Jumaat, 24 Januari 2014

Jalan-Jalan Ke Padang-Bukittinggi : Hari Keempat

Assalamualaikum wbt

Khamis, 23 Januari 2014, sekejap je dah sampai hari keempat. Flight kami pada jam 2.20pm. Jadi, selepas bersarapan, kami check out. Dalam perjalanan, kami singgah di Butik Annisa. Di Butik Annisa , selain menjual kain sulam, barangan cenderamata dan t-shirt juga boleh didapati di sini. T-shirt  yang dijual di sini merupakan t-shirt keluaran butik ini sendiri, jadi, coraknya tak didapati di tempat lain. Tapi harga kain sulam yang dijual di sini agak mahal iaitu Rp400,000 ke atas. Kami tak beli apapun di sini. Mak mertua aku sempat juga beli beberapa helai t-shirt.
Sebelum sampai di airport, kami singgah di Restoran Lamun Ombak sekali lagi untuk makan tengahari. Seperti biasa, makanan pilihan ialah Nasi Padang. Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke airport. Dalam perjalanan, Pak Roni memberikan beberapa tip dan gambaran proses yang perlu dilalui di lapangan terbang nanti. Antaranya ialah tentang porter, bayaran cukai lapangan terbnag dan kaunter daftar masuk bagasi.
Proses daftar masuk ambil masa yang agak lama sebab di hadapan aku ada group makcik-makcik yang kalut. Aku dah ke depan, tiba-tiba ada beberapa troli potong barisan ahli kumpulan makcik-makcik ni. Masa beratur, diorang pergi entah mana, tetiba main potong pulak. Lebih kepoh lagi ialah budak perempuan baju merah tu, kecoh betul. Dahlah ruang tu panas, macam takde aircond.

Akhirnya sampai juga giliran aku. Pemeriksaan diorang ni ketat betul. Hand luggage pun kena timbang. Tak boleh lebih 7 kilo. Jadi terpaksalah kami beli beg di kiosk airport tu. Nasib baik tak mahal, cuma Rp.40,000 je. Bagasi aku pun terpaksa dikurangkan barang dalam beg mak sebab dah lebih 40kg. Aku beli 40kg je. Nasib baiklah tak berapa banyak nak dikurangkan. Kalau tidak, terpaksalah kami buka jualan kat airport tu jual kain-kain yang tak dapat kami bawa balik.
 
 Alhamdulillah selamat sampai LCCT dekat jam 5pm. Segala urusan berjalan lancar. Cas parkir yang dikenakan selama 4 hari tu cuma RM60.00. Masa pergi hari tu rasa macam tak jauh, tapi masa balik ni, nak menapak ke SCAF tu rasa jauh sangat. Sebab penat kot. Jumla lagi..