Jumaat, 25 April 2014

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Keempat - Coklat Moggo, Ayam Goreng Suharti Dan Pulang Ke Kuala Lumpur

COKLAT MONGGO
Pulang dari Masjid Bawah Tanah Sumur Gemuling, Pak Wawan tanya samada aku nak ke Kota Gede. Aku risau tak sempat pulak, aku nak ke Kota Gede untuk lawat tempat Coklat Monggo yang fofuler tu aja. Tak berminat nak tengok perak semua tu. Pak Wawan kata kalau cuma nak membeli Coklat Moggo, berhampiran Taman Sari juga ada outlet Coklat Monggo. Pucuk dicita ulam mendatang. Kami singgah di outlet Coklat Monggo yang terletak beberapa minit dari Taman Sari. Masuk-masuk je dalam outlet ni, kami diberi tester coklat. Aku sebenarnya fikir yang Coklat Monggo ni tak le sedap sebab ada beberapa blogger yang kata tak sedap. Tapi lepas cuba.. sedap apa.. Yang blogger lain rasa tu bukan jenama Monggo tapi ntah brand apa agaknya. Ada kualiti le coklat sini.
Outlet Coklat Monggo
SEJARAH COKLAT MONGGO
Pembuat Cokelat Pertama di Yogyakarta

Petualangan berawal di Yogyakarta pada tahun 2001, seorang pria berumur 35 tahun asal Belgia datang ke Indonesia tanpa sebuah perencanaan. Kecewa dengan kurangnya kualitas cokelat yang tersedia di toko - toko di Indonesia sebagai negara ketiga terbesar penghasil kakao, pria Belgia tersebut memutuskan untuk membuat beberapa produk cokelat cita rasa Belgia sendiri dengan sumber daya yang terbatas.

Cokelat “truffle” yang dihasilkan pertama kali diberikan kepada teman - teman Indonesianya dan secara langsung membuat teman - teman Indonesia tersebut merasakan nikmatnya coklat tersebut. “Anda harus membuatnya lagi!” kata mereka.

Kemudian pria itu membuat cokelat lebih banyak lagi dengan mengendarai Vespa tua berwarna pink, yang disulap menjadi sebuah tempat berjualan. Setiap Minggu pagi pria ini berjualan di daerah UGM dan di daerah luar Gereja Kota Baru. Tujuannya hanya untuk kesenangan serta mencari minat dan reaksi dari masyarakat, bukan semata – mata untuk mencari keuntungan. Hal tersebut sangat menarik dan menjadikan pria itu sebagai Pembuat cokelat pertama di Yogyakarta.

Untuk mewujudkan impiannya, maka pria tersebut menggabungkan sumber daya yang terbatas dengan modal yang ada. Ide pertama muncul untuk membuat sebuah toko, namun hal itu gagal dan tidak di lanjutkan.

Namun demikian, pria tersebut tetap melanjutkan rencananya, dengan pembukaan sebuah perusahaan Anugerah Mulia, pada tahun 2005.

