuit saja sesuatu lauk itu diusik, ia dikira satu portion. Jadi, kalau nak makan sesuatu lauk tu, biar sampai habis, kalau setakat cuit-cuit, rugilah.
|
Rumah Makan Lamun Ombak |
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Air Terjun Lembah Anai. Teringat perjalanan ke Cameron Highland yang mana kita akan singgah di Lata Kijang. Samalah seperti di sini. Air Terjun Lembah Anai sangat sejuk. Aku yang dah mula mengantuk sebab makan banyak kolestrol di Rumah Makan Lamun Ombak tadi kembali segar. Udara di sini sangat segar dan terasa tiupan angin sejuk dari air terjun tersebut. Untuk masuk ke Air Terjun Lembah Anai, pengunjung dikenakan cas sebanyak Rp3,000 seorang. Di sini juga terdapat beberapa jurugambar yang mempelawa pengunjung untuk bergambar, gambar-gambar tersebut akan dicetak terus dan dilaminasi dengan harga Rp30,000. Aku setuju untuk beli 1 gambar, tapi suka-suka dia ambil 2 gambar. Masa gambar dah siap, dia bagi aku 2 gambar tapi sah-sah aku tolak yang 1 gmbar tu sebab aku cuma mahu 1 gambar. Tapi jurugambar tu bagi diskaun, Rp50,000 (RM14) untuk 2 keping gambar. Ok le, kalau di Malaysia ni mana nak dapat gambar saiz A4 siap laminate dengan harga RM7?
|
Air Terjun Lembah Anai |
Dah puas bergambar di Air Terjun Lembah Anai dengan pelbagai gaya, kami meneruskan perjalanan dan singgah di Butik Saisuak. Pak Roni terlebih dahulu memberi penerangan tengan kain sulam di Bukittinggi. Katanya, memang terdapat kain yang dijual murah, tetapi bezakan kualitinya. Saisuak merupakan butik yang menjual kain dengan harga yang agak rendah, tetapi kain yang dijual tidak berkualiti. Aku setuju dengan apa yang Pak Roni cakap sebab lepas melihat sendiri kain yang dipamerkan di Saisuak, memang kainnya tidak berkualiti.
|
Butik Kain Saisuak |
|
Butik Kain Saisuak |
Kami tidak membeli apa-apa di Butik Saisuak. Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau yang terletak di Padang Panjang. Sebaik memasuki bangunan ini, kami kagum dengan suhunya yang sejuk. Aku ingatkan ada aircond, rupanya tiada aircond dipasang dalam bangunan ini. Suhu sejuk dalam bangunan ini adalah kerana rekabentuk binaan ini sendiri yang membolehkan peredaran udara berjalan lancar. Di sini, kami diberi taklimat berkenaan kebudayaan Minangkabau oleh petugas.
|
Plak Perletakan Batu Asas |
Apa yang menarik ialah sikap menghormati orang lebih tua yang mana orang yang berusia akan diletak pada platform lebih tinggi. Anak-anak lelaki hanya tinggal di rumah gadang sehingga berusia 8 tahun. Selepas itu, anak-anak lelaki akan tinggal di surau untuk belajar agama dan seni mempertahankan diri.
Rekabentuk dan ukiran-ukiran minangkabau seperti 'pucuak rebung' dan 'kucing lalok' juga mempunyai motif tersendiri. Walaupun rumah gadang bersaiz besar, tetapi bilik-bilik di dalam rumah ini bersaiz kecil. Ini bertujuan supaya pasangan yang tinggal di rumah gadang berusaha untuk membina rumah baru untuk hidup dengan lebih selesa kerana rumah gadang adalah milik 'suku'.
|
Petugas memberikan taklimat |
|
Suasana dalam Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau |
|
Bilik dalam Rumah Gadang |
|
Ukiran pada tingkap |
Di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau ini, pelawat berpeluang mencuba pakaian tradisional Minangkabau dengan cas Rp35,000 seorang. Sebenarnya di Istana Pagarruyung juga ada menyediakan sewaan pakaian tradisional Minangkabau, tetapi Pak Roni mencadangkan supaya kami cuba di sini kerana suhu di sini lebih sejuk berbanding di Batu Sangkar. Aku juga cadangkan supaya sesiapa yang ingin mencuba pakaian tradisional Minangkabau, cubalah di sini kerana di Istana Pagaruyung terdapat ramai pengunjung dan korang mungkin akan ada rasa segan berbanding di sini yang bilangan pengunjung tidak begitu ramai.
