Selasa, 3 Disember 2013

Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum wbt

Pada hari kedua di Brunei, aku bangun lebih awal sebab dah dapat pengajaran di Miri hari sebelum tu, jam 6 pagi di Brunei, matahari dah mula naik. Jadi aku kejutkan wife untuk siapkan beg sebab akan pulang ke Miri pagi tu. Tapi sebelum pulang ke Miri, kami berhasrat nak melawat sekitar Bandar Seri Begawan, kali ini ditemani oleh Pak Ngah dan Mak Ngah. Hentian pertama ialah Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Kompleks ni ilham dari Putrajaya rasanya. Sempatlah pose depan Jabatan Perdana Menteri Brunei ni. Sama juga seperti di Malaysia, di Brunei, bangunan Jabatan Perdana Menterinya ada 2 buah. Ini adalah kompleks yang utama. Di Brunei, Perdana Menterinya ialah Sultan Brunei sendiri. Bak kata Pak Ngah, Brunei ni kiranya Sultan Brunei punyalah. Di Brunei tiada Pilihan Raya, semua Menteri dilantik oleh Sultan sendiri.
Jabatan Perdana Menteri Brunei
Haruslah bergambar khennn..
Di hadapan Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei

Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja
BANGUNAN Alat-Alat Kebesaran Diraja atau dikenali dengan nama Inggerisnya sebagai The Royal Regalia Building (RRB) mula dibuka rasmi pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam.
Bangunan ini merupakan bangunan yang mempamerkan sebahagian besar Alat-Alat dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun-temurun zaman-berzaman sebagai lambing kebesaran Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Bahkan reka bentuk Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja ini juga turut menggabungkan ciri-ciri Konsep Melayu Islam Beraja dan telah menjadi salah satu mercu tanda di Bandar Seri Begawan, ibu negeri negara ini."


Pelita Brunei, Wednesday, 20 November 2013
Oleh: Ak. Jefferi Pg. Durahman 


Dewan utama Royal Regalia Building
Seterusnya kami singgah di Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei. Masuk ke Galeri ni adalah percuma. Masuk je terasa sejuk nyaman, rasa nak berguling je atas karpet tu. Anak-anak aku apa lagi, berlari ke sana ke mari, berguling-gulingan sampai kena tegur dengan makcik-makcik yang bertugas di bangunan tu.
Dalam bangunan ni, segala beg kena simpan dalam locker. Tak boleh ambil gambar dalam galeri ni kecuali di ruang utama saja. Bangunan ni cukup besar sampai aku tak dapat nak tengok keseluruhan pameran yang ada sebab mengejar anak-anak. Antara yang dipamerkan termasuk hadiah-hadiah persembahan kepada Sultan Brunei, sejarah keluarga dan alat-alat kebesaran yang semuanya keemasan.
Selepas puas melawat mana yang terdaya, kami terus ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang berdekatan. Masjid ni boleh dikatakan mercu tanda utama Brunei lah. Dikatakan kubahnya bersalut emas. Jubin-jubin di tempat wuduk pun dicat warna keemasan sampai silau nak berjalan dek pancaran matahari. Sempat aku iktikaf sekejap dalam masjid ni. Syukur kerana diberi peluang. Dalam masjid ni tak dibenarkan ambil gambar. Saiz dewan solat masjid ni taklah besar sangat, sama macam Masjid Putra kat Putrajaya tu, hiasan dalam masjid ni agak klasik dan ada kerosakan yang menunjukkan masjid ni dah lama.
 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (Jawi: مسجد سلطان عمر علي سيف الدين) ialah salah satu masjid di Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien diiktiraf oleh penduduk Brunei sebagai salah satu mercu tanda Brunei.
Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei.
Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.

-Wikipedia-


Cuaca panas.. berteduh kejap sebelah tempat wuduk
Jam dah hampir jam 11 pagi. Kami perlu segera pulang ke Miri untuk hadir Kenduri Kahwin adik aku. Jadi kami beritahu Mak Ngah dan Pak Ngah untuk pulang terus ke Miri. Pak Ngah suruh kami ikut aje dia dari belakang. Dalam perjalanan tu aku lalu Masjid Jamek Hassanil Bolkiah, tapi x sempat nak singgah sebab dah lewat.
Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
Tak sangka pulak Pak Ngah dan Mak Ngah hantar kami sampai ke Tutong, separuh perjalanan dah. Dalam 50km lagi dah boleh sampai Miri. Pak Ngah ajak kami berhenti rehat di Restoran Haji K.K.Koya dan Anak-Anak. Kata Mak Ngah, rojak di sini adalah yang terbaik kat Brunei.
Restoran Haji K.K. Koya dan Anak-Anak
Dah kata rojak terbaik, haruslah aku cuba. Pada aku biasa je kot. Mungkin kat Brunei, rojak ni yang terbaik, tapi kalau di Malaysia, banyak ,lagi rojak yang sedap Aku pun tak pasti berapa harganya sebab Pak Ngah yang bayar semua.
Rojak popular di Brunei
Lepas habis sepinggan rojak, aku nampak ada kuih berbalut dalam kertas coklat. Tertulis kat situ, 'Madu Kasirat', macam sedap je.. macam best je.. macam nak try je.. Aku cuba le ambil satu, Mak Ngah kata nak makan kuih tu kena cubit sikit-sikit. Buka je balutan, aku nampak kuih ni macam 'wajik sirat' kat semenanjung. Tapi bila cubit dah rasa, kuih ni lebih berderai dan bukan pejal macam 'wajik sirat'.. rasanya pedas dan berrempah. Boleh memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah, kata Pak Ngah. Aku tak boleh makan kuih ni, aku ada high blood, takut badan panad kot jadi apa-apa. Dah lah jauh beribu kilometriko dari rumah.
Madu Kasirat
Lepas selesai makan, kami pun bersalam-salamlah nak berpisah. Rasa sedih pulak aku rasa tetiba. Padahal baru je kenal dengan Pak Ngah. Sedih sebab layanan Pak Ngah dalam tempoh 24 jam kami bersama sangat baik. Bilik tempat kami tidur di rumah Pak Ngah xde kipas, Pak Ngah siap beli kipas baru supaya nak pastikan kami selesa. Sedih gak nak berpisah dengan anak Pak Ngah yang bongsu si Haikal. Haikal ni sindrom, tapi cerdik. Tak putus-putus gelak dek keletah Haikal sepanjang berada di rumah Pak Ngah.

Kami pun teruskan perjalanan pulang ke Miri, Alhamdulillah keadaan di Imigresen tenang, tak banyak kereta seperti hari sebelumnya yang aku lihat. Urusan pulang berjalan lancar. masuk je ke Sarawak, dapat line Maxis semula. Aku call Farah tanya pasal kenduri sebab akmi nak terus ke kenduri tu. Rupa-rupanya aku tersilap. Kenduri dah selesai. Budaya di Sarawak, seperti di Brunei juga, kenduri kahwin, tetamu akan makan sekali makan. bukan beruncit-runcit macam di Semenanjung. Kenduri bermula jam 10pagi - 12 tengahari saja. Lepas tu dah tiada tetamu yang datang. Jadi aku terus ke Taman Buaya bawa anak-anak bini yang dah siap berbaju kurung.