Perusahaan tersebut memiliki tim kecil yang penuh kreasi dan akhirnya meluncurkan produknya yang pertama dengan nama Cacaomania yang berupa cokelat praline yang ditujukan bagi kawula muda. Nama tersebut akhirnya ditinggalkan karena nama tersebut terlalu umum dan mereka membutuhkan nama yang khusus untuk dapat diluncurkan di pasaran.
Nampak macam exclusive.. tapi harga dia ok.. xlah mahal.. 
Aku suka yang Red Chili tu.. lepas makan terasa pedas..
Nak beli yang dalam peket tu tapi takut cair.. Bungkusan dia pun cantik..
Coklat khas untuk 'Easter Day'
Staff di outlet ni..
Red Chili dan Dark 69% menjadi pujaan hatiku..
Kenapa budak hensem ni sibuk nak bawa? Sebab dalam tu ada coklat lolipop.. x sabar nak makan le tu..
AYAM GORENG SUHARTI
Waktu menunjukkan jam 12 tengahari. Masih awal rasanya, tapi aku tak berani nak singgah banyak tempat lagi. Aku ajak Pak Wawan makan tengahari di Restoran Ayam Goreng Suharti. Pak Wawan kata yang restoran ni dalam perjalanan ke airport je, jadi aku ada banyak masa untuk berehat di Restoran Ayam Goreng Suharti ni. Di pintu masuk restoran ni ada live band. Hiasan dalaman dia biasa-biasa je. Tapi kemudahan lengkaplah, siap ada surau lagi. Harga di sini agak mahal berbanding restoran-restoran yang kami singgah sebelum ni, tapi pada aku masih murah jika dibanding dengan harga di Malaysia. Kos kami makan tengahari di sini tak sampai Rp 200,000 pun. Saiz ikan talapiannya besar gila, rasapun sedap. Set siap dengan sup, sayur, air teh dan buah-buahan pulak tu.
Aku segan nak snap menu dalam dia.. sebab waktu lunch ramai orang..
Ada pulak orang jual buku mewarna.. Ultraman pulak tu.. haruslah Hamzah leka.. peberet dia tu..
Aku kan bapak yang adil.. Untuk adik kena beli juga.. Adik siap mandi kat restoran ni..
Kami pilih set ikan talapia dan ayam.. Ikan dia besar gila.. Ya Allah..sedapnya..
Pak Wawan tak makan sekali tengahari tu. Mungkin sebab dia tahu yang harga di restoran ni mahal berbanding restoran lain. Memang aku respect Pak Wawan ni, dia bukan jenis orang ambil kesempatan. Walaupun aku mendesak, tapi dia menolak dengan alasan dah makan di Taman Sari. Aku tak kisah kalau Pak Wawan nak makan sekalipun sebab walaupun mahal, tapi masih murah berbanding dengan Malaysia sebenarnya. Aku tengok pelancong lain.. pemandu @ guide makan sekali. Pak Wawan juga bagi aku bil dari Yusi Trans. Aku risau juga kalau ada pertambahan cas sebab kami gunakan Isuzu ELF yang sewa biasanya ialah Rp 1,000.000 sehari. Selain tu, aku juga minta Pak Wawan untuk ke Borobudur pagi tadi, Borobudur ni terletak di luar Kota Jogjakarta. Syukur, rupanya tiada satu rupiahpun cas tambahan dikenakan.
Bil Yusi Trans

PULANG.. MARILAH PULANG..
Selesai makan, solat dan berehat, kami menuju ke Lapangan Terbang Adisucipto yang tak berapa jauh dari restoran tadi. Rasa sedey pulak bila Pak Wawan beri ucapan perpisahan. Dia memang seorang yang sangat-sangat baik.. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak aku.. 

Sampai di airport, aku berilah sikit tip untuk Pak Wawan dalam Rp 300,000.. Sebelum tu di Telaga Warna dah bagi Rp 50,000 untuk dia pergi makan sebab perjalanan jauh memang memenatkan. Itu je yang kami mampu beri, tak mampu balas jasa Pak Wawan yang sentiasa menepati waktu, sanggup tunggu kami yang berjalan berjam-jam. Kami tak pernah tercari-cari Pak Wawan sebaik keluar dari mana-mana tempat lawatan, sebaliknya dia yang akan panggil kami. Sesiapa yang memerlukan sopir yang baik di Jogjakarta, hubungilah Yusi Trans dan minta Pak Wawan menjadi pemandu.
Suasana Airpot yang sentiasa sibuk
Lelaki yang berdiri tu pemandu teksi.. Berpuluh orang pemandu teksi ada di sini, jangan risau.. 
Cukai Rp 100,000 seorang termasuk bayi.. Asingkan siap-siap..
Suasana airport agak sibuk. Di mana-mana airport kat Indonesia yang aku pernah sampai,kebanyakan orang Indonesia ni tak reti nak beratur. Masa bayar cukai airport, tetiba ada sorang pakcik ni main potong barisan dengan selamba, nasib baik petugas tu suruh pergi beratur ke belakang. Kalau di Imigresen pun, kaunter yang untuk foreign pun orang dia main beratur je. Kat Malaysia pun diorang buat macam tu juga, memang tabiat agaknya. 

