Isnin, 27 Januari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : AquaLogix@Marina Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Pada 26 Januari 2014 baru ni, Team Jom Kurus 1 Malaysia Puchong berkesempatan menjalani latihan Aqualogix di Marina Putrajaya. Aqualogix merupakan program senaman dalam air yang sangat berisiko rendah untuk mendapat kecederaan. Jurulatih yang melatih kami pagi itu ialah Puan Karolina Wan Hassan yang merupakan satu-satunya jurulatih aqualogix yang bertauliah di Malaysia. Boleh tahan juga senaman ni. Kata Puan Karolina, walaupun kita tidak kelihatan berpeluh, tapi sebenarnya kita sedang membakar kalori. Puan Karolina memang mengadakan kelas di Marina putrajaya pada hari-hari tertentu.

Bergelora air kolam
Selesai sessi latihan
Berminat.. Boleh contact Karolina @ Kak K

Sabtu, 25 Januari 2014

Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri : Canopy Walkway @ Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Assalamualaikum wbt

Pada 25 Januari 2014, Team Jom Kurus 1 Malaysia Puchong sempat mengadakan aktiviti di FRIM, Kepong Selangor. Seramai 14 orang ahli menyertai aktiviti kali ini. Yang lain tak berkelapangan. Seawal jam 8.30 pagi, kami berkumpul di One Stop Centre menunggu kaunter buka. Memandangkan bilangan kami melebihi 12 orang, FRIM mewajibkan kami menggunakan khidmat guide dengan cas sebanyak RM120. Guide yang memandu arah kami pagi itu ialah Encik Wahid.
Awal-awal kena bergambar dulu
Terlebih dahulu, kami dibawa ke Muzium FRIM. Tak reti aku nak bercerita tentang muzium ni. Cerita-cerita pokok, kayu dan hutan. Tapi seronok juga tengok bahan-bahan yang dipamerkan dalam ni.
Encik Wahid memberikan penerangan
Banir Pokok Keranji.. Ingat tak pantun 'Sorong papan tarik papan'?
Perahu tradisional dari kayu
Kraftangan
Mula memasukai hutan
Pokok Janggut Adam.. baik untuk penyakit batu karang
Pokok Cengal yang berusia 60 tahun
Banir Pokok Ara
Daun Pokok Kapur tidak menyentuh satu sama lain
Selepas berjalan lebih kurang 30 minit di dalam hutan pembelajaran tersebut, kami terus menuju ke stesen 'Canopy Walkway'. Tinggi juga nak memanjat bukit untuk sampai ke stesen ini. Menurut Encik Wahid, adalah menjadi perkara biasa pelawat tidak berjaya sampai, ada juga yang pengsan. Tapi group kami mempunyai semangat yang kuat. Walaupun ada 2 orang ahli yang berasa pitam, tetapi perjalanan berjaya diteruskan sehingga sampai ke stesen tersebut.
Seperti biasa..bergambar
Stesen Canopy Walkway
Petugas memberikan taklimat
Sampai di stesen Canopy Walkway, kami diberi penerangan berkenaan peraturan menggunakan Canopy Walkway tersebut. Terdapat 3 pelantar dan setiap pelantar hanya mampu menampung kapasiti tertentu. Syok juga melalui Canopy Walkway ni. Gayat masa nak ambil gambar je sebab takut henpon terjatuh.
Laluan pertama
Permandangan dari laluan kedua
kuang kuang kuang
Masing-masing puas dapat melalui Canopy Walkway
Selepas semua peserta selesai melalui Canopy Walkway, kami menuruni bukit dan berehat di sebuah jeram. Terdapat orang asli menjual durian di kawasan tersebut. Sambil berehat, kami menjamah menu ringan. Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan untuk turun semula One Stop Center. Kawan-kawan bersetuju untuk menggunakan laluan yang lebih jauh. Encik Wahid membawa kami turun melalui Denai Engkaban.
Orang Asli menjual deroyan
Jeram
Keluar dari Denai Engkaban
Selepas sampai ke One Stop Center, maka bermulalah sessi pot luk seperti biasa. Terima kasih kepada kawan-kawan yang membawa makanan.
Sessi potluk

