Selasa, 14 Januari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Trail Fun Walk @ Kota Damansara Community Forest Reserve

Assalamualaikum wbt

Sempena cuti Maulidur Rasul pada 14 Januari 2014, Team Jom Kurus 1 Malaysia Puchong adakan aktiviti lebih kurang jungle tracking di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara. Aktiviti pagi tu diketuai oleh Saudara Faris iaitu kawan kepada Coach kami. Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara ni terletak betul-betul di hadapan Sekolah Menangah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara. Ada 3 jarak laluan untuk aktiviti di hutan ni iaitu 2km (Scout), 4km (Temuan) dan 6km (Sahabat).

Kami semua bersetuju untuk menggunakan trail Temuan sejauh 4km. Suasana dalam hutan ni kelihatan asli.. (memang hutan asli pun) berbeza dengan trail Broga yang terdiri dari pokok kelapa sawit dan belukar. Banyak pokok-pokok hutan yang cantik tumbuh dalam ni. Tapi pada aku trail ni tak berapa mencabar sebab pendakian tak seteruk Broga.

Selepas selesai aktiviti Trail Fun Walk ni, kami menjamu selera dengan hidangan 'pot luk' yang dibawa oleh kawan-kawan. Seronok aktiviti kali ni. Seperti biasa, biarlah gambar-gambar berbicara...