Jumaat, 8 November 2013

Cycle To Change Diabetes @ Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah.. baru je balik dari Program Cycle To Change Diabetes anjuran Hospital Putrajaya dan Novo Nordisk. Acara ni diadakan sempena Hari Diabetes Sedunia dan diadakan di Ibupejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks E, Putrajaya. Untuk kategori dewasa, ada 2 route iaitu 10km dan 40km. Memandangkan dah lama tak mengayuh, aku tak mahu ambil risiko, aku ambil route 10km sahaja. Walaupun 10km, tapi penatnya boleh tahan.

Pendaftaran mula jam 6.00 pagi.
Lepas Subuh, aku terus gerak ke Putrajaya sebab Puchong ke Putrajaya ni bukan jauh sangat pun. Sampai dalam jam 6.40, terus daftar untuk ambil t-shirt. Bayaran untuk acara ni RM35, tapi breakfast pun tak disediakan, nasib baik sebelum datang aku singgah drive thru McDonald.
Excited gak sesekali dapat ayuh dalam acara macam ni.
Penganjur edarkan belon pada setiap peserta
Setiap peserta diberi belon, ada yang over excited tu ambil sampai 3-5 biji ikat pada basikal. Diorang ni fikir panjang. Ikat belon pada basikal ni bahaya sebab ganggu rider belakang. Selain tu ada ramai rider yang terpaksa berhenti tepi jalan tadi sebab tali belon tersangkut pada shifter. Aku ikat pada handle bar, tapi entah bila belon aku terbang, aku pun tak perasan.
Route 10km akan dilepaskan
Bagi aku, jalan di Putrajaya ni santai sebab bukit takdelah berapa tinggi. Tapi masuk je kat Taman Wetland, barulah tahu langit tinggi ke rendah. Mana tak, bukit berbukit-bukit. Aku pun terpaksa menolak kat satu bukit tu sebab tak larat sangat rasanya dah.
Lepas keluar Wetland, ramai riders yang dah tak larat.. menolak..
Lepas sampai ke garisan penamat, barulah peserta diberi godies bag dan medal. Peserta juga diberikan Sijil Penyertaan. Kalau bagi awal, ada yang tak berkayuh lak kan. Peserta juga diberi sebiji epal, sebiji pisang dan sebotol air mineral. Oklah. Ada health screening uji kandungan gula. Gula aku tinggi gak tapi belum tahap Diabetes lagi.
Medal
Cabutan bertuah
Health screening
First time rasa Extra Joss ni..SEDAP..
Antara kandungan dalam godies bag
Route 10km..