Ahad, 29 September 2013

Staff BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort, Port Dickson Ceroboh Bilik Sesuka Hati

Assalamualaikum wbt

Pada 28-29 September baru ni opis aku buat Family Day di BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort, Port Dickson. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan seronok sesekali dapat berkumpul dalam suasana kekeluargaan macam ni.

BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort ni sebelum ni dikenali sebagai Tiara Beach Resort. Nanti aku update cerita pasal resort ni kemudian. Entry kali ni khusus aku nak kongsi cerita pasal sikap seorang staff sini. Hari kedua tu (29/9/2013) aku sekeluarga lepak dalam bilik je sebab anak2 aku pun x minat nak mandi kolam ni. Masa tu jam 10.00pagi, tengah bergurau senda dengan anak2, aku perasan ada kelibat kepala mengintai ke dalam bilik. Aku suruh wife aku keluar tengok, masa keluar, dia nampak sorang staff baru je keluar dari unit apartment kami. Wife aku tanyalah "ada apa?". Staff tu seorang ahso tanya "sudah mahu check out ka?"..

Isunya di sini ialah, macamna staff tu boleh selamba masuk unit apartment kami TANPA ketuk pintu atau tekan loceng. Main ceroboh je. Aku syak staff ni mungkin nak  mencuri le sebab waktu tu jam 10 memang kebanyakan tetamu ada di kolam tengah mandi manda. Dia ingat unit aku kosong, tu main masuk je tu.


Jadi, kepada sesiapa yang menginap di BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort, Port Dickson ni, pastikanlah jangan tinggalkan barang berharga kat bilik. Kalau korang melepak dalam bilik, pastikan pintu dikunci dengan selak supaya x jadi macam aku. Nasib baik masa tengah bergurau dengan anak2. Kalau pasangan yang berbulan madu tengah projek ke, dapat tengok show free le staff situ (amboi.. jauhnya fikiran aku)..

Cendol Bakar Dengkil

Assalamualaikum wbt

Setiap kali ke Kuala Selangor,aku teringin nak rasa Cendol Bakar kat tepi jalan Bukit Rotan tu, tapi x pernah kesampaian lagi sebab sentiasa penuh je warung tu. Aku jenis x suka nak beratur panjang ni,jadi aku tundakan je hajat ni. Beberapa bulan lepas aku perasan dah ada branch 'Cendol Bakar' kat Dengkil selepas simpang 4 Putrajaya-KLIA-Dengkil tu.. tapi penuh gak dengan pelanggan yang tertarik dengan 'Cendol Bakar' ni.
Cendol Bakar Dengkil..
Tengok warna pun boleh agak rasanya kan..
Semalam dalam perjalanan ke Port Dickson aku akhirnya berkesempatan singgah sebab nampaknya x ramai orang masa tu dalam jam 11 pagi. Ada beberapa menu cendol, menu biasalah.. pulut.. durian.. tapai.. jagung.. Memandangkan aku nak drive ke Port Dickson,takut mengantuk pulak kalau makan pulut.. aku pilih yang biasa je.. Harga cendol biasa RM2.50.. Sesudu masuk dalam mulut.. aduh.. gini rupanya rasa Cendol Bakar.. serius x sedap langsung.. aku ni memang penggemar cendol & ABC tradisional (bukan jenis yg tambah ice cream & nata de coco tu ye).. aku ingat, cendol ni famous, mesti rasanya sedap.. tapi memang kecewa.. santannya pecah, macam santan serbuk x kacau sebati.. gula.merahnya rasa tengik.. memang.x boleh masuk tekak aku..

Aku x pastilah, adakah aku x bernasib baik hari tu atau.memang cendol tu x sedap.. Kalaulah cendol tu memang x sedap, rasanya x patutlah.. si pengusaha tu sepatutnya sediakanlah resepi cendol yang betul menyengat sejajar dengan kepopularan nama Cendol Bakar tu.. Kualiti kenalah jaga.. Nilah kali pertama aku.x dapat habiskan cendol yang aku order.. cuba nak habiskan tapi memang x masuk dengan tekak aku le.. xtau le orang lain kan.. citarasa tiap orang lain kan..