Jalan-Jalan Ke Padang-Bukittinggi : Tour Guide Padang-Bukittinggi

Assalamualaikum wbt

Untuk lawatan ke Padang-Bukittinggi pada 20-23 Januari 2014, aku gunakan perkhidmatan Roni Hendra. Aku banyak baca blog-blog bloger Malaysia yang melancong ke Padang-Bukittinggi. Ramai tour guide mahupun tour agent  dari Ranah Minang ni. Sebelum ni juga aku buat survey di Matta Fair PWTC berkenaan pakej-pakej Padang-Bukittinggi. Isu 'bajet' yang aku beri keutamaan. Dalam forum cari.com.my juga ada tour guide yang popular khususnya di kalangan 'kakak-kakak' dan 'makcik-makcik'. Aku cuba hubungi beberapa orang tour guide untuk dapatkan sebutharga. Sebutharga dari Roni adalah yang paling rendah. Sepanjang 4 hari 3 malam di Ranah Minang, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, aku membuat pilihan yang tepat.
Roni Hendra
Kenapa aku berpuas hati dengan perkhidmatan Roni Hendra :
  1. Cas sewaan pengangkutan dan hotel yang dikenakan adalah rendah berbanding tour guide lain. 
  2. Bayaran tip juga ditetapkan iaitu RM30 sehari untuk group aku seramai 14 orang. Jadi tak perlu lagi nak teragak-agak nak bagi berapa, terlebih ke, terkurang ke.
  3. Dari segi ketepatan masa, Pak Roni sangat menepati masa. Sepanjang 4 hari 3 malam, aku tak perlu menunggu pun kecuali pada pagi hari kedua. Itupun bukan Pak Roni yang labat, tapi kami yang cepat sangat turun. Baru jam 7.30 pagi dah siap-siap tunggu. Pak Roni datang tepat jam 8 pagi seperti yang dijanjikan.
  4. Sikap berterus terang. Pak Roni berterus terang tentang perbezaan kualiti dan harga di butik-butik.
  5. Pak Roni juga berikan penerangan yang jelas berkenaan settiap perkara termasuk 'do & dont' di sesuatu tempat.
  6. Pak Roni dah siap-siap belikan simkad Simpati. Macam tau-tau je aku nak beli simkad Indonesia.
  7. Memenuhi permintaan pelanggan. Semua tempat yang aku nak lawat, aku dapat lawat. Semua tempat yang aku nak berhenti, dia hentikan. Sesetengah tour guide suka mengelat dengan macam-macam alasan, macet lah, nenek nak beranaklah.
  8. Mudah mesra. Pak Roni mudah mesra dengan semua ahli rombongan aku khususnya ayah aku yang memang orang Minangkabau.
  9. Pak Roni ni tak berapa berkira. Masa nak beli air atau masuk tandas, dia sanggup berikan duit dia dulu sebab kita biasanya tiada duit kecil.
  10. Semasa di Tasik Singkarak, diapers Hamzah berat dan perlu ditukar. Masa nak tukar, baru perasan yang wife aku tersilap bawa diapers. Sofia punya diapers je yang ada. Aku tanya pada Pak Roni di mana ada jual 'popok bayi' (aku kan selalu tengok sinetron Indonesia.. ha ha ha). Terus co-pilot pinjam motorsikal tuan restoran di Tasik Singkarak tu untuk carikan diapers Hamzah. Alhamdulillah, dapat jenama MamyPoko yang memang Hamzah gunakan selama ni. Kalau sesetengah tour guide, agak-agaknya, nak ke dia carikan?

Aku harap Pak Roni konsisten. Jangan jadi macam sesetengah tour guide yang mula buat perangai bila dah popular. Jika berminat nak gunakan perkhidmatan Pak Roni, boleh hubungi beliau menerusi telefon, email dan facebook seperti di bawah.

Telefon : +62 813 63408670 / +62 823 82094294/ +62 752 8011522
Email : rooni_h80@yahoo.co.id

Pak Roni, Saslizam dan Pak Co-Pilot

Jumaat, 24 Januari 2014

Jalan-Jalan Ke Padang-Bukittinggi : Hari Keempat

Assalamualaikum wbt

Khamis, 23 Januari 2014, sekejap je dah sampai hari keempat. Flight kami pada jam 2.20pm. Jadi, selepas bersarapan, kami check out. Dalam perjalanan, kami singgah di Butik Annisa. Di Butik Annisa , selain menjual kain sulam, barangan cenderamata dan t-shirt juga boleh didapati di sini. T-shirt  yang dijual di sini merupakan t-shirt keluaran butik ini sendiri, jadi, coraknya tak didapati di tempat lain. Tapi harga kain sulam yang dijual di sini agak mahal iaitu Rp400,000 ke atas. Kami tak beli apapun di sini. Mak mertua aku sempat juga beli beberapa helai t-shirt.
Sebelum sampai di airport, kami singgah di Restoran Lamun Ombak sekali lagi untuk makan tengahari. Seperti biasa, makanan pilihan ialah Nasi Padang. Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke airport. Dalam perjalanan, Pak Roni memberikan beberapa tip dan gambaran proses yang perlu dilalui di lapangan terbang nanti. Antaranya ialah tentang porter, bayaran cukai lapangan terbnag dan kaunter daftar masuk bagasi.
Proses daftar masuk ambil masa yang agak lama sebab di hadapan aku ada group makcik-makcik yang kalut. Aku dah ke depan, tiba-tiba ada beberapa troli potong barisan ahli kumpulan makcik-makcik ni. Masa beratur, diorang pergi entah mana, tetiba main potong pulak. Lebih kepoh lagi ialah budak perempuan baju merah tu, kecoh betul. Dahlah ruang tu panas, macam takde aircond.

Akhirnya sampai juga giliran aku. Pemeriksaan diorang ni ketat betul. Hand luggage pun kena timbang. Tak boleh lebih 7 kilo. Jadi terpaksalah kami beli beg di kiosk airport tu. Nasib baik tak mahal, cuma Rp.40,000 je. Bagasi aku pun terpaksa dikurangkan barang dalam beg mak sebab dah lebih 40kg. Aku beli 40kg je. Nasib baiklah tak berapa banyak nak dikurangkan. Kalau tidak, terpaksalah kami buka jualan kat airport tu jual kain-kain yang tak dapat kami bawa balik.
 
 Alhamdulillah selamat sampai LCCT dekat jam 5pm. Segala urusan berjalan lancar. Cas parkir yang dikenakan selama 4 hari tu cuma RM60.00. Masa pergi hari tu rasa macam tak jauh, tapi masa balik ni, nak menapak ke SCAF tu rasa jauh sangat. Sebab penat kot. Jumla lagi..

Jalan-Jalan Ke Padang-Bukittinggi : Hari Ketiga

Assalamualaikum wbt

Rabu, 22 Januari 2014, merupakan hari ketiga kami berada di Bukittinggi. Seperti biasa, kami turun bersarapan di tingkat 2, Hotel Bunda. Menu yang disediakan ialah mee hoon (macam su'un) dan nasi goreng. Asyik makan nasi aje sepanjang lawatan ni. Aku sempat naik ke bumbung hotel merakam gambar Gunung Singgalang yang jelas kelihatan pagi tu. 

