Selasa, 25 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Finale @ Majlis Makan Malam

Assalamualaikum wbt. Pada hari Sabtu, 22 Februari 2014 merupakan kemuncak Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia. Semua Team JK1M dikehendaki mengadakan Majlis Makan Malam untuk mengumumkan pemenang. Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong telah mengadakan Majlis Makan Malam di Kelab Tasik Putrajaya. Isteri Chef Yus kerja di situ, jadi dapatlah kami sedikit keistimewaan. Menu yang disediakan pada malam itu memang merosakkan diet. 
Coach Esfah Lili emberikan ucapan
Pemenang Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong ialah Chef Yus (lelaki) dan Kak Yana (wanita). Setiap kilogram yang berjaya dihilangkan akan mendapat wang sebanyak RM30. Manakala peserta lain yang berjaya menurunkan berat melebihi 6 kilogram mendapat pulangan wang sebanyak RM10 setiap kilogram. Aku dapat RM81 sebab berjaya menurunkan berat sebanyak 8.1 kilogram.
Pemenang lelaki dan wanita JK1M#Puchong
Aku turunkan berat sebanyak 8.1kg
Kumpulan family aku menySUMBANGkan lagu untuk kawan-kawan
Bergambar kenang-kenangan

Ahad, 23 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Sebelum dan Selepas

Assalamualaikum wbt. Sekejap betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik, 6 minggu dah berlalu Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri. Macam-macam perasaan ada dalam diri ni. Team Puchong ni bilangan pesertanya tak seramai team-team lain, jadi mungkin kerana tu ikatan kami ni agak kuat. Tambahan dengan adanya 'whatapps' yang buat kami sentiasa rasa dekat.

Kesemua peserta Team Puchong berjaya menurunkan berat badan. Ada yang mencatat penurunan yang banyak dan ada yang sedikit, haruslah kan, metabolic rate setiap orang pun berbeza-beza. Tapi pada pandangan aku, bila melihat semula foto hari pertama kami berjumpa 6 minggu lepas, setiap orang nampak perbezaan, badan lebih tone dan muka tak sembab. Jom kita tengok perubahan peserta-peserta Team Puchong dalam  JK1M#1 ni.
Aku.. hari pertama muka nampak sembab..
Juara JK1M#Puchong Lelaki.. Cheff Yusri.. Naik Broga 5 kali..
Farid.. Hasil kesabaran 'melangkah terpaksa' depan kedai ayam goreng.. baju dah gelebeh sekarang
Peserta junior.. Idris.. Jogging sampai Bintulu tu..
Oh Wira.. x payah kemutkan muka pun dah nampak kecik dah bro.. hu hu hu..
Juara JK1M#Puchong Wanita.. Kak Yana.. X sia-sia menangguk kerang tiap minggu..
Fidah.. aku respek minah ni.. masa mula-mula hiking Kota Damansara di pancit.. sekarang hiking berlari wooo..
Sarah.. OMG..
Intan.. baju sama.. tapi napa macam longgar je?
Syakira bon bon bon.. opps.. Syakila.. Heroin Kiah Pekasam Musim ke-10
Kak Mariam.. mantoppp
Kak Ita.. X payah makan ubat darah tinggi lagi.. Alhamdulillah..
Siti Sarah.. happy sekarang ye..
Kak Ina.. seorang bersemangat waja..
Ain.. wow..
Syarifah.. pandai main dodgeball.. 
Farah Munirah.. senyap-senyap pun loss weight gak..

