Jumaat, 27 Disember 2013

Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong - Prosedur Mengeluarkan 'Stent'

Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya hari Jumaat 27 Disember 2014 yang ditunggu-tunggu tiba juga. Dah tak tertanggung lagi sakitnya selagi ada 'stent' dalam ureter ni. Nasib baiklah adik ipar aku pergi kerja lewat pagi tu, jadi, bolehlah minta dia tolong hantar anak-anak aku ke taska dan terus hantar aku ke Columbia. Sampai-sampai Columbia Asia, beratur taklah panjang mana tapi lamanya, semakin sakit aku rasa, rasa nak duduk atas lantai tu dulu. Staff ramai tapi satu kaunter je buka, lepas tu terhegeh-hegeh.. Aku ni dahlah menahan sakit.

Selepas selesai urusan pendaftaran, aku di bawa ke Ruang 'Day Care' sebab aku gunakan insuran, jadi perlulah ditahan sekurang-kurangnya 6 jam di ward. Dalam kad appoinment tulis jam 8.00am, tapi jam 9.40am barulah nampak Dr.Aru baru sampai dan singgah kejap to say hallo. Aku rasa dalam jam 10 lebih baru start prosedur. Prosedur mengeluarkan stent ni dikira minor surgery je. Tak kena inject pun. Doktor cuma masukkan Lignocaine Gel kat dalam saluran 'ehek-ehek' aku tu...SENAKKKKKKK.. Lepas tu tunggu beberapa minit untuk aku rasa kebas. Kemudian 'cystoscope' dimasukkan. Sebelah aku ada monitor untuk aku tengok imej dalam ureter aku, tapi aku tak tengok.. masa operation sebelum ni pun aku tak nak tengok. Bila dah jumpa 'stent' tu, mulalah Doktor tarik perlahan-perlahan sampai keluar habis.

Takdelah sakit sangat proses keluarkan stent ni, tapi takut sebab aku ni jarang buat prosedur macam ni. Cuma masa mula-mula nak kencing lepas prosedur tu memang siksa sikit, air kencing taknak keluar sebab lignocaine tu masih ada kesan kebas, jadi reseptor aku tak sensitif pada rasa nak kencing tu. Masa  ni mulalah sakit.. perit.. Nasib baik nurse bagi ubat tahan sakit, oklah sikit. Dapatlah aku berehat. 

Alhamdulillah, lepas 'stent' ni dikeluarkan, hilanglah rasa ngilu, nyeri dan sakit yang aku rasa seminggu ni. Balik rumah terus boleh mengiring, menonggeng, peluk bantal... Syukur Alhamdulillah... Kos untuk keluarkan 'stent' ni je dah dekat 2 raban. SENANG BETUL HOSPITAL NI BUAT DUIT..

Siksanya Seminggu Dengan Stent Dalam Ureter


Assalamualaikum wbt

Sebelum ni aku ada ceritakan pasal 'stent' yang Dr. Aru masukkan dalam ureter aku kan. Memang sakit bila diletakkan stent dalam badan ni..SENAK..NGILU.. Nak tidur pun terpaksa telentang, mengiring sikit pun dah rasa sakit, apalagi kalau kena hempap dengan anak yang nak bergurau. Angkat berat sikit pun tak boleh. Lepas dukung Sofia je terasa senak dan kencing keluar darah.. Ya Allah.. sakitnya.


Ureteral Stent
ureteral stent, sometimes as well called ureteric stent, is a thin tube inserted into the ureter to prevent or treat obstruction of the urine flow from the kidney. The length of the stents used in adult patients varies between 24 to 30 cm. Additionally, stents come in differing diameters or gauges, to fit different size ureters. The stent is usually inserted with the aid of a cystoscope. One or both ends of the stent may be coiled to prevent it from moving out of place, this is called a JJ stentdouble J stent or pig-tail stent.