Gunung Singgalang merupakan gunung berapi yang sudah tidak aktif. Kawah gunung tersebut kini dipenuhi air dan merupakan sumber air utama bagi keperluan Bukittinggi. Bekalan air diperolehi dari telaga yang terdapat di gunung tersebut. Di hadapan Hotel Bunda terdapat Balai Bomba Bukittinggi. Setiap pagi, di kawasan lapang bersebelahan hotel terdapat peniaga yang menjual kain, telekung dan blous. Sementara menunggu ketibaan bas, sempatlah kami membeli sedikit sebanyak barang jualan mereka.
Gunung Singgalang
Balai Bomba Bukittinggi
Makcik yang pegang blous tu dari hari pertama mengikut kami
Perjalanan kami pagi itu melalui kawasan lama Bukittinggi. Kami juga melalui Koto Gadang yang merupakan kawasan pembuatan perak di Bukittinggi. Teringat pula Kota Gede di Jogja yang juga merupakan pusat kraftangan perak. Kami melalui kawasan sawah-sawah padi yang luas dan cantik. Sawah padi di sini diusahakan secara tradisional dengan menggunakan tenaga kerbau.
Sawah padi
Kami melalui selekoh yang berliku-liku seperti di Bukit Putus, Negeri Sembilan. Akhirnya kami sampai di sebuah hentian ala-ala R&R (Kawasan Rehat dan Rawat) iaitu Panorama Sungai Landia. Di sini kami dapat melihat permandangan keseluruhan sebuah kampung yang dipenuhi sawah padi.
Setiap kampung ada masjid
Omak den
Di sini juga terdapat kedai-kedai menjual kraftangan, baju, barangan kulit dan makanan ringan. Harga di sini boleh tahan murah juga. Wife aku beli baju sejuk dengan harga RM30 je..mana nak dapat kat Malaysia baju sejuk RM30. Barangan kulit pun cantik dan murah, walaupun tidak berjenama.
Baju-baju cenderamata
Kedai barangan kulit
Koleksi jaket-jaket kulit
Coffee Break Panorama Sungai Landia
Di sini juga terdapat barangan antik yang dijual pada harga yang murah. Ada mesin jahit lama, pinggan mangkuk lama dan perhiasan lama. Tapi aku tak minat dengan barangan antik, saja je cerita kat sini, manalah tahu kot ada yang berminat, bawalah duit lebih. Harga mesin jahit lama tu cuma RM200 je.
Mesin jahit lama
Perhiasan antik
Pinggan mangkuk antik
Kraftangan antik.. menakutkan..
Kami akhirnya sampai di Puncak Lawang untuk melihat keindahan Tasik Maninjau. Sejuk. Sebenarnya ada beberapa port untuk melihat Tasik Maninjau. Sebelum ini pengunjung boleh berhenti di tepi jalan sahaja intuk melihat keindahan tasik ni, tapi sekarang berhenti di tepi jalan pun kena pau dengan budak-budak kampung yang menunggu di tepi jalan. Jadi, Pak Roni kata, alang-alang semuanya berbayar, lebih baik kita pergi ke lokasi yang sememangnya berbayar dan lebih cantik permandangannya. Di Puncak Lawang, pengunjung dikenakan bayaran Rp 5,000 seorang (RM1.40). Memang tempat ni berbayar dan ada kemudahan asas, lebih baik bayar di sini daripada bayar di tempat yang tidak sepatutnya berbayar tapi diminta bayaran oleh budak-budak kampung yang malas kerja.
Mendaki Puncak Lawang melalui kebun tebu
Mak dan Mak Mertua
Permandangan Tasik Maninjau dari Puncak Lawang
LAGENDA TASIK MANINJAU
Alkisah, di sebuah daerah di Sumatra Barat ada sebuah gunung berapi yang amat tinggi bernama Gunung Singgalang(kini sbgai Gunung Tinjau). Di puncaknya terdapat sebuah kawah yang luas, dan di kakinya terdapat beberapa perkampungan. Penduduknya hidup makmur dan sejahtera, kerana mereka sangat rajin bertani. Di samping itu, tanah yang ada di sekitar Gunung Tinjau amat subur dan seperti abu gunung.

Di salah satu perkampungan di kaki Gunung Singgalang itu tinggal sepuluh orang bersaudara yang terdiri dari sembilan lelaki dan seorang perempuan. Penduduk sekitar biasa memanggil mereka Bujang Sembilan. Kesepuluh orang bersaudara tersebut adalah Kukuban, Kudun, Bayua, Malintang, Galapuang, Balok, Batang, Bayang, dan lelaki termuda bernama Kaciak. Sementara adik mereka yang paling bungsu adalah seorang perempuan bernama Siti Rasani, dipanggil Sani. Kedua orang tua mereka sudah lama meninggal, sehingga Kukuban sebagai anak sulung menjadi ketua rumah. Semua keputusan ada di tangannya.

Kesepuluh bersaudara tersebut tinggal di sebuah rumah peninggalan kedua orang tua mereka. Untuk memenuhi keperluannya, mereka mengusahakan tanah pertanian yang cukup luas warisan kedua orang tua mereka. Mereka sangat mahir bertani, kerana mereka rajin membantu ayah dan ibunya ketika keduanya masih hidup. Di samping itu, mereka juga dibimbing oleh pak cik mereka yang bernama Datuk Limbatang, yang dipanggil oleh mereka sbgai Engku.

Datuk Limbatang adalah seorang mamak di kampung itu dan mempunyai seorang putra yang bernama Giran. Sebagai mamak, Datuk Limbatang memiliki tanggungjawab besar untuk mendidik dan memerhatikan kehidupan warganya, termasuk kesepuluh anak saudaranya tersebut. Untuk itu, setiap dua hari sekali, ia berkunjung ke rumah Kukuban bersaudara untuk mengajari mereka mahir bertani dan pelbagai tata cara adat daerah itu. Datuk Limbatang jarang sekali mengajak isteri dan putranya ikut serta bersamanya kerumah anak saudaranya.

Pada suatu hari, ketika Datuk Limbatang bersama isteri dan Giran berkunjung ke rumah Bujang Sembilan, secara tidak sengaja Sani saling berpandangan dengan Giran. Rupanya, kedua pemuda dan gadis itu sama-sama menaruh hati. Giran pun mengajak Sani untuk bertemu di sebuah ladang di pinggir sungai. Dengan hati berdebar, Giran pun mengungkapkan perasaannya kepada Sani.