Sabtu, 22 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Zumba

Assalamualaikum wbt. Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri Musim Pertama Team Puchong semakin menghampiri penghujung musimnya. Pada Sabtu, 22 Februari 2014, Team Puchong mengadakan aktiviti Zumba bersama Coach Azam. Aku memang teringin sangat nak berzumba sebab semasa aktiviti Jom Fit @ Bakar 1000 Kalori pada minggu pertama aku tidak berkesempatan untuk ikut serta.. Bergelek le kami pagi tu. Rasa macam ketagih pulak dengan zumba ni. Dia punya pergerakan ala-ala salsa pun ada. Jangan gelak tengok video kami bergelek.. hi..hi..hi..
Instructor kami pagi tu.. lentik habis.. boleh buat tarian ular ni..
Gelek arab pun ada..
Lencun baju aku.. tapi pelik part atas je..
VIDEO

Jumaat, 21 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Latihan Dodgeball Bersama Coach Khai MAD

Assalamualaikum wbt. Pada Khamis, 20 Februari 2014 baru ni, Team Jom Kurus 1 Malaysia Puchong berkesempatan mendapat latihan dodgeball dari coach profesional iaitu Encik Khairil Azuar dari Malaysia Association Of Dodgeball (MAD). Latihan diadakan di KSL Puchong Utama pada jam 8.30 malam. Banyak perkara baru yang kami belajar berkenaan dodgeball khususnya cara balingan dan peraturan sebenar bermain dodgeball. Kami menggunakan gelanggang futsal, Coach Khai terpaksa mengukur dan membuat tanda menggunakan masking tape kerana saiz gelanggang dodgeball lebih kecil sedikit berbanding gelanggang futsal. Bermandi peluh aku malam tu. Coach Khai juga membuka Gym Dodgeball di Sunway Extreme Park setiap hari Jumaat. Kadar bayaran yang dikenakan cuma RM180 untuk 8 minggu.
Sessi regangan bersama Coach Khai
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan berlawan secara liga
Kumpulan aku Kumpulan 2
Gambar kenangan

Isnin, 17 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Cycling @ Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Pada hari Ahad baru ni, 16 Februari 2014, team Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong berkesempatan mengadakan aktiviti berbasikal.  Memandangkan kebanyakan ahli tidak mempunyai basikal, kami memilih kawasan yang mempunyai kemudahan sewaan basikal iaitu Taman Botani Putrajaya. Aku pernah ke sini tapi sekadar berjalan kaki dan tak bawa basikal. Kawasan ni berbukit-bukit tapi tidaklah begitu besar seperti yang aku bayangkan sebelum ni.
Seawal 8.00 pagi, beberapa ahli sudah beratur di kaunter sewaan basikal. Aku pernah membaca beberapa review yang negatif berkenaan kemudahan sewa basikal di Taman Botani ni. Ramai pengunjung yang datang dari jauh berasa hampa kerana tak dapat menyewa basikal walaupun telah membuat tempahan awal. Mujur Cik Kila sampai awal dan beratur di hadapan sekali untuk menyewa basikal, jadi, kesemua ahli yang tidak mempunyai basikal dapat menyewa basikal. Aku pula, seperti biasalah, dengan si hitam ORBEA kesayangan aku. Kaunter sewaan basikal hanya dibuka pada jam 9.00 pagi, tetapi seawal jam 8.00 pagi, orang ramai telah penuh beratur di hadapan kaunter. Kadar harga sewa basikal ialah RM4/jam untuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Pada hari Isnin-Jumaat kadar sewanya cuma RM2/jam.
Tiga orang ahli lain menyewa basikal di Kelab Tasik Putrajaya. Dari Kelab Tasik Putrajaya Presint 8, mereka berkayuh ke Taman Botani. Wah.. korang dah bakar kalori awal-awal ye. Suasana di Taman Botani ni memang nyaman dan berangin. Aku pernah berkawuh di Wetland Putrajaya, suasana di sana lebih panas, takde angin mana syok. Nama pun Taman Botani, for sure banyak spesies pokok-pokok yang jarang ditemui dan sangat cantik. Kayuhan banyak berhenti untuk bergambar kerana kawan-kawan terlalu obses dengan keindahan taman ni. 
Di sini juga ada tasik yang cantik. Macam empangan. Kami berhenti di kawasan seperti sebuah bulatan di sebelah empangan...syok.. Di taman ni juga terdapat landskap ala-ala 'teletubies'. Anak-anak aku masa datang ke sini sebelum ni pun suka main-main di bukit-bukit ala 'teletubies' ni. Si Sofia dengan berani naik dan turun bukit. Selepas puas bergambar berkayuh di Taman Botani ni, kami menuju ke Astaka Morocco yang terkenal di sini.
 