- Wikipedia -

Aku dijadualkan untuk keluarkan 'stent' tu pada 27 Disember 2014, tapi pada 26 Disember, jam 4ptg, tiba-tiba rasa sakit yang amat sampai pucat muka aku menahan sakit. Aku minta wife aku terus hantar ke Columbia Hospital. Sampai di Columbia, Dr. Aru takde lah pulak. Dirujuk ke MO lain, tapi MO cakap mereka tak boleh buat apa dan nasihatkan aku makan ubat tahan sakit yang Dr. Aru bekalkan sebelum ni. Dengan hampa aku balik, tapi Alhamdulillah lepas makan ubat tahan sakit (tramadol+paracetamol), ok sikit rasanya.

SEMINGGU YANG SANGAT MENYIKSAKAN...

Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri Puchong - Prosedur 'Colonoscopy' dan 'Cystoscopy'

Assalamualaikum wbt

Kolonoskopi (colonoscopy) membolehkan pakar perubatan melihat seluruh bahagian usus besar apabila kolonoskop (colonoscope) dimasukkan melalui rektum (dubur). Indikasi untuk menjalani pemeriksaan kolonoskopi adalah seperti berikut :-
  • Pendarahan dari rektum (darah bercampur dengan najis).
  • Masalah sistem penghadaman seperti ceret-beret, sembelit dan sakit perut.
  • Sejarah keluarga yang menghidap kanser usus besar atau sebagai 'screening' untuk pesakit berumur > 50 tahun.
  • Untuk mengenalpasti sebab-sebab ceret beret yang berlanjutan.
  • Untuk mengenalpasti penyakit Crohn's, Colitis atau Ulcerative Colitis.
  • Seseorang yang pernah menghidap penyakit polip usus besar.
Proseder Kolonoskopi 
Sebelum menjalani prosedur ni, aku terpaksa berpuasa, hanya minum air putih saja. Aku juga diminta minum 'fleet' sejenis ubta untuk bersihkan colon/ usu besar. Lepas minum fleet ni, dekat 15 kali aku masuk tandas sampailah tiada najis solid yang keluar, hanya air yang berwarna kuning, itu bermakna dah bolehlah mulakan prosedur kolonoskopi ni. Rasa ubat ni macam air kelapa yang sangat pekat. Masin dan manis sangat-sangat. Siksa nak menelannya.


 Hasil colonoscopy mendapati tiada sebarang folip atau apa-apa keradangan dalam usu aku. Doktor kata semuanya normal, cuma terapat hemoroid kecil yang menyebabkan pendarahan semasa buang air besar. Aku terus di bawa ke Bahagian Radiologi untuk Computer Tomographic Scan (CT Scan).
Colonoscope untuk prosedur colonoscopy
Masa menjalani CT Scan ni, Allah saja yang tahu siksa yang aku rasakan. Sebelum masuk ke Bilik CT Scan, aku diberi sejenis 2 botol air (saiz air mineral botol kecil) minuman yang mengandungi ubat. Rasanya pun memualkan. Apabila masuk ke Bilik CT Scan, sejenis cecair dimasukkan ke dalam dubur yang bertujuan sebagai pewarna. Beberapa jenis ubat juga dimasukkan ke dalam badan aku melalui IV, saluran juga dipasang pada IV aku kerana semasa pengimejan berjalan, sejenis ubat akan dimasukkan dalam badan aku secara automatik. Masa komputer masukkan ubat nilah saat paling sakit kerana ubat dimasukkan agak laju. Aku terus rasa panas dan gatal-gatal pada bahagian tekak.
Computer Tomography Scanning
Hasil CT Scan juga mendapati semua organ badan aku dalam keadaan normal, TETAPI, Dr.Muzammil mendapati terdapat batu yang sedang turun dari buah pinggang aku dan berkemungkinan inilah punca sakit yang aku alami kebelakangan ni. Dr.Muzammil merujuk aku kepada Pakar Urologi iaitu Dr. Arumuga Kumar