“Sudah lama merendam selasih
Barulah kini mau mengembang
Sudah lama kupendam kasih
Barulah kini bertemu pandang”

“Telah lama orang menekat
Membuat baju kebaya lebar
Sudah lama abang terpikat
Hendak bertemu dada berdebar”

“Rupa elok perangaipun cantik
Hidupnya suka berbuat baik
Orang memuji hilir dan mudik
Siapa melihat hati tertarik”

“Dik, Sani! Wajahmu cantik nan elok, perangai baik nan berhati lembut. Maukah engkau menjadi kekasih Abang?” tanya Giran. Pertanyaan itu membuat jantung Sani berdetak kencang. Dalam hatinya, ia juga suka kepada Giran. Maka ia pun membalasnya dengan untaian pantun.

“Buah nangka dari seberang
Sedap sekali dibuat sayur
Sudah lama ku nanti abang
Barulah kini dapat menegur”

“Jika roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya tegakkan
Jika sungguh Kanda berkata
Badan dan nyawa saya serahkan”

Alangkah senang hati Giran mendengar jawapan dari Sani. Ia benar-benar merasa bahagia kerana cintahnya bersambut. Maka sejak itu, Giran dan Sani menjalin hubungan kasih. Pada mulanya, keduanya berniat untuk menyembunyikan hubungan mereka. Namun kerana bimbang akan menimbulkan fitnah, akhirnya keduanya pun berterus terang kepada keluarga mereka masing-masing. Mengetahui hal itu, keluarga Giran dan Sani pun merasa senang dan bahagia, kerana hal tersebut dapat mempererat hubungan kekeluargaan mereka. Sejak menjalin hubungan dengan Sani, Giran seringkali berkunjung ke rumah Bujang Sembilan. Bahkan, ia sering membantu Bujang Sembilan bekerja di sawah.

Ketika musim menuai tiba, semua penduduk kampung memperoleh hasil yang melimpah. Untuk merayakan kejayaan tersebut, para pemuka adat dan seluruh penduduk bersepakat untuk mengadakan gelanggang perhelatan, iaitu berlawan ketangkasan bermain silat. Para pemuda kampung menyambut gembira acara tersebut. Dengan semangat berapi-api, mereka segera mendaftarkan diri kepada panitia acara. Tidak ketinggalan pula Kukuban dan Giran turut mengambil bagian dalam acara tersebut.

Pada hari yang telah ditentukan, seluruh peserta berkumpul di sebuah tanah lapang. Sorakan penonton pun terdengar menyokong jaguh masing-masing. Tak lama kemudian, panitia segera memukul gong menunjukan acara dimulakan. Rupa-rupanya, Kukuban mendapat giliran pertama tampil bersama seorang lawannya dari dusun tetangga. Kedua-duanya saling berhadapan di tengah gelanggang untuk saling berlawan ketangkasan. Sesiapa yang menang dalam pertarungan itu, maka dia akan melawan peserta berikutnya. Ternyata, Kukuban berhasil mengalahkan lawannya. Setelah itu, peserta berikutnya satu per satu masuk ke arena gelanggang perhelatan untuk melawan Kukuban, namun belum seorang pun yang mampu mengalahkannya. Masih ada satu peserta lagi yang belum bertarung, iaitu si Giran. Kini, Kukuban menghadapi lawan yang sama kuat. “Hai, Giran! Datanglah kalau berani!” cabar Kukuban.

“Baiklah, Bang! Bersiap-siaplah menerima seranganku!” jawab Giran dan langsung menyerang Kukuban.
Maka terjadilah pertarungan sengit antara Giran dan Kukuban. Mulanya, Giran melakukan serangan secara bertubi-tubi ke arah Kububan, namun semua serangannya mampu dielakkan oleh Kukubun. Beberapa saat kemudian, keadaan jadi terbalik. Kukuban yang balik menyerang. Ia terus menyerang Giran dengan jurus-jurus andalannya secara bertubi-tubi. Giran pun terdesak dan kesulitan menghindari serangannya. Pada saat yang tepat, Kukuban melayangkan sebuah tendangan keras kaki kirinya ke arah Giran. Giran yang tidak mampu lagi menghindar, terpaksa menangkisnya dengan kedua tangannya.

“Aduh, sakit…! Kakiku patah!” pekik Kukuban dan langsung berguling di tanah sambil menjerit kesakitan.
Rupanya, tangkisan Giran itu membuat kaki kirinya patah. Ia pun tidak mampu lagi melanjutkan pertandingan dan dinyatakan kalah dalam gelanggang tersebut. Sejak itu, Kukuban merasa kesal dan dendam terhadap Giran karena merasa telah dipermalukan di depan umum. Namun, dendam tersebut dipendamnya dalam hati.
Beberapa bulan kemudian, dendam Kukuban yang dipendam dalam hati itu akhirnya terungkap juga. Hal itu bermula ketika suatu malam, yakni ketika cahaya purnama menerangi perkampungan sekitar Gunung Singgalang, Datuk Limbatang bersama isterinya berkunjung ke rumah Bujang Sembilan. Kedatangan orang tua Giran tersebut bukan untuk mengajari mereka cara bercucuk tanam atau tata cara adat, melainkan ingin menyampaikan pinangan Giran kepada Sani.