Masa melalui pemeriksaan keselamatan, beg aku kena selongkar, rupanya ada bedak johnson besar budak-budak ni lupa nak masuk dalam bagasi. Tak tahulah pulak yang bedak tak boleh bawa masuk dalam pesawat. Sedaplah kastam, tak payah nak beli bedak untuk anak-anak korang. Mana-mana Kastam pun samalah. Rampas barang orang, lepas tu bagi kat anak-anak, adik beradik... Bahaya sangat ke bedak tu? Boleh meletop ke?
Babai Jogjakarta.. InsyaAllah..aku akan kembali..
Penerbangan mengikut jadual. Kalau masa datang gunakan pesawat Indonesia, balik ni gunakan pesawat Malaysia, pramugari pakai uniform biasa tu, xdelah aku ambil gambar. Masa datang tu sebab uniform diorang menarik minat aku. Seperti biasa, penerbangan 2 jam lebih ni kenalah order makanan, takut anak-anak bosan. Bila dah kenyang, diorang akan tertidur. Aku je tak tertidur. Cuaca buruk, lebih buruk dari masa datang hari tu. Seriau dengan kes MH370. Banyak berdoa je. Kami sampai awal. Aku perasan masa Kapten umumkan yang akan sampai lagi 1 jam, kemudian pesawat seolah memecut. Jadi kami sampai 15 minit awal dari waktu yang dijangka. Semuanya berjalan lancar. Keluar-keluar je bas shuttle ke ERL dah ada dan orang pun tak ramai. Kami terus naik bas dan balik..

Tamatlah kisah percutian ke Jogjakarta..
Rasanya catatan pasal Jogja paling panjang kot..
Sebab aku seronok betul kat Jogja.. Orangnya baik.. Makanan murah.. Sedap..
Aku tak sampai banyak tempat lagi di Indonesia.. tapi kalau berdasarkan pengalaman aku di tempat-tempat yang aku dah sampai di Indonesia.. antara Jakarta, Bandung, Surabaya dan Bukittinggi..
JOGJAKARTA adalah yang terbaik... Bye..

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Keempat - Istana Air Taman Sari dan Masjid Bawah Tanah