Kalau prosedur colonoscopy tadi meneropong usus besar melalui rektum, cystoscopy pula ialah prosedur meneropong saluran kencing melalui uretra, pundi kencing dan ureter dengan menggunakan 'cystoscope'. Prosedur ni dijalankan di Dewan Bedah (OT). Inilah pertama kali aku masuk ke Dewan Bedah.. menggigil sejuk dan ketakutan.. Aku diberikan 'under spinal anesthesia' yang buat aku kebas dari dada ke bawah. Nak batuk pun tak boleh. Nasib baik Dr.Anesthesia tu baik.. sentiasa bagi support kat aku sepanjang prosedur berjalan. Prosedur ambil masa 30 minit juga, Dr. Aru (Urologist) maklumkan pada aku yang dia tak jumpa batu tu walaupun dah cuba masukkan 'cystoscope' sejauh yang boleh, jadi beliau pasang 'stent' dalam ureter untuk mudahkan batu tu keluar kemudian, jika ada.

Cystoscopy
Cystoscopy (si-ˈstäs-kə-pē) is endoscopy of the urinary bladder via the urethra. It is carried out with a cystoscope.
The urethra is the tube that carries urine from the bladder to the outside of the body. The cystoscope has lenses like a telescope ormicroscope. These lenses let the physician focus on the inner surfaces of the urinary tract. Some cystoscopes use optical fibres(flexible glass fibres) that carry an image from the tip of the instrument to a viewing piece at the other end. Cystoscopes range from pediatric to adult and from the thickness of a pencil up to approximately 9mm and have a light at the tip. Many cystoscopes have extra tubes to guide other instruments for surgical procedures to treat urinary problems.
There are two main types of cystoscopy — flexible and rigid — differing in the flexibility of the cystoscope. Flexible cystoscopy is carried out with local anaesthesia on both sexes. Typically, a topical anesthetic, most often xylocaine gel (common brand names are Anestacon and Instillagel) is employed. The medication is instilled into the urethra via the urinary meatus five to ten minutes prior to the beginning of the procedure. Rigid cystoscopy can be performed under the same conditions, but is generally carried out under general anaesthesia, particularly in male subjects, due to the pain caused by the probe.
 -Wikipedia -

Selesai operation aku diletakkan di bahagian recovery untuk beberapa minit sampai nafas dan nadi aku stabil. Bila dah stabil barulah dibawa naik ke ward. Wife aku tunggu di ward. Kesan under spinal anesthesia masih ada dan hanya kan hilang selepas 7 jam. Jadi dalam tempoh 7 jam tulah kaki aku tak boleh bergerak. Kencing pun terpaksa guna catheter (CBD). Sampai jam 10pm wife aku temankan. Yelah..tak boleh bergerak.. dahlah puasa dari pagi, terpaksa wife aku suapkan makan. Tiba-tiba aku rasa semacam kat punggung aku. Suruh wife cek rupanya aku dah bowel open (berak). Dalam keadaan under spinal, memang kita tak rasa nak berak, tau-tau dah terberak. Aduh..insaf aku.. macam ni rasanya orang sakit lumpuh.. Ya Allah.. jauhkanlah..

Selepas 2 hari pembedahan ureteroscopy, barulah aku dapat balik. Dr. Aru bagi appoinment seminggu kemudian untuk buka stent. Nanti aku ceritakan pengalaman seminggu dengan stent dalam ureter.. bye..