“Maaf, Bujang Sembilan! Maksud kedatangan kami kemari ingin lebih mempererat hubungan kekeluargaan kita,” ungkap Datuk Limbatang. “Apa maksud, Engku?” tanya si Kudun bingung.
“Ya, Engku! Bukankah hubungan kekeluargaan kita selama ini baik-baik saja?” sambung Kaciak.
“Memang benar yang kamu katakan itu, Anakku,” jawab Datuk Limbatang yang sudah menganggap Bujang Sembilan seperti anaknya sendiri. “Begini, Anak-anakku! Untuk semakin mengeratkan hubungan keluarga kita, kami bermaksud menikahkan Giran dengan adik bungsu kalian, Siti Rasani,” ungkap Datuk Limbatang.
“Pada dasarnya, kami juga merasakan hal yang sama, Engku! Kami merasa senang jika Giran menikah dengan adik kami. Giran adalah pemuda yang baik dan rajin,” sambut si Kudun.
Namun, baru saja kalimat itu lepas dari mulut si Kudun, tiba-tiba terdengar suara bentakan yang sangat keras dari Kukuban. “Tidak! Aku tidak setuju dengan pernikahan mereka! Aku tahu siapa Giran,” seru Kukuban dengan wajah memerah. “Dia pemuda sombong, tidak tahu sopan santun dan kurang ajar. Dia tidak pantas menjadi suami Sani,” tambahnya. “Mengapa kamu berkata begitu, Anakku? Adakah perkataan atau perilakunya yang pernah menyinggung perasaanmu?” tanya Datuk Limbatang dengan tenang.
“Ada, Engku! Masih ingatkah tindakan Giran terhadapku di gelanggang perhelatan beberapa bulan yang lalu? Dia telah mematahkan kaki kiriku dan sampai sekarang masih ada bekasnya,” jawab Kukuban sambil menyingsingkan celana panjangnya untuk memperlihatkan bekas kakinya yang patah.
“Oooh, itu!” jawab Datuk Limbatang singkat sambil tersenyum.
“Soal kaki terkilir dan kaki patah, kalah ataupun menang dalam gelanggan itu hal biasa. Memang begitu kalau bertarung,” ujar Datuk Limbatang. “Tapi, Engku! Anak Engku telah mempermalukanku di depan orang banyak,” sambut Kukuban. “Aku kira Giran tidak bermaksud mempermalukan saudaranya sendiri,” kata Datuk Limbatang. “Ah, itu kata Engku, kerana ingin membela anak sendiri! Di mana keadilan Engku sebagai pemimpin adat?” bantah Kukuban sambil menghempaskan tangannya ke lantai.

Semua yang ada dalam pertemuan itu terdiam. Kedelapan saudaranya tak satu pun yang berani angkat bicara. Suasana pun menjadi hening dan tegang. Kecuali Datuk Limbatang, yang terlihat tenang.

“Maaf, Anakku! Aku tidak membela siapa pun. Aku hanya mengatakan kebenaran. Keadilan harus didasarkan pada kebenaran,” ujar Datuk Limbatang. “Kebenaran apalagi yang Engku maksud. Bukankah Giran telah nyata-nyata mencoreng mukaku di tengah keramaian?” “Ketahuilah, Anakku! Menurut kesaksian banyak orang yang melihat peristiwa itu, kamu sendiri yang menyerang Giran yang terdesak dengan sebuah tendangan keras, lalu ditangkis oleh Giran. Tangkisan itulah yang membuat kakimu patah. Apakah menurutmu menangkis serangan itu perbuatan curang dan salah?” tanya Datuk Limbatang. Kukuban hanya terdiam mendengar pertanyaan itu. Walaupun dalam hatinya mengakui bahwa apa yang dikatakan Datuk Limbatang adalah benar, tetapi karena hatinya sudah diselimuti perasaan dendam, ia tetap tidak mau menerimanya.

“Ketahuilah, Anakku! Menurut kesaksian banyak orang yang melihat peristiwa itu, kamu sendiri yang menyerang Giran yang terdesak dengan sebuah tendangan keras, lalu ditangkis oleh Giran. Tangkisan itulah yang membuat kakimu patah. Apakah menurutmu menangkis serangan itu perbuatan curang dan salah?” tanya Datuk Limbatang. Kukuban hanya terdiam mendengar pertanyaan itu. Walaupun dalam hatinya mengakui bahwa apa yang dikatakan Datuk Limbatang adalah benar, tetapi karena hatinya sudah diselimuti perasaan dendam, ia tetap tidak mau menerimanya. “Terserah Engku kalau tetap mau membela anak sendiri. Tapi, Sani adalah adik kami. Aku tidak akan menikahkan Sani dengan anak Engku,” kata Kukuban dengan ketus. “Baiklah, Anakku! Aku juga tidak akan memaksamu. Tapi, kami berharap semoga suatu hari nanti keputusan ini dapat berubah,” kata Datuk Limbatang seraya berpamitan pulang ke rumah bersama isterinya.

Rupanya, Siti Rasani yang berada di dalam kamarnya mendengar semua pembicaraan mereka. Dia sangat bersedih mendengar putusan abang sulungnya itu. Baginya, Giran adalah calon suami yang dia idam-idamkan selama ini. Sejak kejadian itu, Sani selalu terlihat murung. Hampir setiap hari ia duduk termenung memikirkan jalah keluar bagi masalah yang dihadapinya. Begitupula si Giran, memikirkan hal yang sama. Berhari-hari kedua pasangan kekasih itu berpikir, namun belum juga menemukan jalan keluar. Akhirnya, keduanya pun sepakat bertemu di tempat biasanya, yakni di sebuah ladang di tepi sungai, untuk merundingkan masalah yang sedang mereka hadapi.

“Apa yang harus kita lakukan, Dik?” tanya Giran.
“Entahlah, Bang! Adik juga tidak tahu harus berbuat apa. Semua keputusan dalam keluarga Adik ada di tangan Bang Kukuban. Sementara dia sangat benci dan dendam kepada Abang,” jawab Sani sambil menghela nafas panjang.

Beberapa lama mereka berunding di tepi sungai itu, namun belum juga menemukan jalan keluar. Dengan perasaan kalut, Sani beranjak dari tempat duduknya. Tiba-tiba sepotong ranting berduri tersangkut pada kain sarungnya. “Alamak, kain sarungku terkoyak!” teriak Sani panik. “Eh, nampaknya pehamu tergores duri. Duduklah Adik, Abang akan mengobati lukamu itu!” ujar Giran. Giran pun segera mencari daun ubat-ubatan di sekitarnya dan meramunya. Setelah itu, ia membersihkan darah yang keluar dari paha Sani, lalu mengobati lukanya. Pada saat itulah, tiba-tiba puluhan orang keluar disebalik pepohon dan segera mengepung kedua-keduanya. Mereka adalah Bujang Sembilan bersama beberapa orang kampung.

