Rabu, 4 Disember 2013

Jalan-Jalan Ke Miri Hari Ke Tiga

Assalamualaikum wbt

Dari Taman Buaya, kami terus ke Pusat Bandar Miri. Tempat yang dituju adalah Miri Handicraft Centre yang menjual pelbagai barang kraftangan. Kami nak cari fridge magnet, tapi malangnya apabila sampai, aku tengok 90% barangan yang dijual di Pusat Kraftangan ni bukanlah berasal dari Miri, sebaliknya kebanyakan produk yang dijual adalah produk Kuching. Nak cari baju Miri pun tak banyak pilihan, harganya pun mahal. Baju yang aku beli berharga RM38, biasanya baju-baju cenderahati ni harganya tak sampai RM20 pun. Tapi seperti yang aku cakap sebelum ni, Miri bukanlah bandar pelancongan. Kalau ada pelancong pun, rata-rata dari Brunei yang datang membeli belah sebab nilai mata wang mereka lebih tinggi.
Miri Handicraft Centre
Fridge magnet yang dijual pun kebanyakannya bertulis Kuching, aku tak berminat nak beli FM Kuching. Produk makanan yang dijual adalah 'tabaloi' yang aku pernah beli di Kuching dulu. Tiada orang menjual kek lapis di sini, sangat mendukacitakan.
Kain batik yang dijual berharga RM30 ke atas.. kualiti biasa-biasa je..
Gambir Sarawak yang banyak dijual di Kuching juga dijual di sini
Dapat bergambar dari jauh pun jadilah..
Kami meneruskan perjalanan ke Miri Marina Bay untuk bergambar dengan SeaHorse Light House yang merupakan tempat menarik di Miri. Malangnya Marina Bay ni dah ditutup dan keadaannya macam dah lama terbiar. Tapi dari jauh masih boleh dapat lihat Rumah Api Kuda Laut tu.

Ditutup kepada orang awam
Menikmati tiupan angin Laut China Selatan yang mendamaikan
Sunset
Hamzah dan Sofia bergambar berlatarkan kapal tua
Ramai orang yang melepak di sini sebab sunset di sini cantik juga. Tapi kami tak boleh menunggu sunset. Kami perlu pergi ke The Grand Old Lady yang merupakan telaga minyak pertama di Sarawak. Ia merupakan tempat memproses minyak yang bersejarah di Sarawak.
Bergambar di hadapan Kapsul Masa yang mengandungi Buku Cenderamata Perayaan Pergisytiharan Bandaraya Miri, Surat Khabar Tempatan dan pelbagai dokumen bercetak yang akan dibuka pada 20 Mei 2105
Sampai je The Grand Old Lady yang terletak di atas bukit yang dinamakan Canada Hill, cuaca dah mula nak gelap, Muzium Petroleum pun dah tutup. Takpe, mungkin satu masa nanti aku akan datang kembali ke Miri. Adik aku pun dah selamat berkahwin dengan orang Miri. Pak Ngah dan Mak Ngah pun ada di Brunei. Insyaallah, lain kali boleh datang lagi dan tebus tempat-tempat yang tak sempat kami lawati sebelum ni.
Semua yang datang sini mesti ambil gambar gini kan.. aku nak jugakkk..
Muzium dah tutup
Permandangan Bandaraya Miri
Di atas Bukit 'Canada Hill' ni juga merupakan tempat orang tempatan berjogging. Lari naik bukit lagi banyak kalori boleh terbakar kan. Dari atas bukit ni juga, kita dapat lihat permandangan Bandar Miri. Suasana lebih cantik waktu malam tapi aku tak tunggu sampai malam. Gila ke apa dengan anak-anak kecik ko nak tunggu sampai malam. Kali terus pulang ke rumah adik ipar sebab esok kami akan balik ke Semenanjung dengan penerbangan awal pagi.

Kami makan malam di Sugar Bun E-mart. Yang jaga kaunter pun pakai seluar pendek. Tapi since aku dah masuk dan kepenatan, beli jugalah makana. Anak-anak pun dah lapar. Lagipun ramai orang Islam yang makan di Sugar Bun tu. Ada certificate Halal lagi. Semoga Allah melindungi aku dan keluarga dari makan benda yang haram.