Ahad, 24 November 2013

Lauk Meja Pengantin Sempena Majlis Perkahwinan Wahidah & Suhadi

Assalamualaikum wbt

Nampaknya dah mula rasa malas nak update blog. Banyak perkara berlalu tanpa sempat aku update dalam blog ni. Ahhh.. lantak le.. sibuk le kebelakangan ni.. Nipun sebab aku dah upload gambar awal-awal dan simpan sebagai draf, nak xnak, jari-jari aku gagahkan juga untuk bersuara..

Pada 16 November baru ni, Syukur Alhamdulillah, adik aku selamat diijabkabulkan. Dengan orang jauh di sinun.. Miri, Sarawak. Punyalah gabra adik ipar aku ni, sampai 3 kali lafaz, siap ada insiden kelakar lagi. Majlis kenduri ni kami buat ringkas je, tapi Alhamdulillah..meriah.. Jamuan disediakan oleh katerer dari Sungai Kantan. Rezeki adik aku, ada kawan mak aku sponsor pulak rendang daging dengan acar buah.

Untuk lauk pengantin, aku buat sendiri.. jangan tak caya ye.. Ingat aku xleh buat? Bukan apa, katerer kenakan surcaj RM500 untuk lauk pengantin, jadi, daripada buang duit, baik buat sendiri, bukan susah pun. 
Inilah lauk pengantin hasil kerastangan aku.. he he he
Aku bukan ada pengalaman pun buat lauk pengantin ni. Tapi nak jimat punya pasal, aku pun meng'google' belajar gubah lauk pengantin ni. Soal menu, xdelah aku masak ayam golek pengantin dengan ikan bawal masak merah yang biasa orang buat tu.
Udang Panjat Nanas
Udang Panjat Nanas ni kira lauk yang paling spesel bagi aku. Biasanya kat mana-mana majlis kahwin, udang ni licin dulu. Tak sah meja pengantin kalau xde Udang Panjat Nanas ni. Jadi, Udang Panjat Nanas ni yang mula-mula sekali aku buat, sebab risau tak jadi. Udang tu aku gunakan udang harimau. Aku goreng kunyit je pun. Aku sekalikan dengan telur puyuh. Sesetengah orang akan hidang telur puyuh dalam gubahan lain, tapi aku sekalikan je.
Ayam Golek
Ayam Golek pun merupakan menu wajib ada atas meja pengantin Melayu. Aku cari gak resepi ayam golek ni dalam google, tapi fikir punya fikir, bila masalah aku nak menggolek ayam ni nanti. Akhirnya aku buat keputusan beli Ayamas je, pastu gubah ala-ala gubahan rindu puisi syahdu.. Mula tu risau gak sebab adik aku cari ayam ni xde lagi, katanya jam 11 pagi baru ada..alamak.. parah.. Aku suruh dia beli ayam kat The Chicken Rice Shop atau beli je ayam panggang kat Tesco Saujana Impian tu. Alhamdulillah, adik aku balik dengan Ayam Panggang Percik Ayamas. Nasib baik..
Ikan Talapia Berlada
Untuk menu ikan lak, aku gantikan ikan bawal dengan ikan talapia. Bukan apa, musim hujan ni susah nak cari ikan yang fresh. Puas aku cari kat Pasar Borong Seri Kembangan, yang ada cuma saiz kecil. Sampailah pagi Sabtu tu hari nikah tu, aku cakap dengan adik yang nak ke pasar Kajang, kalau xde bawal, beli je ikan talapia yang besar tu, yang jual hidup-hidup tu. Ikan talapia ni Mak Lang aku tolong masakkan, aku tak cukup tangan.
Buah-buahan
Ada beberapa idea untuk hidang buah ni sebenarnya. Mulanya aku nak buat ala-ala taman bunga, tekapkan buah tu dengan penerap kuih corak bunga, cucuk dengan lidi dan susun le ala Taman Bunga. Tapi xde le pulak penerapnya. Last aku guna style tradisional iaitu buat bebola tembikai. Tembikai tu aku gubah bentul stroller, Semoga cepat Pengantin dapat baby..Amin..
Sessi Makan Beradab
Alhamdulillah, berjaya juga aku mencabar diri aku buat Hidangan Pengantin ni. Bukan le aku ni minat buat benda gini, apatah lagi nak berniaga. Cuma aku memang ada motto.. 'Apa yang orang lain boleh buat, aku pun boleh buat'.. Walaupun xdelah nampak profesional mana hidangan aku ni, tapi yang penting..aku puas hati.. ha ha ha..

Majlis belah keluarga lelaki akan diadakan pada 1 Disember nanti di Miri. Yesssss.. Aku anak beranak dah tak sabar nak ke Miri. Memang aku dari dulu ada rasa nak ke Miri sebab masa tu aku ada baucar Hotel Marriot Miri tu. Sampaikan aku survey kat Matta Fair tentang Miri. Rupa-rupanya, petanda aku nak beradik iparkan orang Miri. Nanti Perjalanan ke Miri harussss aku update.