“Hei, rupanya kalian di sini!” seru Kukuban. Giran dan Sani pun tidak tahu harus berbuat apa. Keduanya benar-benar tidak menyangka jika ada puluhan orang sedang mengintai gerak-gerik mereka. “Tangkap mereka! Kita bawa mereka ke sidang adat!” perintah Kukuban. “Ampun, Bang! Kami tidak melakukan apa-apa. Saya hanya mengobati luka Sani yang terkena duri,” kata Giran. “Dasar pembohong! Aku melihat sendiri kamu mengusap-usap paha adikku!” bentak Kukuban. “Benar! Kamu telah melakukan perbuatan terlarang. Kamu harus dibawa ke sidang adat untuk dihukum,” jerit salah seorang dari orang kampung tersebut.

Akhirnya, Giran dan Sani diheret ke kampung menuju ke tempat persidangan. Kukuban bersama kelapan saudaranya dan beberapa orang kampung menjadi saksi bahawa mereka melihat sendiri perbuatan terlarang yang dilakukan oleh Giran dan Sani. Meskipun Giran dan Sani telah melakukan pembelaan dan dibantu oleh Datuk Limbatang, namun persidangan memutuskan bahwa keduanya bersalah telah melanggar adat yang berlaku di kampung itu. Perbuatan mereka sangat memalukan dan dapat membawa sial. Maka sebagai hukumannya, keduanya harus dibuang ke kawah Gunung Singgalang agar kampung tersebut terhindar dari malapetaka.

Keputusan itu pun diumumkan ke seluruh penjuru kampung di sekitar Gunung Singgalang. Setelah itu, Giran dan Sani diarak menuju ke puncak Gunung Singgalang dengan tangan terikat di belakang. Sesampainya di pinggir kawah, mata mereka ditutup dengan kain hitam. Sebelum hukuman dilaksanakan, mereka diberi kesempatan untuk berbicara.

“Wahai semua, ketahuilah! Kami tidak melakukan perbuatan terlarang apa pun. Kerana itu, kami yakin tidak bersalah,” ucap Giran. Setelah itu, Giran menadahkan kedua tanganya ke langit sambil berdoa. “Ya Tuhan! Sesungguhnya kau maha mengetahui,aku bermohon agar kau dengar dan kabulkan doa kami. Jika kami memang benar-benar bersalah, hancurkanlah tubuh kami di dalam air kawah gunung yang panas ini. Akan tetapi, jika kami tidak bersalah, letuskanlah gunung ini dan kutuk Bujang Sembilan menjadi ikan!”

Sesudah berdoa, Giran dan Sani segera melompat ke dalam kawah. Kedua-duanya pun tenggelam di dalam air kawah. Sebagian orang yang menyaksikan peristiwa itu diliputi oleh rasa tegang dan cemas. Jika Giran benar-benar tidak bersalah dan doanya dikabulkan, maka mereka semua akan binasa. Ternyata benar. Permohonan Giran dikabulkan oleh Tuhan. Beberapa saat berselang, gunung itu tiba-tiba bergetar dan diikuti letusan yang sangat keras. Lahar panas pun menyembur keluar dari dalam kawah, mengalir menuju ke perkampungan dan menghancurkan semua yang ada. Semua orang berusaha untuk menyelamatkan diri. Namun, nasib mereka semuanya malang . Letusan Gunung Singgalang semakin dahsyat hingga gunung itu luluh lantak. Tiada seorang pun yang terselamat. Bujang Sembilan pun menjelma menjadi ikan.
Mak aku rasa bebas seperti burung
Keluarga bahagia.. anak-anak kena paksa bergambar
Di atas Puncak Lawang ini juga pengunjung berpeluang melakukan aktiviti 'flying fox' dengan cas sebanyak Rp 20,000 (RM 5.60) seorang. Sangat murah berbanding di Malaysia, aktiviti begini dikenakan cas sekurang-kurangnya RM 50.00. Ada aktiviti 'paragliding' dan aktiviti lasak yang lain. Aku tak berani cuba sebab 'Berat Lebih Muatan'.

Li mencuba flying fox
Masa turun nampak arnab comel ni
Selepas puas menikmati permandangan dan udara nyaman di Puncak Lwang, kami turun melalui kelok 44. Tapi aku tidak berhajat untuk turun habis hingga ke Rumah Prof.Hamka. Bimbang ada yang tak tahan dengan selekoh-selekoh tajam tu. Jadi kami hanya turun hingga Kelok 37 iaitu Desa Embun Pagi. Di sini terdapat warung yang menjual kuih muih dari labu. Terdapat juga makanan tradisi serupa 'Pais' yang dibuat dari ikan bilis segar. Aku nak makan tapi jijik, nampak macam ulat pulak. 
Kelok 37
Setiap kelok terdapat papan tanda nombor

