Selasa, 3 Disember 2013

Jalan-Jalan Ke Miri Hari Pertama

Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah, pada 29 November baru ni, aku sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke Miri, Sarawak. Turut serta ialah keluarga Mak Pun, keluarga adik aku Farah Hafiza dan juga adik bongsu aku Amir Izzuddin. Matlamat utama kami ke Miri adalah untuk menghadiri kenduri kahwin adik aku belah lelaki yang diadakan pada 1 Disember. Tapi sedihnya aku tak sempat hadir kenduri tu sebab salah jangka waktu kenduri. Keluarga aku dan adik aku gunakan penerbangan MAS MH2592 jam 8.30 pagi, manakala keluarga Mak Pun gunakan penerbangan Air Asia jam 7.30 pagi.
Dalam KLIA Transit.. muka sembab jer..
Seawal jam 5.00 pagi kami dah bangun walaupun beg pakaian dah disiapkan. Yelah, anak kecik-kecik lagi, banyaklah ragam yang nak diikutkan. Nak mandikan, kesian.. jadi cuma bertukar baju dan pampers je si Hamzah dan Sofia pagi tu. Kami terus menuju ke Putrajaya Sentral untuk menaiki ERL ke KLIA. Aku park kereta di Putrajaya Sentral sebab kos lebih murah jika nak bandingkan dengan kos naik teksi atau park di KLIA sendiri.
Gelagat anak-anak..
Sampai je KLIA, kebetulan family Farah baru sampai, aku yang masih di aras bawah suruh dia check in beg terus. Aku dah buat web check in awal-awal untuk family aku dan Farah. Jadi kami hanya perlu check in beg saja pagi tu. Memandangkan masih awal, aku bawa anak-anak dan anak-anak buah aku ke Anjung Tinjau untuk meninjau kapal terbang, sementara tu aku boleh baring pejam mata sekejap memandangkan tempat tu memang port penumpang-penumpang berehat sementara transit pesawat.

Penerbangan ke Miri pagi tu gunakan Pintu A10, aku pernah gunakan Pintu A10 ni masa pergi LIMA baru ni, jadi aku masih ingat betapa jauhnya pintu tu. Jadi, tepat jam 7.30 pagi, aku terus ajak family aku dan Farah masuk ke pintu pelepasan sebab takut terkejar-kejar nanti. 
Pesawat Boeing 737-800
Lebih kurang jam 8.15 pagi, petugas memanggil penumpang-penumpang yang bersama anak kecil dan warga emas untuk naik dahulu. Bukan main seronok anak-anak buah aku yang pertama kali naik kapal terbang. Penuh juga penumpang pagi tu. Cuaca sepanjang penerbangan agak baik, cuma adalah sesekali bergegar dek melanggar awan tebal. Menu dalam penerbangan pagi tu ialah Nasi Lemak atau Roti Canai (sebenarnya Roti Bom). Pramugara bagi aku makan dahulu supaya dapat bergilir dengan isteri untuk pangku Sofia. Aku pilih Nasi Lemak, tapi lebih separuh nasi aku suapkan ke Hamzah. Berselera pulak dia kat atas awan ni. Dah separuh Nasi Lemak aku, boleh pulak dia habiskan 2 keping Roti Canai. Takpelah, berkorban untuk anak.
Bergurau senda dua beradik ni..
Penerbangan ambil masa 2 jam. Alhamdulillah anak-anak aku tak meragam sepanjang penerbangan. Tapi bila pesawat dah mendarat, time tu pulak si Hamzah nak tidur.. anak ohh anak.. Sampai Miri jam 11.00 pagi, terus ke Imigresen, family aku guna pasport. Kami memang bawa pasport sebab plan nak masuk Brunei melawat Pak Ngah dan Mak Ngah kepada isteri aku. Penduduk Semenanjung hanya dapat permit 90 hari untuk berada di Sarawak ni, jadi kat pasport tu memang Imigresen Sarawak cop le.

