Isnin, 23 Disember 2013

Hospital Columbia Asia, Bandar Puteri, Puchong - Admitted

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ni aku rasa lain macam je pada bahagian kiri abdomen bawah rusuk. Tambahan pulak ada beberapa kali najis aku berdarah. Jadi aku pergilah ke Columbia Asia Puchong di Bandar Puteri. Doktor yang merawat aku masa tu ialah Dr. Mohd Muzammil. Beliau cadangkan aku jalani prosedur colonoscopy untuk siasat kalau-kalau ada folip atau hemaroid dalam usus aku. Tapi prosedur ni memerlukan aku untuk admit ward. Syukur aku ada mencarum dalam Prudential  BSN Takaful. Jadi, selepas pihak hospital dapat pengeshan dari insuran, aku diberi pilihan samada nak masuk ward singgle, twin atau quad. Polisi aku cuma cover RM100 untuk ward, jadi aku hanya layak untuk dapat bilik quad yang berharga RM85 tidak termasuk cukai. Tapi aku pilih bilik double yang harganya RM120, baki RM20 sehari tu terpaksalah aku bayar sendiri.
Maka bermulalah episod aku di ward. Prosedur pertama yang dilakukan oleh jururawat ialah memasang Intra Vena (IV) pada tangan aku. Tujuan IV ni dipasang ialah untuk memasukkan ubat. Semua ubat termasuklah controloc yang biasanya aku makan dalam bentuk pil, tapi di sini dimasukkan secara Intra Vena. Memancut-mancut juga darah, nampak yang jururaat ni tak berapa mahir lagi. Kebanyakan jururawat di sini nampaknya jururawat muda.
Kemudian, barulah wife aku sampai bawa baju dan keperluan lain. Selain tu, aku minta wife aku bawa juga cop penghulu sebab sebagai Penghulu ni, walau cuti ke, sakit ke, orang tetap cari. Pernah dulu masa Pakcik aku meningal, masa tu aku di tanah perkuburan, ada public call, aku cakap aku di kubur sebab pakcik aku meninggal. Public ni bukannya nak kata 'Innalillahiwainnalillahilaihirajiun' ke.. boleh di buat macam tak faham je, lagi nak cakap banyak, macam marah.. tanya 'habis, saya nak cari siapa ni?'.. aduhai... Kadang-kadang aku sakit, demam teruk pun sesetengah public ni macam memaksa. Jadi, masa di ward ni pun aku bawa lah cop, kalau ada urusan yang penting tu, aku minta publics datang lah ke Hospital Columbia. Selagi aku boleh bantu, aku cubalah bantu, tapi kalau aku dah tak boleh nak bangun, tolonglah faham.
Sepanjang aku di tahan di ward ni, makanan untuk pesakit lebih kepada western. Kalau minta nasi pun, lauknya ala-ala western. Kalau nasi lauk ayam, ayam tu berkuah ala-ala stroganoff. Ikan pulak bersos ala-ala bolognese. Tapi oklah, boleh masuk tekak aku
Sepanjang 6 hari kena tahan di ward, aku rindu sangat dengan anak-anak aku. Walaupun sesekali mereka datang, tapi aku tetap rindu yang teramat-amat. Sampai jadi stress sebab terlalu rindu pada anak-anak. Nasib baik hospital ni benarkan budak-budak naik melawat. Kalau tak jumpa langsung anak-anak, tak tahulah..