Selasa, 24 September 2013

Restoran Pondok Malindo,Seksyen 9,Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum wbt

Jari-jari aku malam ni nak kongsi sikit pengalaman makan kat Restoran Pondok Malindo yang baru dibuka di Bangi. Lokasi restoran ni terletak di Jalan Medan Pb2b, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Yang menariknya restoran ni guna konsep jawa. Memang cantik dekorasi dalam restoran ni. Alas meja dari batik jawa. Perkakas makan pun berkonsep jawa. Bangla yang jadi pelayan pun siap pakai 'blongkon' dan baju batik jawa. Lampu yang digunakan pun klasik. Gambar2 hiasan dinding pun berkonsep jawa. Aku malu nak ambik banyak gambar,nanti orang ingat sakit jiwa pulak. Lagipun aku belum tahap bloger tegar lagi..he he he..

Aku dapat maklumat berkenaan restoran ni dari Facebook bila mantan ADUN Seri Serdang, Dato' Hj. Satim Diman promote. Restoran ni milik anak beliau.

Menu yang disediakan ala2 Restoran Ayam Penyet AP / Ayam Penyet Best. Tapi adalah tambahan makanan2 konsep jawa lain.. tengoklah gambar menu yang aku tepekkan bawah ni.. Harga pun sangat berpatutan.. Masa mula masuk,aku agak mesti harga makanannya mahal, tapi aku silap.. Tapi dari segi rasa,perlu penambahbaikan sikitlah.

Jom layan gambar2 yang sempay aku snap ni..
Inilah Restoran Pondok Malindo.
Masa aku sampai,aku park depan pintu tapi lepas tu aku aku rasa x selesa,aku alih kereta.
Cepat2 pelayan tu keluar panggil aku jemput masuk. Ramah betul. 
Masuk je restoran ni disambut dengan hiasan gong jawa..
Abangla pun pakai 'blongkon'.. aku nak panggil mas, bapak atau bai ni..
Menu appetizer.. betul ke ejaan aku ni?
Menu utama..
Ikan dalam ni katanya 'gurami', tapi yang digunakan ialah ikan talapia..
orang yg biasa gi Indon tahu Gurami tu ikan Kaloi..
Menu minuman
Air Alpukat yang aku order.. air di retoran ni dihidang dalam bekas buloh..
Sedap gak risolle ni..
Aku order Ayam Penyet..
Boboi aku pun aku orderkan Ayam Penyet gak..
Yg bahagian peha rasanya lembut tapi yang dada liat sikit..
Wife aku order 'Gurami@Talapian Terbang'.. wah namanyapun ala2 Indonesian gitu..

Order 1 set ikan dan 2 set ayam.. baru RM48.90.. OKLAH..

Ahad, 22 September 2013

Diam-Diam Ada Aje Yang Dibuatnya..

Assalamualaikum wbt

Jari-jari aku nak bercerita tentang kerenah putera-puteri aku. Pelik jugak aku napa anak2 aku senyap je kat dalam rumah sementara aku melayan publics. Biasanya diorang pun sibuk mengacau time aku layan publics.
Rupa2nya dua budak bertuah main stamp pad aku. Habis disapu kat.muka,kat badan.. sabar jelah.. nak marah pun tak guna.. Kadang-kadang boleh gelak sorang-sorang bila teringat keletah anak-anak ni.
Bergumbira korang ye..
Yang kecik pun x padan yang kecik..
Boleh posing lagi tu.. x jadi aku nak marah..

Selasa, 17 September 2013

KATAK atau KUDA

Assalamualaikum wbt

Ada orang yang nampak imej ni sebagai gambar katak. Tapi ada yabg nampak imej lakaran kepala kuda. Kesimpulannya, x semestinya jika orang berpandangan berbeza dengan kita bermakna dia silap. Tapi orang lain mungkin melihat perkara yang sama kita lihat tapi dari perspektif berbeza. Hormatilah pandangan orang lain.

