Selasa, 24 September 2013

Restoran Pondok Malindo,Seksyen 9,Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum wbt

Jari-jari aku malam ni nak kongsi sikit pengalaman makan kat Restoran Pondok Malindo yang baru dibuka di Bangi. Lokasi restoran ni terletak di Jalan Medan Pb2b, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Yang menariknya restoran ni guna konsep jawa. Memang cantik dekorasi dalam restoran ni. Alas meja dari batik jawa. Perkakas makan pun berkonsep jawa. Bangla yang jadi pelayan pun siap pakai 'blongkon' dan baju batik jawa. Lampu yang digunakan pun klasik. Gambar2 hiasan dinding pun berkonsep jawa. Aku malu nak ambik banyak gambar,nanti orang ingat sakit jiwa pulak. Lagipun aku belum tahap bloger tegar lagi..he he he..

Aku dapat maklumat berkenaan restoran ni dari Facebook bila mantan ADUN Seri Serdang, Dato' Hj. Satim Diman promote. Restoran ni milik anak beliau.

Menu yang disediakan ala2 Restoran Ayam Penyet AP / Ayam Penyet Best. Tapi adalah tambahan makanan2 konsep jawa lain.. tengoklah gambar menu yang aku tepekkan bawah ni.. Harga pun sangat berpatutan.. Masa mula masuk,aku agak mesti harga makanannya mahal, tapi aku silap.. Tapi dari segi rasa,perlu penambahbaikan sikitlah.

Jom layan gambar2 yang sempay aku snap ni..
Inilah Restoran Pondok Malindo.
Masa aku sampai,aku park depan pintu tapi lepas tu aku aku rasa x selesa,aku alih kereta.
Cepat2 pelayan tu keluar panggil aku jemput masuk. Ramah betul. 
Masuk je restoran ni disambut dengan hiasan gong jawa..
Abangla pun pakai 'blongkon'.. aku nak panggil mas, bapak atau bai ni..
Menu appetizer.. betul ke ejaan aku ni?
Menu utama..
Ikan dalam ni katanya 'gurami', tapi yang digunakan ialah ikan talapia..
orang yg biasa gi Indon tahu Gurami tu ikan Kaloi..
Menu minuman
Air Alpukat yang aku order.. air di retoran ni dihidang dalam bekas buloh..
Sedap gak risolle ni..
Aku order Ayam Penyet..
Boboi aku pun aku orderkan Ayam Penyet gak..
Yg bahagian peha rasanya lembut tapi yang dada liat sikit..
Wife aku order 'Gurami@Talapian Terbang'.. wah namanyapun ala2 Indonesian gitu..

Order 1 set ikan dan 2 set ayam.. baru RM48.90.. OKLAH..