Isnin, 23 Disember 2013

Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong - Admitted

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ni aku rasa lain macam je pada bahagian kiri abdomen bawah rusuk. Tambahan pulak ada beberapa kali najis aku berdarah. Jadi aku pergilah ke Columbia Asia Puchong di Bandar Puteri. Doktor yang merawat aku masa tu ialah Dr. Mohd Muzammil. Beliau cadangkan aku jalani prosedur colonoscopy untuk siasat kalau-kalau ada folip atau hemaroid dalam usus aku. Tapi prosedur ni memerlukan aku untuk admit ward. Syukur aku ada mencarum dalam Prudential  BSN Takaful. Jadi, selepas pihak hospital dapat pengeshan dari insuran, aku diberi pilihan samada nak masuk ward singgle, twin atau quad. Polisi aku cuma cover RM100 untuk ward, jadi aku hanya layak untuk dapat bilik quad yang berharga RM85 tidak termasuk cukai. Tapi aku pilih bilik double yang harganya RM120, baki RM20 sehari tu terpaksalah aku bayar sendiri.
Maka bermulalah episod aku di ward. Prosedur pertama yang dilakukan oleh jururawat ialah memasang Intra Vena (IV) pada tangan aku. Tujuan IV ni dipasang ialah untuk memasukkan ubat. Semua ubat termasuklah controloc yang biasanya aku makan dalam bentuk pil, tapi di sini dimasukkan secara Intra Vena. Memancut-mancut juga darah, nampak yang jururaat ni tak berapa mahir lagi. Kebanyakan jururawat di sini nampaknya jururawat muda.
Kemudian, barulah wife aku sampai bawa baju dan keperluan lain. Selain tu, aku minta wife aku bawa juga cop penghulu sebab sebagai Penghulu ni, walau cuti ke, sakit ke, orang tetap cari. Pernah dulu masa Pakcik aku meningal, masa tu aku di tanah perkuburan, ada public call, aku cakap aku di kubur sebab pakcik aku meninggal. Public ni bukannya nak kata 'Innalillahiwainnalillahilaihirajiun' ke.. boleh di buat macam tak faham je, lagi nak cakap banyak, macam marah.. tanya 'habis, saya nak cari siapa ni?'.. aduhai... Kadang-kadang aku sakit, demam teruk pun sesetengah public ni macam memaksa. Jadi, masa di ward ni pun aku bawa lah cop, kalau ada urusan yang penting tu, aku minta publics datang lah ke Hospital Columbia. Selagi aku boleh bantu, aku cubalah bantu, tapi kalau aku dah tak boleh nak bangun, tolonglah faham.
Sepanjang aku di tahan di ward ni, makanan untuk pesakit lebih kepada western. Kalau minta nasi pun, lauknya ala-ala western. Kalau nasi lauk ayam, ayam tu berkuah ala-ala stroganoff. Ikan pulak bersos ala-ala bolognese. Tapi oklah, boleh masuk tekak aku
Sepanjang 6 hari kena tahan di ward, aku rindu sangat dengan anak-anak aku. Walaupun sesekali mereka datang, tapi aku tetap rindu yang teramat-amat. Sampai jadi stress sebab terlalu rindu pada anak-anak. Nasib baik hospital ni benarkan budak-budak naik melawat. Kalau tak jumpa langsung anak-anak, tak tahulah..

Selasa, 10 Disember 2013

Majlis Jamuan Teh Sempena Ulangtahun Ke-68 Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, bersempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-68 DYMM Sultan Selangor pada 11 Disember 2013 (11-12-13), aku dijemput untuk menghadiri Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang. Acara ni memang acara yang diadakan setiap tahun, cuma kali ni urusetia membuat beberapa perubahan terutamanya dari susunan tempat duduk yang mana kali ni tetamu akan duduk di meja bulat dan makanan dihidang dalam 'dome'. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana makanan dihidang secara buffet dan tetamu makan tanpa meja, nama pun minum petang kan. Selain tu, tahun ni jumlah tetamu dikurangkan hampir 50% daripada tahun-tahun sebelumnya.
Aku dan Panel Penasihat Klinik Batu 14, Puchong
Selain dari JKKK, kali ni aku bawa isteri dan kawan-kawan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong iaitu, Kak Praba, Kak Rozie, Wan dan Mamu Char Kuew Teow Puchong. Seronok sesekali dapat berkumpul dengan kawan-kawan dalam suasana begini. Secara tak langsung, kawan-kawan juga dapat melihat sendiri bagaimana majlis berprotokol istana berlangsung. Tak banyak aku nak ceritakan di sini. Biarlah gambar-gambar yang aku lampirkan ni BERBICARA..
Kak Praba dan Kak Rozie
Ketua-Ketua Komuniti India Daerah Petaling
Kumpulan Pancaragam TLDM.. Untuk Majlis ni, depa main Lagu Selangor je..
Kumpulan Gelombang Biru TLDM
Pentas Di Raja
Barisan EXCO dan ADUN berbaris menyambut keberangkatan Tuanku
Kumpulan yang mengiringi keberangkatan Tuanku
Persembahan tarian
Duduk di sebelah kiri Tuanku ialah kerabat manakala disebelah kanan ialah ex-officio
Persembahan lagi..
DYMM berkenan memotong dan menjamah 'pulut kuning' 
Majlis santapan dimulakan