Ahad, 15 September 2013

Pameran Backyard Monsters and Dinasaurs Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Hujung2 bulan ni ke mana nak bawa anak2 ye.. Nak bawa ke tempat yang berbayar mahal, poket tengah kering.. Tiba2 teringat pulak yang Pameran Backyard Monsters and Dinosaurs di Pusat Maritim Putrajaya Precint 5. Ada kawan2 aku kata keliru dengan tempat2 kat Putrajaya ni. Senang je nak datang ke Pusat Maritim ni. Betul2 sebelah Hotel Pullman. Kalau ikut signboard Hotel Pullman Putrajaya, xkan sesat lah. Bayaran masuk cuma RM10 seorang dewasa. Kanak2 usia 5 tahun ke bawah FOC. Ini bermaksa, aku cuma perlu bayar untuk aku dan wife aku sahaja. Parkir pun percuma. Jarak dengan rumah pun dekat. Kira berbaloi jugalah pameran ni dengan nilai tiket. Jom aku bawa korang meneroka apa yang ada kat pameran tu.
Ramai gak parents bawa anak2 jalan.
Macam best je kan. 
Pintu masuk ala2 mulut.. Anak aku nak masuk pun takut.
Scorpion
Semut merah
Labah-labah
Mentadak mentadu @ pelesit
Bukan boboi aku je yang ketakutan.
Banyak lagi budak2 yang menjerit takut dalam tu.
Tapi ada gak budak2 lasak yang jadi ultraman.
Masa ni lah diorang berlawan dengan raksasa.

Spesies dinosaur apa ntah..
Lagi dinasour..
Dinasour lagi..
Lagi-lagi dinasour
T-rex kot..
Dinasour kepala panjang..
Dinasour ada tanduk..
Kat luar Pameran Backyard Monsters & Dinasour ni ada Blue Rider. Bayaran tiket dia mahal sikit. RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak2. Lain kali lah aku bawa anak2 masuk. Lagipun pameran ni berakhir 28 Februari 2014. Boleh lah nak pergi beberapa kali lagi.
Blue rider

Farm In The City

Assalamualaikum wbt

Tengah bersemangat nak berblog ni, jari-jari aku nak buat review sikit tentang Farm In The City, Seri Kembangan. Sejak mula buka lagi aku selalu lalu FITC ni sebab lokasinya dalam laluan dari Puchong ke Kajang melalui SKVE. Tapi nak masuk kena masuk ikut jalan Giant Seri Kembangan tu.

Beberapa bulan lepas, sempat lah aku bawa family aku melawat FITC ni. Tiket masuk untuk pemegang MyKad masa tu RM30 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak). Budak2 yang tingginya bawah 90cm FOC.. Girgirl aku FOC le.. Tiket dia berbentuk tag ikat kat tangan macam kebanyakan tempat lain.
Girgirl FOC, tapi sebab abang pakai tag tangan, dia pun nak juga, jadi yang tag biru tu adult punya, aku bagi dia pakai.
Masuk2 je FITC ni jumpa kura2 dulu. Pastu terus masuk dalam sangkar ni tempat unggas/ itik
Lepas keluar sangkar tu jumpalah rusa dan kambing. Kat sini gak ada kanggaro kecik. 
Boleh pegang2 rusa dan kambing sini... bau busuk.
Ada restoran ala2 kampung ler kononnya, tapi xde lah kampung sangat pun.
Boleh feed arnab sini.
Aku  x snap banyak foto. Ni antara yang cantik. Ntah spesies beruk apa ntah. Beruk tetap beruk.
Antara burung yang cantik kat sini.
Macam2 pendapat orang tentang Farm In The City ni. Ada yang kata lebih bagus dari Zoo Negara. Tapi bagi aku, Zoo Negara lebih bagus lagi. Tiket masuk pun lagi murah dan binatang pun banyak.FITC ni boleh diklasifikasikan sebagai petting zoo ler. Jadi jangan le korang harap nak jumpa gajah, beruang, zirafah, badak sumbu, kuda belang, unta, harimau, singa semua tu. Yang ada cuma haiwan2 peliharaan macam ular, burung. Lembu sekor. Kambing sekor. Kura2, arnab, iguana, ferrot, macau dan haiwan2 yang sewaktu dengannya.

