Rabu, 4 Disember 2013

Jalan-Jalan Ke Miri - Pulang Ke Semenanjung

Assalamualaikum wbt

Pagi 2 Disember jam 4.00 pagi, aku kejut wife bersiap-siap, risau terlewat sampai airport sebab penerbangan kami adalah pada jam 6.20 pagi dengan pesawat MAS MH2551. Rasa sedih pulak nak tinggalkan family adik ipar ni sebab layanan yang diorang berikan pada kami cukup baik. Sebelum keluar, mereka siapkan air minum dulu. Dari Lutong kami melalui jalan bypass ke airport. Sampai di airport jam 5 pagi dan terus ke kaunter check in. Aku tak sempat buat web check in sebab web check in MAS hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum terbang. Lainlah Air Asia yang boleh buat 14 hari awal. Jadi aku tanya di kaunter Enrich Mas Wing, tak mesra pelanggan langsung staff kaunter tu. Mentang-mentanglah aku ni bukan penumpang Business Class, cakap sambil lewa je. Kemudian aku tengok seorang makcik bertanya kat kaunter yang sama, sama juga layanan sambil lewa petugas tu..cis..bedebah kau.. 
Macam mengantuk je.. macam blur je..
Pesawat pulang pagi tu menggunakan Boeing 737-800 baru.. fuhh.. selesa betul.. cantik.. siap ada monitor dan boleh tengok movie lagi. Alhamdulillah, penerbangan balik berjalan lancar. Cuaca buruk tu biasalah sekali sekala, takde lah teruk sangat. Ini mungkin bukan kali terakhir aku ke Miri-Brunei. InsyaAllah di lain masa, ada rezeki, ada umur, aku akan kembali ke sini. Orang Miri memang baik-baik belaka dan sudi beri pertolongan . Berapa kali aku bertanya orang tempatan kat tepi jalan, ok je mereka bagi panduan. Berbeza dengan Brunei, aku berhenti nak bertanya, terus orang tu lari kata tak tahu apa..
Canggih gak pesawat Boeing 737-800 baru ni.
Anak-anak pun dah tak meragam takut naik kapal terbang. Masa mula-mula nai pergi Langkawi hari tu, Hamzah muka cuak jugak. Kali ni macam takde apa dah dia. Sofia pun ok je.. Sepanjang penerbangan balik ni Hamzah dan Sofia tertidur sebab keletihan beberapa hari. Lagi pun, mana tak ngantuk,jam 4 pagi dah kena bersiap. Next vacation ialah Padang-Bukittinggi pada pertengahan Januari depan. Trip Padang-Bukittinggi ni InsyaAllah akan disertai ramai sikit ahli keluarga. Harap-harap janganlah gempa bumi kat Padang tu.. Amin.
Hamzah terlopong tengok penerangan keselamatan pesawat..