Persembahan seni Gelombang Biru sempena tetamu menikmati hidangan
DYMM Tuanku berkenan bersalaman dengan tetamu yang hadir
Berbaju biru tu ialah YDH Dato' Haji Imran iaitu Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Petaling
Set santapan Tuanku.. simple je kan
Pulut Kuning
Kami dapat menjamah Pulut Kuning.. tapi dah minta izin terlebih dahulu yer..
Bergambar di Pentas Di Raja
Gambar lagi..
Lagi-lagi bergambar
Adik-adik penari tadi
Taman Mahkota
Kolam air pancut
Galeri koleksi kereta-kereta Tuanku
Koc keretapi dan caravan yang digunakan oleh DYMM Almarhum Sultan Selangor sebelum ini.

Rabu, 4 Disember 2013

Jalan-Jalan Ke Miri - Pulang Ke Semenanjung

Assalamualaikum wbt

Pagi 2 Disember jam 4.00 pagi, aku kejut wife bersiap-siap, risau terlewat sampai airport sebab penerbangan kami adalah pada jam 6.20 pagi dengan pesawat MAS MH2551. Rasa sedih pulak nak tinggalkan family adik ipar ni sebab layanan yang diorang berikan pada kami cukup baik. Sebelum keluar, mereka siapkan air minum dulu. Dari Lutong kami melalui jalan bypass ke airport. Sampai di airport jam 5 pagi dan terus ke kaunter check in. Aku tak sempat buat web check in sebab web check in MAS hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum terbang. Lainlah Air Asia yang boleh buat 14 hari awal. Jadi aku tanya di kaunter Enrich Mas Wing, tak mesra pelanggan langsung staff kaunter tu. Mentang-mentanglah aku ni bukan penumpang Business Class, cakap sambil lewa je. Kemudian aku tengok seorang makcik bertanya kat kaunter yang sama, sama juga layanan sambil lewa petugas tu..cis..bedebah kau.. 
Macam mengantuk je.. macam blur je..
Pesawat pulang pagi tu menggunakan Boeing 737-800 baru.. fuhh.. selesa betul.. cantik.. siap ada monitor dan boleh tengok movie lagi. Alhamdulillah, penerbangan balik berjalan lancar. Cuaca buruk tu biasalah sekali sekala, takde lah teruk sangat. Ini mungkin bukan kali terakhir aku ke Miri-Brunei. InsyaAllah di lain masa, ada rezeki, ada umur, aku akan kembali ke sini. Orang Miri memang baik-baik belaka dan sudi beri pertolongan . Berapa kali aku bertanya orang tempatan kat tepi jalan, ok je mereka bagi panduan. Berbeza dengan Brunei, aku berhenti nak bertanya, terus orang tu lari kata tak tahu apa..
Canggih gak pesawat Boeing 737-800 baru ni.
Anak-anak pun dah tak meragam takut naik kapal terbang. Masa mula-mula nai pergi Langkawi hari tu, Hamzah muka cuak jugak. Kali ni macam takde apa dah dia. Sofia pun ok je.. Sepanjang penerbangan balik ni Hamzah dan Sofia tertidur sebab keletihan beberapa hari. Lagi pun, mana tak ngantuk,jam 4 pagi dah kena bersiap. Next vacation ialah Padang-Bukittinggi pada pertengahan Januari depan. Trip Padang-Bukittinggi ni InsyaAllah akan disertai ramai sikit ahli keluarga. Harap-harap janganlah gempa bumi kat Padang tu.. Amin.
Hamzah terlopong tengok penerangan keselamatan pesawat..