Alhamdulillah..selamat sampai..
Keluar saja ke Balai Ketibaan, keluarga Mak Pun yang terbang lebih awal dengan Air Asia dah menunggu kami dengan keluarga adik ipar (yang belah Miri tu le). Family diorang datang dengan 3 buah kereta untuk sambut kami, tapi aku seperti biasa memang dah siap tempah kereta sewa. Taknak menyusahkan orang. Aku terus call Encik Zaini yang aku deal sebelum ni untuk sewa Wira (A) RM100 sehari, agak murah dibandingkan dengan lain penyewa kebanyakannya mengenakan RM120 sehari. 
Inilah kereta yang aku guna 4H/3M sampai masuk Bandar Seri Begawan..
Aku ambil 3 hari iaitu 29/11/2013-2/12/2013.. Kalau korang berminat nak sewa kereta dengan harga yang berpatutan, boleh hubungi Encik Zaini di 014-6963519 / 016-8076786 / 012-8823426 (isteri En.Zaini). Mula-mula aku risau juga sebab kadarnya murah. Perkara yang paling merisaukan aku ialah aircond, kalau aircond rosak, naya anak-anak aku. Tapi SYUKUR SYUKUR SYUKUR.. kereta yang diberikan, walaupun kereta tahun 2004, tapi tip top.. aircond sejuk.. pick up ada.. pendek kata, rasa macam bawa kereta sendiri lah, cuma biasalah, minyak dia isi ciput aje.. Tapi ada syarikat sewa kereta yang isi minyak pun, mereka akan cas harga minyak tu sebagai cas tambahan.. kira ok sangatlah Encik Zaini ni.. aku puas hati..
Suasana Pusat Bandar Miri
Sampai saja di Miri, kami dibawa ke rumah keluarga adik ipar aku di Lutong. Aku sebenarnya dah booking Hotel Mega di Bandar Miri, tapi adik ipar aku ni insist untuk duduk di rumah dia, siap beli bantal baru lagi. Jadi aku akurlah. Sampai-sampai je, minum sikit, terus ke masjid untuk solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, hari hujanlah pulak, jadi semuanya tidur ditambah dengan kepenatan lagi. Tapi aku tak boleh tidur. Aku susah tidur siang, tambahan pulak, aku dah sewa kereta, rugilah bayar RM100 tapi semata-mata guna kereta untuk dari airport ke Lutong je. Aku kejut isteri aku siapkan budak-budak, dalam gerimis mengundang tu aku dan family meredah Bandaraya Miri (Bandaraya ker?).. Masa tu dah jam 5 lebih.. suasana dah nak gelap. Masa naik flyover menuju Pusat Bandar, aku nampak ada kawasan Pasar Malam, dalam hati aku cakap, 'xpe..xpe.. balik nanti singgah..'. Aku terus meronda Pusat Bandar Miri. Aku tengok Pusat Bandar Miri ni bukanlah kawasan pelancongan sebab kawasannya bagai mati. Seawal jam 6 petang kedai-kedai dah banyak tutup. Ada banyak hotel bajet, tapi suasana agak menakutkan. Aku rasa tak berani nak jalan sorang waktu malam. Memang sunyi. Bila dah nak maghrib, aku terus menuju balik ke Lutong.
Pasar Malam yang gelap gelita..
Dalam perjalanan balik, aku singgah di Pasar Malam yang aku nampak dari atas flyover tadi. Psar Malam Ni dinamakan Psar Malam Seberkas sebab nama tempat ni Seberkas kot. Masa aku sampai Pasar Malam ni, suasana gelap je, cuma diterangi cahaya lilin, rupa-rupanya ada masalah elektrik, terdengar suara peniaga marah-marah dengan pengurusan sebab lampu kejap ada, kejap tiada.. Tapi yang bestnya di sini ialah tapak Pasar Malam ni berbumbung, walaupun hujan renyai, aku tiada masalah untuk bawa anak-anak meronda dalam kawasan Pasar Malam Saberkas ni. Yang bestnya, masa ni pampers Hamzah dah berat sampai terkena seluar. Wife pulak tak bawa seluar, jadi Hamzah meronda Pasar Malam tu dengan pakai pampers jelah..  Takpelah.. bukan orang nampak sebab gelap gelita.. nasib baik ada flash kamera..
Antara makanan tempatan yang dijual di Pasar Malam Saberkas
Pasar malam ni diadakan pada setiap petang Jumaat dan Sabtu dari petang sampai lewat malam. Seperti biasa, Pasar Malam macam ni mesti ada makanan yang istimewa, antara yang menraik ialah Nasi Katok. Nasik Katok ni macam nasi lemak, ada juga ayam penyet. Kepak ayam panggang yang dijual disini, saiznya besar, puas makan.. Bebola-bebola yang biasanya di semenanjung digoreng, di sini lain pula.. bebola dipanggang seperti panggang kepak ayam. Pulut panggang yang diorang jual pun menarik perhatian aku, saiznya gaban..memang puaslah.. Kek lapis satu kemestianlah kalau di Sarawak, cuma harga di sini agak mahal berbanding di Kuching. Rasanya pun kurang sedap berbanding yang dijual di Kuching. Satu lagi makanan yang menarik minat aku ialah Hati Bu'Yah.. apa tu? hati buaya ke? Bukan... tapi paru lembu.. digoreng dengan rempah.. harganya dari RM5. Aku beli RM5, dapat banyak, sepinggan penuh, orang sini suka masak manis-manis, macam di Kelantan pulak. 

Selesai beli makanan yang menarik nafsu makan aku, kami pun pulang ke rumah adik ipar aku tu. Sampai-sampai, makan malam pun dah siap, kami kongsilah apa yang ada.. Lepas tu barulah aku dapat tidur selepas sehari kepenatan.. Aku pun dah penat nak menaip ni, nak masuk tidur dulu.. nanti sambung ye.. cau cin cau..