Masalah utama kat Farm In The City ni ialah suhunya SANGAT-SANGAT PANAS.. Bukan sebab cahaya matahari, cahaya xdelah sangat, tempat ni redup. Tapi bahang habanya. Peredaran udara x lancar sebab tempat ni macam dalah lembah. Memang lemas duduk dalam ni lama2. Aku rasa dah pakai cukup simple, tapi masih terasa bahang juga. Harap pihak FITC dapat le sediakan mist fan ke atau kipas2 biasa untuk pengunjung berehat. Tiket pun mahal kan, xkan xleh kuar modal sikit untuk pengunjung kan.

Oklah review aku sampai sini je.. Kalau tanya nak datang lagi ke tidak, semestinyalah datang lagi sebab tempatnya dekat dengan rumah aku. Cuma lain kali aku nak pakai singlet je lah.. Bye

Sabtu, 14 September 2013

Berbengkel Di Avillion Admirol Cove, Port Dickson

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, selesai menghadiri Bengkel Retrear Program Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, dua hari di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Jari-jari aku nak review sikit tentang hotel tempat aku bermalam selama 2 hari ni. Dari Jalan Pantai Port Dickson tu, mula2, akan nampak lah batu signboard hotel ni.
Jalan masuk ke Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Jalan masuk sepanjang 200 meter dari jalan besar. Malam-malam sunyi gak..
Ada 2 type bilik kat sini iaitu View Wing dan Vista Wing. Aku duduk View Wing. View Wing ni Bilik Superior manakala Vista Wing pulak Bilik Deluxe. Besar juga View Wing ni, tapi namanya aje 'View' Wing, tapi xde permandangan pun. Layanlah gambar yang aku tempekkan kat bawah ni.
Dua katil single, katilnya selesa. Ada kipas angin lagi..
Ruang masuk. Ada sinki kat pantry.
TV canggih tapi hanya boleh tengok satu siaran je.
Day bed. Duduk bertiga pun boleh juga.
Tea & Coffee dan complimentary drinking water.
Menu room servive sama macam menu hotel lain.
Harga pun lebih kurang. Oklah...
Toiletries
Hotel ni ada service park kapal-kapal. Dari kapal layar hinggalah boat biasa. Ada beberapa kapal layar dan boat yang digantung iklan untuk dijual. Entah berapa ratus ribu lah harganya agaknya. Aku x tanya, sebab aku tau xkan mampu. Tapi kalau mampu pun aku x beli. Aku fobia dengan laut.
Permandangan kapal-kapal yang dipark kat sini.
Kapal ni antara yang nak dijual. Minat ke?
Aku pernah terbaca satu review dari seorang bloger tentang kolam renang hotel ni. Katanya berlumut. Aku tengok xde lumut pun. Bersih je.. Rugi anak2 aku x ikut sekali. Angin pun bertiup kuat kat area kolam renang ni.
Nampak riak2 air tu. Angin sini kuat. Best kalau mandi.
Lanskap kolam pun cantik
Lompat si katak lompat..
Bilik2 meeting terletak kat bangunan bersebelahan. Satu banggunan dengan cafe. Design klasik sangat. Aku suka. Nak cakap, aku ni x reti arkitektur. Tengoklah foto yang aku snapkan ni.
Koridor bilik mesyuarat/ bengkel
Cantikkan?
Secara rumusannya, aku rasa tempat ni best. Bagi sesiapa yang x minat mandi laut macam aku, eloklah stay sini. Tapi kalau minat mandi laut, payah juga sebab sini xde pantai. Aku memang x suka mandi laut sebab melekit2 tu aku x selesa. Tempat ni aman sebab jauh dari hotel lain. Rasa macam mewah pada harga yang murah. Staff2 kat sini pun memang ramah. Kebanyakan staff bukan Melayu, tapi sangat ramah dan membantu. Sesetenagh hotel ramai staff Melayu tapi sombong dan xnak membantu pun x guna jugak.. Staff2 sini sangat bagus.. Ok..Jumpa lagi..