Jalan-Jalan Ke Miri Hari Ke Tiga

Assalamualaikum wbt

Dari Taman Buaya, kami terus ke Pusat Bandar Miri. Tempat yang dituju adalah Miri Handicraft Centre yang menjual pelbagai barang kraftangan. Kami nak cari fridge magnet, tapi malangnya apabila sampai, aku tengok 90% barangan yang dijual di Pusat Kraftangan ni bukanlah berasal dari Miri, sebaliknya kebanyakan produk yang dijual adalah produk Kuching. Nak cari baju Miri pun tak banyak pilihan, harganya pun mahal. Baju yang aku beli berharga RM38, biasanya baju-baju cenderahati ni harganya tak sampai RM20 pun. Tapi seperti yang aku cakap sebelum ni, Miri bukanlah bandar pelancongan. Kalau ada pelancong pun, rata-rata dari Brunei yang datang membeli belah sebab nilai mata wang mereka lebih tinggi.
Miri Handicraft Centre
Fridge magnet yang dijual pun kebanyakannya bertulis Kuching, aku tak berminat nak beli FM Kuching. Produk makanan yang dijual adalah 'tabaloi' yang aku pernah beli di Kuching dulu. Tiada orang menjual kek lapis di sini, sangat mendukacitakan.
Kain batik yang dijual berharga RM30 ke atas.. kualiti biasa-biasa je..
Gambir Sarawak yang banyak dijual di Kuching juga dijual di sini
Dapat bergambar dari jauh pun jadilah..
Kami meneruskan perjalanan ke Miri Marina Bay untuk bergambar dengan SeaHorse Light House yang merupakan tempat menarik di Miri. Malangnya Marina Bay ni dah ditutup dan keadaannya macam dah lama terbiar. Tapi dari jauh masih boleh dapat lihat Rumah Api Kuda Laut tu.

Ditutup kepada orang awam
Menikmati tiupan angin Laut China Selatan yang mendamaikan
Sunset
Hamzah dan Sofia bergambar berlatarkan kapal tua
Ramai orang yang melepak di sini sebab sunset di sini cantik juga. Tapi kami tak boleh menunggu sunset. Kami perlu pergi ke The Grand Old Lady yang merupakan telaga minyak pertama di Sarawak. Ia merupakan tempat memproses minyak yang bersejarah di Sarawak.
Bergambar di hadapan Kapsul Masa yang mengandungi Buku Cenderamata Perayaan Pergisytiharan Bandaraya Miri, Surat Khabar Tempatan dan pelbagai dokumen bercetak yang akan dibuka pada 20 Mei 2105
Sampai je The Grand Old Lady yang terletak di atas bukit yang dinamakan Canada Hill, cuaca dah mula nak gelap, Muzium Petroleum pun dah tutup. Takpe, mungkin satu masa nanti aku akan datang kembali ke Miri. Adik aku pun dah selamat berkahwin dengan orang Miri. Pak Ngah dan Mak Ngah pun ada di Brunei. Insyaallah, lain kali boleh datang lagi dan tebus tempat-tempat yang tak sempat kami lawati sebelum ni.
Semua yang datang sini mesti ambil gambar gini kan.. aku nak jugakkk..
Muzium dah tutup
Permandangan Bandaraya Miri
Di atas Bukit 'Canada Hill' ni juga merupakan tempat orang tempatan berjogging. Lari naik bukit lagi banyak kalori boleh terbakar kan. Dari atas bukit ni juga, kita dapat lihat permandangan Bandar Miri. Suasana lebih cantik waktu malam tapi aku tak tunggu sampai malam. Gila ke apa dengan anak-anak kecik ko nak tunggu sampai malam. Kali terus pulang ke rumah adik ipar sebab esok kami akan balik ke Semenanjung dengan penerbangan awal pagi.

Kami makan malam di Sugar Bun E-mart. Yang jaga kaunter pun pakai seluar pendek. Tapi since aku dah masuk dan kepenatan, beli jugalah makana. Anak-anak pun dah lapar. Lagipun ramai orang Islam yang makan di Sugar Bun tu. Ada certificate Halal lagi. Semoga Allah melindungi aku dan keluarga dari makan benda yang haram.