Apam dari labu.. sedap
Pais ikan bilis segar
Apam dari keledek
Permandangan Tasik Maninjau dari Desa Embun Pagi
Kami seterusnya melalui kawasan penanaman labu. Di kiri kanan jalan banyak gerai-gerai menjual labu. Kami singgah di sebuah outlet yang menjual 'Cendol Labu' dan kerepek-kerepek tradisional. Ada kerepek siput, kerepek jering dan macam-macam jenis lagi. Aku cuba Cendol Labu, takdelah sedap mana. Santan pecah. Manis gula je. Tapi kerepek siput dan kerepek jagung memang super sedap. Harga kerepek di sini agak mahal sedikit. Lebih baik korang beli banyak-banyak di Ummi Aufa.
Outlet kerepek Bundo Kanduang
Cuba Cendol Labu di sini
Labu segar dari ladang
Cendol Labu
Tengahari itu kami menikmati hidangan tengahari di restoran masakan kampung iaitu Pondok Selero Keluarga. Dalam banyak-banyak restoran yang kami kunjungi sepanjang 4 hari di Bukittinggi, harga di restoran ini yang paling murah. Makanan di sini pun sedap. Kos makan tengahari di restoran ini untuk 14 orang adalah sebanyak Rp 360,000. Terdapat sebuah surau bersebelahan restoran ini. Semasa aku gunakan tandas di restoran ni, airnya sejuk macam air batu. Cuci muka terus segar.
Restoran Pondon Selero Keluarga
Perjalanan diteruskan ke Pandai Sikek iaitu kawasan pengkhususan tenunan songket. Difahamkan yang hanya anak gadis tempatan sahaja yang diajar menenun songket di sini. Tak boleh diajar pada orang luar. Salah satu butik di sini ialah Butik Satu Karya yang memberikan demonstrasi tenunan songket. Perlu sabar dan teliti dalam kerja-kerja menenun songket ni. Ada beberapa butik lain di sekitar kawasan ni.
Butik Satu Karya
Demo menenun songket
Dari Pandai Sikek, kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi dan singgah sementar di perusahaan sejenis kuih tradisional iaitu Bika Talago. Sektor pelancongan menggelar bika ini sebagai Bika Neraka kerana ia menggunakan api di atas dan di bawah. Rasanya seakan-akan lempeng kelapa. Harganya Rp 3,000 sekeping. Terdapat 2 jenis perisa iaitu asli dan pisang. Perisa pisang menggunakan gula merah. Pada aku, rasa Bika Talago di sini terlalu manis, taktaulah orang lain. Aku memang tak suka manis-manis sangat ni. Kuih ni sedap dimakan panas-panas, kalau dah sejuk, mungkin tak berapa sedap. Kayu api yang digunakan ialah kayu pokok kulit kayu manis.
Sepanjang jalan ini terdapat banyak gerai menjual Bika Talago
Gerai Bika Talago yang kami kunjungi
Bika Talago dibakar menggunakan kayu pokok kulit kayu manis

Yang putih tu original dan yang perang tu perasa pisang
Setelah merasai Bika Talago yang banyak disebut-sebut oleh bloger-bloger Malaysia tu, kami meneruskan perjalanan ke Taman Panorama Bukittinggi. Panorama Bukittinggi terletak kurang 1 kilometer dari Hotel Bunda. Di Taman Panorama ini, pengunjung berpeluang melihat permandangan canyon yang dikenali sebagai Ngarai Sianok. Di sini juga terdapat sebuah terowong yang digunakan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Asia. Untuk memasuki Taman Panorama ini, pengunjung dikenakan bayaran sebanya Rp 5,000 seorang.


Bergambar kenangan
Sebelum memasuki Lobang Jepang, kami berjalan-jalan di Gerai Cenderamata di Taman Panorama ini. Ada macam-macam cenderamata. Harga di sini lebih murah berbanding di kawasan Jam Gadang, menyesal aku tak beli. Aku cuma sempat beli telekung je di sini sebab harganya murah dan kainnya berkualiti. Ada pelukis-pelukis yang menjual lukisan cat minyak pada kain velvet. Cantik lukisan mereka. Tapi aku pernah beli sebelum ni, aku tak tau nak buat apa bila dah beli, last-last bagi orang je.

Selepas membeli beberapa barangan, kami menuju ke arah Lobang Jepang. Tiba-tiba mak aku didatangi 5 orang budak perempuan. Rupa-rupanya mereka pelajar dari Malaysia yang datang bercuti. Mereka ketakutan kerana 'local tour guide' yang berkeliaran di Lobang Jepang menggangu mereka.
Lobang Jepang
Plan laluan 'Lobang Jepang'
Di Lobang Jepang ini terdapat beberapa individu yang bertindak sebagai 'local tour guide'. Pengunjung berhak memilih untuk tidak menggunakan jasa mereka. Tapi semasa lawatan kami, local tou guide ini seolah-olah memaksa. Aku cuba bertolak ansur dengan bertanya cas yang dia kenakan. Terkejut aku bila diberitahu cas yang diminta ialah RM5 seorang. Maknanya aku kena bayar RM70 untuk 14 orang. Dahlah masuk kena bayar, lepas tu nak kena bayar lagi. Kata si penyangak (perkataan lebih sesuai untuk local tour guide brengset ini) ni, jika kami menggunakan khidmat mereka, mereka akan buka kunci pagar keluar, jika tidak, kami terpaksa naik semula tangga yang jumlahnya melebihi 100 anak tangga itu untuk keluar. Mereka ni bukan ada kuasa pun sebenarnya. Cuma cari makan dengan cara mudah menipu pengunjung. 
Hati-hati dengan penyangak yang pau pengunjung 'Lobang Jepang'
Keadaan agak tegang juga masa tu. Jadi ramai pula pengunjung yang melihat aku argue dengan penyangak tu. Mungkin penyangak tu risau keadaan tu buat pengunjung lain pun lari, akhirnya penyangak tu kata, 'nak masuk silakan aja pak, tapi naik sendiri nanti'. Aku peduli apa. Biarlah tercungap-cungap naik tangga tu daripada bayar penyangak-penyangak ni. Aku, Li, Abang As dan anak-anaknya turun sendiri. Dalam lubang tu takde apa yang menarik pun. Orang kata macam ada aircondlah..xde maknanya.. Aku turun pun sebab nak memuaskan hati je.
Keadaan dalam Lobang Jepang
Mini theater
Ruang amunisasi
Dari dalam terowong.. pintu masuk nampak kecil je..
Dari Taman Panorama, kami kemudiannya menaiki bas bersama-sama Pak Roni ke Jam Gadang dan Pasar Atas. Aku pelawa sekali kumpulan pelajar perempuan tadi sebab risau kalau berlaku apa-apa. Lagipun, mereka orang sekitar Puchong dan Subang Jaya, kira macam jiranlah. Aku dah kena masa kat Bandung dulu. Taknak le orang lain kena macam aku jugak.
Landmark Bukittinggi
JAM GADANG
Jam Gadang adalah nama untuk menara jam yang terletak di pusat kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya sehingga dinamakan Jam Gadang, sebutan bahasa Minangkabau yang berarti "jam besar".

