Isnin, 7 Oktober 2013

Patin Place Bandar Puchong Utama

Bandar Temerloh tanah kelahiranku,
Sungai Pahang tempat bersiram semua,
Patin tempoyak santapan Rajaku,
Resepi temurin khas dari kota.

Sultan Pahang Raja PrihatinPatin,
Malaysia tanah tumpah darahku,
Wawasan 2020 penjana kejayaanku,
Slogan 1 Malaysia pedoman hidupku.

Assalamualaikum wbt. Awal-awal dah berpantun ye. Bukan apa, pantun ni aku dapat di Restoran Patin Place Puchong yang sempat family aku kunjungi untuk makan malam semalam. Restoran ni dekat je dengan rumah kami dan kami dah lama perasan kewujudan restoran ni. Banyak kali juga usha restoran ni tapi masa tu ada syak yang restoran ni jual makanan cina sebab ramai pelanggan cina. Sehinggalah salah seorang kawan aku update status dalam FB tengah makan bersama keluarga dia di restoran Patin Place. Jadi aku usha betul. Rupanya ada gak orang Islam yang makan di sini. Pekerja-pekerja sini pun beragama Islam dan yang paling penting, mereka solat. Ada surau disediakan di sini. Restoran Melayu pun banyak yang tak sediakan kemudahan surau betul tak. Cuma surau di sini belum buat pembahagian lelaki dan perempuan le.
Masuk je restoran ni, nampak Sijil Kategori Kebersihan.. Bertambah yakin dengan restoran ni..
Cantik dekorasi restoran ni
Sumber : http://blog.malaysiamostwanted.com
Kaunter dan wall of fame.. ramai orang ternama yang makan di sini.
Sumber : http://blog.malaysiamostwanted.com
Tauke restoran ni sangat-sangat peramah kalau nak dibandingkan dengan tauke sesetengah restoran yang duduk mencuka je kat kaunter kan. Dia perkenalkan menu istimewa kat sini, dah semestinyalah Ikan Patin, dah namanya Restoran Patin Place kan. Aku nak snap menu tapi punyalah banyak. Bukan setakat masakan patin, tapi ada juga lauk lain macam ayam berempah, kurma dan makanan western. Ada juga menu panas macam nasi goreng dan yang sewaktu dengannya, rambang juga nak memilih. Tauke restoran tu rekemen kami cuba Ikan Patin Tempoyak. Malangnya, kami ni tak makan tempoyak. Kami juga tak makan Ikan Patin sebenarnya sebab geli dengan lemak yang berlendir tu, tapi tetap nak cuba ikan patin ni sebab ikan patin ni dari Temerloh dan ramai kawan-kawan cakap Patin Temerloh ni lain sikit. Tapi bab tempoyak, minta maaflah, aku rela makan nasi kosong dari berlaukkan tempoyak.
Menu. Dua piring kecik tu berisi sambal belacan dan sambal hijau
Akhirnya kami pilih Ikan Patin Sauna dengan House Special Sauce. Untuk makluman, Ikan Patin Sauna ni didatangkan dengan 5 jenis sauce iaitu tempoyak, asam pedas, cili hijau, house special sauce dan apa ntah satu lai..aku lupa.. he he he.. Menu dalam bad pingpong di atas adalah 20 menu yang paling special le kata tauke ni. Dua piring sambal tu, satu belacan.. biasa-biasa je.. dan satu lagi sambal hijau.. sambal hijau ni sedap..
Dapur Purba
Sumber : http://blog.malaysiamostwanted.com
Keistimewaan Restoran ni ialah menggunakan dapur istimewa, katanya dapur purba. Arang yang digunakan pun istimewa, xde bau asap pada ikan tu. Masakan stail sauna ni sesuai bagi mereka yang tak minat dengan Ikan Patin yang berlemak tu sebab Ikan Patin yang dimasak cara ni memang sedap dan tak rasa berlemak yang meloyakan tu.
Ikan Patin Dry Sauna In House Sauce.
Ikan Patin Sauna Dengan House Special Sauce ni rasanya ala-ala nyonya. Memang SEDAP sangat-sangat. Kami yang tak makan Ikan Patin boleh habiskan seekor Ikan Patin tu. Saiz ikan juga agak besar dan sesuai untuk 4 orang makan. Ikannya juga gemuk-gemuk ye...memang puas hati.
Ayam masak kicap
Memandangkan kami risau takut tak tertelan Ikan Patin tu, kami pesan lauk sampingan iaitu Ayam Masak Kicap. Menu ni sedap tapi kenapalah gunakan fillet dada ayam. Kalau guna ayam seketul-seketul tentu lagi sedap. Sebab isi ayam bahagian dada kan agak tawar sikit. Nasib baiklah rasa kicap dia sedap.
Sayur Rangup-Rangup
Tauke juga rekemen kami cuba menu Sayur Rangup-Rangup. Dia suruh teka sayur apa. Memang kalau rasa sayur ni tak dapat agak sayur apa yang digunakan, tapi kalau buka sayur tu, boleh agak...sayur kangkung..ha ha ha.. Sayur ni memang layan.. sedap sangat-sangat..
Nasi Putih yang ditabur daun ketumbar dan serunding kelapa..
Nasi Goreng Cina
Untuk Hamzah dan Sofia, aku orderkan Nasi Goreng Cina. Saiznya besar gak dan yang paling penting, Nasi Goreng Cina ni mewah denga sotong, ayam dan sayuran. Tak kedekut. Rasanya pun sedap dan sesuai untuk budak-budak.
Cappucino
Untu minuman, wife aku order Iced Cappucina..sedap. Hamzah, aku orderkan Milo Godzila. Milo Godzila ni ialah air Milo yang ditabur serbuk Milo di atasnya. Macam sebelum nilah.. menu Hamzah mesti aku tak sempat nak snap. Ada juga Milo Dinasour iaitu Milo yang ditabur Coco Crunch di atas dia. Sedap Milo Dinasour Hamzah ni. Makanan tak sampai lagi, tapi Milonya dah habis separuh. Saiz minuman pun agak besar ye. Puas minum. Aku pulak order Hot Green Tea, tapi aku kurang berkenan dengan Green Tea aku sebab ditambah gula. Salah aku lah, sepatutnya bagitahu tak nak gula. Stail aku minum Green Tea memang tak bergula, bila dapat Green Tea yang bergula ni, rasa tak berapa masuk tekak le. Green Tea aku je yang tak habis, yang lain licin.
Green Tea
Kos dinner kami malam tu.
Wah..panjang gak entry aku pasal Restoran Patin Place ni ye. Bukan apa, aku sangat sangat sangat berpuas hati dengan makanan yang aku order dan layanan Tauke dan staff-staff restoran ni. Layanan baik, makanan sedap dan berkualiti. Malam tu kami makan di ruang dalam restoran, ada kipas dan aircond. Kalau makan makanan macam ni sebaiknya di tempat yang tidak ber'aircond'. Jadi next time kalau datang lagi, nak duduk kat luar le, ada suasana kampung sikit kan. Oklah, siapa yang teringin nak cuba makan Ikan Patin yang sedap dan dimasak dengan pelbagai rasa, boleh le datang ke Restoran ni seperti alamat di bawah ni. Bye..

Restoran Patin Place
31, Jalan BPU 5,
Bandar Puchong Utama,
14 Mile Jalan Puchong,
47100 Puchong
Tel: 016-208 9012

Facebook : https://www.facebook.com/PatinPlace