ISTANA AIR TAMAN SARI
Dari Kraton, kami menuju ke Istana Air Taman Sari. Lokasinya masih di dalam kawasan Keraton Ngayogyakarta. Dalam bahasa Inggeris Taman Sari dikenali dengan nama "Perfume Garden" atau "Fragrant Garden", kerana terdapat banyak bunga ditanam di kawasan ni. Tiket masuk ke Taman Sari ini ialah Rp 10,000 seorang. Di pintu masuk terdapat penduduk tempatan yang menjadi guide. Kita boleh memilih untuk tidak menggunakan khidmat tour guide ni sebenarnya, tapi aku nak melawat Semur Gemuling di Masjid Bawah Tanah yang laluannya tidak jelas. Jadi, aku layan jelah pakcik tu nak jadi guide aku. 
Gapuro Panggung yang terdapat di bahagian timur digunakan sebagai pintu masuk ke Istana Air Taman Sari
Tiket masuk.. Rp 10,000 seorang
Taman Sari bukan saja menjadi tempat rekreasi keluarga Sultan tetapi juga menjadi sistem benteng pertahanan. Taman Sari juga digunakan sebagai tempat untuk meditasi bagi Sultan, tempat untuk membuat batik yang dilakukan oleh gundik-gundik dan puteri-puteri Sultan. Selain itu, ia juga merupakan tempat untuk berlatih tentera. Taman Sari didirikan pada tahun 1758 dan idea awalnya adalah dari Pangeran Mangkubumi (kemudian bergelar Hamengku Buwono I) dan juga Raden Ronggo Prawirosentiko (Bupati Madiun) sebagai arkitek, dan Demang Tegis (asli orang Portugis yang mendapatkan gelar dari kerajaan) sebagai mandur.
Mauk-masuk je akan melalui 4 buah bilik pengawal
Di Taman Sari ni dahulunya merupakan kawasan larangan sebab kena mandi bogel di sini. Ada 3 kolam mandi di sini. Diceritakan bahawa Sultan akan melihat gundik-gundik mandi dari menara tinjau dan memilih gundik yang dia berkenan untuk bercerekarama. Gundik yang menjadi pilihan Sultan akan mandi bersama-sama Sultan di kolam khas Sultan yang lebih private, maka bermulalah sebuah cerekarama. Layanlah gambar-gambar ni..
Kawasan ni tempat gundik-gundik menari
Memasuki ruang pertama.. Kolam pertama untuk anak-anak
Masih di ruang pertama, ini kolam untuk gundik-gundik
Dua buah kolam dalam ruangan pertama 
Menara tempat Sultan memilih gundik untuk di'ajak mandi bersama..
Sauna.. letak air panas bawah katil tu kot.. 
Kolam untuk gundik-gundik mandi bersama..
Sultan sedang mengintai gundik-gundik mandi-manda..
Permandangan dari ruang mengintai..
Nak turun dari ruang mengintai tu baru terasa curam..
Ala-ala wishing well.. KHURAFAT..
Gapuro Agung yang terdapat di bahagian barat digunakan sebagai pintu keluar dari Istana Air Taman Sari
MASJID BAWAH TANAH - SUMUR GEMULING
Kami keluar dari Taman Sari melalui pintu Gapuro Agung yang pada asalnya merupakan pintu masuk ke Taman Sari. Keluar dari Taman Sari terdapat beberapa peniaga berjualan. Ada kedai-kedai menjual lukisan. Guide tadi mempelawa aku untuk tengok lukisan dalam tu tapi aku xnak sebab kejar masa. Lelaki yang jaga kedai tu boleh kata aku "EGOIS".. Aku senyap je.. kat tempat orang kan.. kurang hajak.. Dah aku tak minat nak tengok lukisan dia, nak marah-marah pulak, lainlah kalau aku dah tengok-tengok, dah tawar tapi xnak beli.. mampuslah situ..
Melalui celah-celah rumah orang menuju ke Masjid Bawah Tanah
Guide tadi terus membawa kami melalui celah-celah rumah orang dan kedai-kedai baju dan bengkel batik. Jauh juga menapak, kalau tak guna guide memang tak jumpalah sebab lokasinya di celah-celah rumah orang. Jangan harap ada penunjuk arah ye. Kalau nak cari, buang masa pulak nanti kan. Kami sampai di pintu masuk terowong ke Masjid Bawah Tanah. Sebenarnya terowong ni bersambung dari Taman Sari hingga ke Kraton, tapi sesetengah ruang terpaksa ditutup sebab dah banyak rumah di bina atas terowong ni, takut runtuh.
Mehrab.. tempat Imam..
Ruang solat
Masjid Bawah Tanah-Sumur Gemuling didirikan pada tahun 1765.. wah.. hampir 300 tahun.. Tapi masjid ni dah tak digunakan sejak tahun 1812 setelah Kraton membina Masjid Gedhe Kauman. Masjid ni terdiri dari 2 tingkat iaitu untuk lelaki dan perempuan. Pada bagian dalam bangunan masjid, terdapat kolam yang dikelilingi 5 tangga yang melambangkan jumlah rukun Islam. Di bawah tangga terdapat kolam air dari Sumur Gumuling. Ia dinamakan Gemuling kerana bentungnya bulat seperti 'guling'. Bahagian atas masjid membentuk bulatan tanpa atap. Di bagian dinding juga terdapat banyak ventilasi sehingga cahaya matahari boleh masuk menerangi dalaman masjid.
Sumur Gemuling.. Bilal akan azan di tengah-tengah tangga ni.. Bawah tangga ni juga tempat wuduk..
Terowong menuju ke Masjid Bawah Tanah.. Terowong ni dulunya tembus ke Kraton tapi sekarang ditutup sebab ada banyak rumah orang di atasnya.. takut roboh..
Pulang ke pakir pun melalui celah-celah rumah orang..