 
Semasa menuju ke Astaka Morocco @ Morocco Pavilion ni, kebanyakan kawan-kawan menapak sebab basikal dah dipulangkan ke kaunter basikal. Tak lah jauh mana pun, dalam 200 meter je. Astaka Morocco ni biasa jadi tumpuan pengantin-pengantin yang nak bergambar bajet ala-ala kat Morocco, Kalau datang hari Ahad, lebih 10 pasangan pengantin pelbagai saiz bergambar di sini dengan pelbagai gaya. Rasa nak tergelak pun ada tengok pengantin-pengantin ni bergaya pelik-pelik.
 
Di Astaka Morocco ni terdapat kawasan yang boleh dimasuki secara percuma dan ada kawasan khas yang memerlukan tiket. Tiketnya tak mahal pun, cuma RM3 je. Kawasan yang berbayar ni terdiri dari ruang-ruang ala ruang tamu. Tapi tengok macam sama je setiap bilik tu. Aku tak reti interior design, jadi tak tahu nilai seni hiasan dalaman tu ye. Kerusi pun tak banyak dalam setiap ruang tu. Banyak-banyak pun bukan boleh duduk. Tak boleh duduk, tak boleh sentuh hokaysss, jadi di bilik terakhir tu kami duduk bersila, takkan duduk bersila pun nak marah kot. Kami berbincang sikit dalam bilik tu, lagipun tiada pengunjung lain..cuma kami. Entah management takde idea nak bagi alasan supaya kami keluar, tetiba lampu utama dalam bilik tu padam.. ha ha.. nak suruh orang keluar le tu. Sebelum keluar, Pak Guard tu suruh baca ayat kat tepi pintu tu. Tulis 'sadakallahulazim'..  Rupanya ada ayat Quran sepanjang-panjang bilik-bilik tu. Aku pun tak tahu nak start baca dari mana. Atas siling ada, kat dinding ada.
 
 
 
Selesai melawat Astaka Morocco, kami seperti biasa mmebuka hidangan pot luk. Ini merupakan pot luk terakhir..hu hu..napa sedih lak ni. Pot Luk terakhir meriah sikit, ada pecal.. Chef Yus siap masak Lasagna you..kerlasss..  22 Februari 2014 depan ialah FINALE. 23 Februari 2014 pula akan diadakan pertandingan dodgeball JK1M. Selepas tu akan bermula pula Jom Kurus 1 Malaysia#2. Aku tak tahu lagi nak join ke tidak..KOMITMEN.. Untuk peserta JK1M#1 ada diskaun RM100 untuk sertai JK1M#2. Tengoklah macam mana nanti...hu hu hu..
 
 

Rabu, 12 Februari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Badminton dan Dodgeball Bersama Kevin Zahri

Assalamualaikum wbt,

Aduh.. sakit-sakit rasa kaki masa nak tidur semalam. Semalam, Rabu, 12 Februari 2014, Aktiviti Jom Kurus 1 Malaysia #Puchong ialah badminton dan dodgeball. Pernah tengok movie pasal permainan dodgeball ni. Kata Malaysia tak berapa famous amos, jadi, sempena Kevin Zahri melawat peserta JK1M#Puchong, kami diberi tunjuk ajar sikit berkenaan permainan ni.

Aktiviti malam tu diadakan di KSL Badminton and Sport Centre, Puchong Utama. Aku memang perasan KSL ni dah lama tapi tak pernah masuk. Sekali masuk, aku teruja, besar kawasan dia, bukan saja gelanggang badminton, tapi ada table tennis dan gelanggang futsal sekali. Kami bermain badminton untuk sejam, dan disambung dengan dodgeball lagi sejam. Memang berpeluh gila varvi lah main dodgeball ni. Seronok.. Layan gambar lagi ye..
Kevin Zahri main badminton
Peserta gilir-gilir main badminton dengan Kevin Zahri
Aku...
Kevin Zahri memberi penerangan cara bermain dodgeball
Aku pun nak bergambar jugak
Gambar ramai-ramai