|
Omak den sedang disiapkan |
|
Omak den jadi pongantin Minangkabau |
|
Ratu Cantik Minangkabau |
Selepas puas bergambar dengan baju tradisional Minangkabau, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Butik Kain Putri Minang. Di sini aku jadi rambang mata sebab kainnya cantik-cantik dan berkualiti. Mak, Mak Mertua dan Kakak Ipar aku yang pada mulanya tak merancang untuk shopping pun jadi tergoda dengan kain-kain di sini. Banyak juga rupiah kami habis di sini. Petugas-petugas di butik ni juga ramah dan harganya boleh ditawar. Aku rekemen korang yang nak membeli kain sulam, lebih baik beli di sini. Kain sulam yang dijual pada harga RM110 di Yenie Bodir hanya berharga RM68 di Putri Minang.
|
Butik Putri Minang |
|
Butik Putri Minang |
Pak Roni seterusnya singgah di Butik Sulaman Linduang Bulan. Harga dan kualiti kain di sini lebih kurang sama seperti di Putri Minang tetapi kainnya tidak banyak pilihan. Wife aku beli juga beberapa pasang kain sebab petugas di sini pun friendly siap ada sorang tu tolong dukung Sofia yang lasak.
|
Butik Sulaman Linduang Bulan |
|
Kebanyakan petugas Linduang Bulan adalah lelaki |
Akhirnya kami sampai di Hotel Bunda Bukittinggi. Harga semalam di Hotel Bunda ini adalah Rp450,000 tetapi melalui Pak Ronie, aku dikenakan sebanyak Rp350,000 saja semalam. Aku memilih hotel ni sebab recommend dari seorang kawan yang menginap di sini sebelum ni. Dari bacaan di blog-blog juga, aku dapati hampir semua hotel bajet di Bukittinggi tidak mempunyai aircond dan kipas. Di Hotel Bunda, selain ianya merupakan hotel baru, setiap bilik dilengkapi dengan aircond. Keadaan dalam bilik sangat bersih dan tuala diganti setiap hari. Hotel ini juga menyediakan sarapan percuma untuk tetamu.
|
Hotel Bunda Bukittinggi |
Hotel Bunda Bukittinggi ini juga bercirikan islamik. Tetamu lelaki dan perempuan perlu mempunyai ikatan yang sah dengan mengemukakan kad nikah. Tapi macam kami yang datang bersama keluarga tidak pula mereka minta kemukakan kad nikah. Pihak hotel juga menyediakan naskhah Al-Quran. Selain itu, paip juga disediakan di bilik air untuk kemudahan berwudhuk. Jadi tidak perlulah bersusah payah terkangkang-kangkang nak berwudhuk di sinki.
|
Pak Roni menguruskan urusan check in |
|
Bilik family aku |
|
Islamic.. sejadah dan naskhah Al-Quran disediakan |
|
Bilik air dilengkapi air panas dan paip wuduk |
Tepat jam 8.00 malam waktu IB, Pak Roni tiba menjemput kami untuk makan malam. Pak Roni sebelum itu bertanya tempat makan yang aku nak pergi. Aku tiada idea. Pak Roni cadangkan Restoran Kubang Hayuda. Di restoran ini, ahli keluarga aku memesan nasi goreng, nasi goreng pataya dan roti canai, manakala aku memesan soto hayuda dan murtabak mesir yang dikatakan sedap sangat tu. Aku kurang berminat dengan soto di Bukittinggi sebab berminyak dan menggunakan nasi, bukan nasi himpit. Macam makan nasi berkuahkan sup. Murtabak Mesir di sini juga tidak berapa sedap, lebih banyak sayur. Roti canai di Bukittinggi dimakan dengan gula ye, jadi janganlah korang bernagan nak makan roti banjir ke, kari ikan ke, kari ayam ke. Dah kenyang semua, kami pun dibawa pulang ke Hotel Bunda untuk berehat. Kos makan malam itu lebih kurang Rp450,000 untuk 14 orang.
|
Restoran Kubang Hayuda |
|
Ada Martabak Mesir, Roti Canai, Soto dan Nasi Goreng |
|
Martabak Mesir Hayuda.. banyak sayur je.. daging liat.. |
|
Soto Hayuda.. Banyak kolestrol |