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Keempat - Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat

BAKPIA
Sampai Kota Jogjakarta, Pak Wawan membawa kami ke perusahaan Bakpia, sejenis kuih tradisional Jogjakarta. Harga di sini agak mahal berbanding yang aku beli malam pertama hari tu. Yelah, sini tempat pelancong, haruslah ketuk mahal sikit. Perusahaan Bakpia di Jogjakarta diberikan nombor sebab terlalu banyak perusahaan Bakpia. Di jalan Malioboro pun ramai peniaga yang menjual Bakpia macam orang jual goreng pisang je. Perusahaan yang kami singgah ni diberikan Nombor 25. Bezanya di tempat yang Pak Wawan bawa kami ni ialah, di sini kita boleh lihat proses membuat Bakpia, tapi aku tak berminat nak tengok, macam lawatan budak sekolah je. Kedai ni juga ada jual ole-ole lain dari Kepulauan Jawa.. macam-macam ada.. dodol garut.. keropok dan ikan pekasam. 
Pilih-pilih.. Bakpia ada tester sebba memang buat di sini.. Yang lain tiada tester ye..
Diorang sediakan packaging sekali, senang nak bawa, tak le bercampur dengan baju
Inilah ole-ole yang aku beli di outlet Bakpia 25
KRATON NGAYOGYAKARTA HADININGRAT

Dari Pusat Perusahaan Bakpia 25 dan Ole-Ole Jawa, kami meneruskan perjalanan ke Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat atau Keraton Yogyakarta yang merupakan istana rasmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat. Sebahagian kompleks keraton merupakan museum yang menyimpan koleksi milik kesultanan, termasuk pemberian dari raja-raja Eropa, replika pusaka keraton, dan gamelan. Dari segi bangunannya, keraton ini merupakan salah satu contoh arsitektur istana Jawa. Keraton Yogyakarta mulai didirikan oleh Sultan Hamengku Buwono I beberapa bulan pasca Perjanjian Giyanti pada tahun 1755. 

Tiket masuk ke Kraton ni ialah Rp 12,500 seorang. Bayaran untuk permit kamera juga dikenakan, tak ingat pulak aku berapa bayaran untuk kamera, murah je pun. Hamzah dan Sofia tak perlu bayar. Masa sampai di Kraton ni, punyalah ramai orang, padahal hari Selasa. Budak-budak sekolah ramai betul termasuklah sekolah antarabangsa. Pelawat di Kraton akan ditemankan oleh guide. Untuk pelawat tempatan akan ditemankan oleh Abdi Dalam iaitu petugas istana yang pakai baju tradisional jawa dengan belangkon tu. Abdi Dalem biasanya lelaki. Pelawat antarabangsa pula akan ditemankan oleh guide wanita yang pakai baju hijau. Bayaran tip untuk guide, sendiri mahu ingatlah. Mbak yang menjadi guide kami membawa kami meneroka seluruh kawasan Kraton. Luas gak kawasan ni rupanya, aku ingatkan kecik je. Tapi banyak kawasan hanya boleh dilihat dari luar je sebab kawasan larangan.

Topeng besar ni menyambut kami.. Katanya untuk tolak bala..
Di Kraton juga diadakan pertunjukan-pertunjukan kebudayaan secara berjadual. Kalau korang nak melawat Kraton, aku syorkan supaya melawat pada waktu yang ada pertunjukan. Masa kami melawat Kraton ni, ada pertunjukan Karawitan. Ala-ala macam syair dalam bahasa Jawa dengan iringan muzik gamelan. Bosan gak, muziknya slow gila, kalau nak tidur, dah tertidur dah, tapi seronok lah dapat tengok makcik-makcik ala-ala Ibu Moryati Mustika Ratu dengan kebaya ketat dan sanggul besar. Mana nak tengok orang pakai macam tu, jangan harap diorang pergi pasar pakai macam tu.