Selain sebagai pusat penanda kota Bukittinggi, Jam Gadang juga telah dijadikan sebagai objek wisata dengan diperluasnya taman di sekitar menara jam ini. Taman tersebut menjadi ruang interaksi masyarakat baik di hari kerja maupun di hari libur. Acara-acara yang sifatnya umum biasanya diselenggarakan di sekitar taman dekat menara jam ini.

Jam Gadang memiliki denah dasar seluas 13 x 4 meter. Bagian dalam menara jam setinggi 26 meter ini terdiri dari beberapa tingkat, dengan tingkat teratas merupakan tempat penyimpanan bandul. Bandul tersebut sempat patah hingga harus diganti akibat gempapada tahun 2007.

Terdapat 4 jam dengan diameter masing-masing 80 cm pada Jam Gadang. Jam tersebut didatangkan langsung dari Rotterdam,Belanda melalui pelabuhan Teluk Bayur dan digerakkan secara mekanik oleh mesin yang hanya dibuat 2 unit di dunia, yaitu Jam Gadang itu sendiri dan Big Ben di London, Inggris. Mesin jam dan permukaan jam terletak pada satu tingkat di bawah tingkat paling atas. Pada bagian lonceng tertera pabrik pembuat jam yaitu Vortmann Relinghausen. Vortman adalah nama belakang pembuat jam, Benhard Vortmann, sedangkan Recklinghausen adalah nama kota di Jerman yang merupakan tempat diproduksinya mesin jam pada tahun 1892.

Jam Gadang dibangun tanpa menggunakan besi peyangga dan adukan semen. Campurannya hanya kapur, putih telur, dan pasir putih.

Jam Gadang selesai dibangun pada tahun 1926 sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker, sekretaris atau controleurFort de Kock (sekarang Kota Bukittinggi) pada masa pemerintahan Hindia-Belanda. Arsitektur menara jam ini dirancang oleh Yazid Rajo Mangkuto, sedangkan peletakan batu pertama dilakukan oleh putra pertama Rook Maker yang pada saat itu masih berusia 6 tahun.

Pembangunan Jam Gadang menghabiskan biaya sekitar 3.000 Gulden, biaya yang tergolong fantastis untuk ukuran waktu itu. Sehingga sejak dibangun dan sejak diresmikannya, menara jam ini telah menjadi pusat perhatian setiap orang. Hal itu pula yang mengakibatkan Jam Gadang kemudian dijadikan sebagai penanda atau markah tanah dan juga titik nol Kota Bukittinggi.[1]

Sejak didirikan, menara jam ini telah mengalami tiga kali perubahan pada bentuk atapnya. Awal didirikan pada masa pemerintahan Hindia-Belanda, atap pada Jam Gadang berbentuk bulat dengan patung ayam jantan menghadap ke arah timur di atasnya. Kemudian pada masa pendudukan Jepang diubah menjadi bentuk pagoda. Terakhir setelah Indonesia merdeka, atap pada Jam Gadang diubah menjadi bentuk gonjong atau atap pada rumah adat Minangkabau, Rumah Gadang.

Renovasi terakhir yang dilakukan pada Jam Gadang adalah pada tahun 2010 oleh Badan Pelestarian Pusaka Indonesia (BPPI) dengan dukungan pemerintah kota Bukittinggi dan Kedutaan Besar Belanda di Jakarta. Renovasi tersebut diresmikan tepat pada ulang tahun kota Bukittinggi yang ke-262 pada tanggal 22 Desember 2010.
Kawasan Jam Gadang yang happening
Walaupun hari tu hari Rabu, tapi kawasan sekitar Jam Gadang sangat happening. Ramai orang berjualan. Jual baju, souvenir, belon dan macam-macam lagi. Kami terus ke Pasar Atas kerana jam hampir menunjukkan jam 5 petang. Pasar Atas ditutup pada jam 6 petang ye. Jalan punya jalan, aku rasa tak larat nak jalan jauh lagi sebab Pasar Atas ni luas. Kain-kain yang dijual di sini pada aku tak setanding kualiti di Puteri Minang. Dengan mata kasar pun boleh bezakan kain-kainnya. Macam kain Nilai 3 je. Jadi aku tak membeli kain sangat kecuali beberapa helai t-shirt. Ngam-ngam jam 6 petang kelihtan beberapa kedai dah mula tutup, jadi kami terus meninggalkan Pasar Atas dan melepak sekejap di kawasan Jam Gadang.
Berjalan-jalan di Pasar Atas
Aku beli t-shirt kat sini
Sebuah komplek di Pasar Atas
Pooh ni bila buka topeng, muka garang wooo..
Arnab pun dijual
Selepas puas berjalan-jalan sekitar Jam Gadang, kami makan malam di Restoran Pizza Hut yang terletak berdekatan. Orang kata Pizza Hut Indonesia sedap sangat, saja nak rasa, takdelah sedap mana..sama je dengan Malaysia punya. Kos makan di Pizza Hut ni dalam Rp 650,000. Memang belanja makan untuk 14 orang dalam lingkungan Rp 400,000 -Rp 600,000. Selepas selesai makan, kami pulang ke Hotel Bunda dengan menaiki 'bendi' iaitu sejenis kereta kuda yang menjadi identiti Bukittinggi. Kami menggunakan 3 buah bendi dengan kos sebanyak Rp 50,000. Seronok berlumba, bendi aku kalah, baru perasan rupanya kuda yang lagi 2 ekor tu kuda lumba, badan pun solid. Kuda aku ala-ala kuda padi je. Sampai hotel, aku dah tak larat, terus pengsan.