Sabtu, 25 Januari 2014

Jalan-Jalan Ke Padang-Bukittinggi : Tour Guide Padang-Bukittinggi

Assalamualaikum wbt

Untuk lawatan ke Padang-Bukittinggi pada 20-23 Januari 2014, aku gunakan perkhidmatan Roni Hendra. Aku banyak baca blog-blog bloger Malaysia yang melancong ke Padang-Bukittinggi. Ramai tour guide mahupun tour agent  dari Ranah Minang ni. Sebelum ni juga aku buat survey di Matta Fair PWTC berkenaan pakej-pakej Padang-Bukittinggi. Isu 'bajet' yang aku beri keutamaan. Dalam forum cari.com.my juga ada tour guide yang popular khususnya di kalangan 'kakak-kakak' dan 'makcik-makcik'. Aku cuba hubungi beberapa orang tour guide untuk dapatkan sebutharga. Sebutharga dari Roni adalah yang paling rendah. Sepanjang 4 hari 3 malam di Ranah Minang, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, aku membuat pilihan yang tepat.
Roni Hendra
Kenapa aku berpuas hati dengan perkhidmatan Roni Hendra :
  1. Cas sewaan pengangkutan dan hotel yang dikenakan adalah rendah berbanding tour guide lain. 
  2. Bayaran tip juga ditetapkan iaitu RM30 sehari untuk group aku seramai 14 orang. Jadi tak perlu lagi nak teragak-agak nak bagi berapa, terlebih ke, terkurang ke.
  3. Dari segi ketepatan masa, Pak Roni sangat menepati masa. Sepanjang 4 hari 3 malam, aku tak perlu menunggu pun kecuali pada pagi hari kedua. Itupun bukan Pak Roni yang labat, tapi kami yang cepat sangat turun. Baru jam 7.30 pagi dah siap-siap tunggu. Pak Roni datang tepat jam 8 pagi seperti yang dijanjikan.
  4. Sikap berterus terang. Pak Roni berterus terang tentang perbezaan kualiti dan harga di butik-butik.
  5. Pak Roni juga berikan penerangan yang jelas berkenaan settiap perkara termasuk 'do & dont' di sesuatu tempat.
  6. Pak Roni dah siap-siap belikan simkad Simpati. Macam tau-tau je aku nak beli simkad Indonesia.
  7. Memenuhi permintaan pelanggan. Semua tempat yang aku nak lawat, aku dapat lawat. Semua tempat yang aku nak berhenti, dia hentikan. Sesetengah tour guide suka mengelat dengan macam-macam alasan, macet lah, nenek nak beranaklah.
  8. Mudah mesra. Pak Roni mudah mesra dengan semua ahli rombongan aku khususnya ayah aku yang memang orang Minangkabau.
  9. Pak Roni ni tak berapa berkira. Masa nak beli air atau masuk tandas, dia sanggup berikan duit dia dulu sebab kita biasanya tiada duit kecil.
  10. Semasa di Tasik Singkarak, diapers Hamzah berat dan perlu ditukar. Masa nak tukar, baru perasan yang wife aku tersilap bawa diapers. Sofia punya diapers je yang ada. Aku tanya pada Pak Roni di mana ada jual 'popok bayi' (aku kan selalu tengok sinetron Indonesia.. ha ha ha). Terus co-pilot pinjam motorsikal tuan restoran di Tasik Singkarak tu untuk carikan diapers Hamzah. Alhamdulillah, dapat jenama MamyPoko yang memang Hamzah gunakan selama ni. Kalau sesetengah tour guide, agak-agaknya, nak ke dia carikan?

Aku harap Pak Roni konsisten. Jangan jadi macam sesetengah tour guide yang mula buat perangai bila dah popular. Jika berminat nak gunakan perkhidmatan Pak Roni, boleh hubungi beliau menerusi telefon, email dan facebook seperti di bawah.

Telefon : +62 813 63408670 / +62 823 82094294/ +62 752 8011522
Email : rooni_h80@yahoo.co.id

Pak Roni, Saslizam dan Pak Co-Pilot