Isnin, 25 November 2013

Majlis Pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Negeri Selangor

Assalamualaikum wbt

Pada Isnin, 25 November 2013, berlangsung Majlis Pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Dan Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Negeri Selangor. Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) ni diperkenalkan di setiap Kawasan Parlimen. Fungsinya menjadi 'mata & telinga' bagi membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau, menguatkuasa dan menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar secara cepat dan cekap menerusi pendekatan pengesanan sebelum aduan.
Majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam ni dilancarkan oleh YB Puan Elizabeth Wong Kiat Ping, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.
Keanggotaan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) terdiri dari 10-15 orang anggota bagi setiap Kawasan Parlimen yang terdiri dari JKKK, Ketua Kampung, Penghulu, Komuniti Agama, Persatuan Taman Perumahan, Ahli Politik dan Ahli RELA. Dalam Majlis Pelancaran ni, anggota-anggota 3P yang dilantik diberikan Sijil Pelantikan, beg, topi, vest dan risalah-risalah berkaitan.
Pada sebelah petangnya diadakan sessi taklimat oleh Jabatan Alam Sekitar. Taklimat ini berkisar pengenalan kepada Jabatan Alam Sekitar, Peranan Pasukan Pemantau Pencemaran dan Pengenalan Rakan Alam Sekitar. Dalam sessi taklimat ini juga, para anggota 3P diperkenalkan dengan pegawai focal point/ desk officer 3P bagi setiap Kawasan Parlimen.
Program Rakan Alam Sekitar (RAS) pula merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Rakan Alam Sekitar melibatkan masyarakat secara hand-on iaitu menjadi 'mata dan telinga' untuk membantu agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan yang mencemarkan alam sekitar.

Sertailah Rakan Alam Sekitar secara online menerusi : http://ras.doe.gov.my