Assalamualaikum wbt
Tarikh yang aku tunggu-tunggu semakin tiba. 20 Januari 2014 ni, InsyaAllah, aku akan melancong Bukittinggi dan Padang di Sumatera, Indonesia bersama keluarga. Kunjungan kali ni merupakan kali kedua aku ke Bukittinggi-Padang. Sebelum ni aku datang dengan kawan-kawan pejabat pada tahun 2006. Tiket yang aku beli tak lah murah sangat pun. Bulan Disember lepas aku semak, ada lagi yang lebih murah, jadi, tanggapa beli tiket awal lebih murah tu tak berapa betul le.
Ada kawan aku yang panggil aku Mr.Detail sebab aku ni buat apa sekalipun mesti detail. Ya, aku memang detail dan proper, macam poyo pun ada juga, tapi inilah aku. Memandangkan kunjungan kali ni melibatkan mak, ayah, mak mertua, keluarga kakak ipar dan anak-anak aku yang masih kecil, jadi aku kena pastikan semuanya berjalan lancar. Kita hanya merancang, tapi segalanya ditentukan Allah juga. Aku tak ambil mana-mana pakej pelancongan, sebaliknya aku guna perkhidmatan freelance tour guide iaitu Pak Roni Hendra. Inilah persedian yang aku buat.
|
Seminggu sebelum tarikh penerbangan, aku dah print boarding pass pergi dan balik. Untuk boarding pass balik ke KL, pastikan print 2 salinan sebab semasa kita sampai di Minangkabau Airport, Imigresen Indonesia akan minta boarding pass balik. |
|
Memandangkan ramai kanak-kanak, aku siap-siapkan pelan tempat duduk supaya tak tercari-cari tempat duduk masa naik pesawat. |
|
Buat bajet keseluruhan, bajet ni dilebihkan sedikit. Baik lebih, jangan kurang. |
|
Jangan lupa buat 'toyol' khususnya untuk ahli rombongan yang pertama kali ke Indonesia, senang nak kira-kira masa beli barang sebab sana kan pakai ribu-ribu. |
|
Buat tentatif program. Mungkin tak ikut 100% pun, tapi sekurang-kurangnya segalanya terancang. |
|
Pastikan tarikh tamat passport lebih 6 bulan. Siap-siapkan letak boarding pass dalam passport. |