Isnin : Karawitan - 10 pagi - 12 tengahari
Selasa : Karawitan - 10 pagi - 12 tengahari
Rabu : Wayang Golek - 10 pagi - 12 tengahari
Khamis : Karawitan Dan Sandratari Klasik - 10 pagi - 12 tengahari
Jumaat : Macapat - 10 pagi - 12 tengahari
Ahad : Tarian Klasik - 11 pagi - 12 tengahari
Persembahan Karawitan
Persembahan kerawitan.. ala-ala syair dalam Bahasa Jawa.
Muzik gamelan turut mengiringi Kerawitan
Siling Joglo berusia ratusan tahun
Apartment Sultan.. kawasan larangan..
Masa kami melawat ni merupanya Hari Keputeraan Sultan. Hari Keputeraan Sultan disambut setiap Hari Selasa setiap bulan.. ambik kau.. tiap bulan sambut birthday. Bulannya pula ikut kelender Jawa, bukan kelender biasa ye. Menurut Mbak Guide yang menemani aku, setiap Hari Selasa pertama dalam bulan Jawa, semua Abdi Dalem akan berkumpul duduk di Kraton. Takde buat apa pun, duduk saja walaupun Sultan tiada di Istana. Diorang hormat betul dengan sultan diorang. Menurutnya lagi, kalau hari biasa, jumlah Abdi Dalam tidaklah seramai hari ni, biasa mereka akan duduk di bahagian koridor. Tapi kerana hari ini istimewa, mereka datang semuanya dan terpaksa duduk di atas pasir sebab takde space.
Ramai Abdi Dalam duduk berkumpul semasa lawatan kami
Abdi Dalem duduk berkumpul sempena birthday Sultan
Abdi Dalem merupakan orang yang mengabdikan dirinya kepada kraton dan raja dengan segala aturan yang ada. Abdi Dalem berasal dari kata "abdi" yang merupakan kata dasar dari mengabdi dan “dalem” yang ertinya 'internal/ dalam'. Abdi Dalem terbahagi dua, iaitu Abdi Dalem Kaprajan dan Abdi Dalem Punakawan. Abdi Dalem Kaprajan memiliki kasta lebih tinggi dibanding Punakawan. Jumlah Abdi Dalem Kaprajan juga tidak begitu ramai dengan Abdi Dalem Punakawan yang mencapai ratusan. Secara tugas mereka tetap sama-sama mengabdi kepada pihak kraton. Abdi Dalem yang masih memiliki hubungan darah dengan Kraton, akan mendapatkan gelar Raden. Sedangkan abdi dalem yang tidak memiliki hubungan darah dengan Kraton akan mendapatkan gelar dengan sebutan Mas Bekel, Mas Rono, dan Mas Lurah
Jangan ambil gambar membelakangkan mereka.. 



Meja kerja peribadi Sultan
Sultan sangat meminati fotografi

Dampar Kencana atau Singgahsana

Ada kiosk dalam Kraton ni
Gambar Sultan Jogjakarta sekarang
Gambar Permairusi Jogjakarta sekarang
Gambar Puteri-Puteri Sultan.. Semuanya perempuan
Kami di bawa melawat galeri-galeri yang menyimpan hadiah-hadiah dari luar negara kepada Sultan, alat-alat kebesaran dan koleksi-koleksi peribadi Sultan. Setiap ruang galeri dijaga oleh seorang Abdi Dalem. Tak perlu aku cerita satu persatu kot apa yang ada.. he he he.. Tapi agak-agak dah puas berjalan, kami minta Mbak Guide membawa kami keluar melalui pintu belakang kerana Pak Wawan menunggu di pintu belakang.

Sebelum keluar, nampak sorang 'Abdi Dalem' pakai baju merah.. ingatkan Ketua Abdi.. rupanya tugasannya lain.