Assalamualaikum wbt. Hari ke-4 aku di Jogjakarta. Pagi tu aku bangun seawal jam 4.00 pagi sebab nak siap-siap packing barang untuk check-out. Lebih kurang jam 4.30 pagi, aku ke Masjid di hadapan simpang Sosrowijayan-Malioboro tapi pintu masjid bertutup, aku tanyalah peniaga Lesehan di hapadan kedai K (ala-ala 7-11) tu. Boleh si peniaga tu tak tahu Subuh masuk pukul berapa dan bila pintu tu buka. Katanya dia niaga di situ aje, Islam ke tidak, aku tak tahulah. Aku balik ke bilik sekejap dan beberapa minit lepas tu kedengaran azan Subuh, teruslah pergi semula ke Masjid tadi.
LESEHAN DI MALIOBORO
Balik solat Subuh, aku berjalan dengan seorang brother dari Solo, brother tu singgah makan kat Lesehan tadi. Aku pun singgah le tengok menu yang ada untuk breakfast budak-budak. Pagi tu kami akan keluar awal dan semestinya tak sempat bersarapan. Aku nak order mee goreng, tapi takut entah halal entahkan tidak. Bayangkan niaga depan masjid tapi tak pernah masuk ke masjid. Jadi aku order Roti Bakar Istimewa dan Roti Bakar Coklat. Harga 2 set roti bakar tu ialah Rp 32,000, kalah harga kat restoran yang proper. Memang harga di Lesehan agak mencekik darah. Pak Wawan sebelum ni memang ada beritahu aku supaya berhati-hati dengan Lesehan di Malioboro kerana harganya mencekik darah. Tapi aku saja nak mencuba. Wife aku cakap sedap sangat roti tu, habis dia belasah semua.
|
Roti bakar berharga Rp 32,000 di Lesehan Malioboro |
Lebih kurang jam 5.30 pagi, kami turun ke lobi untuk check out, nampaknya restoran dah buka tapi makanan belum di isi,. Yang ada cuma roti sahaja. Jadi pagi tu kami sempat sarapan roti dengan jem sahaja. Sedang makan, kelihatan Pak Wawan sampai, kami terus berangkat meninggalkan hotel menuju ke Magelang.
|
Sarapan roti je yang sempat |
Candi Borobudur merupakan tujuan kami pagi tu seperti yang dipersetujui oleh Pak Wawan. Perjalanan mengambil masa 1 jam juga dari Kota Jogja ke Magelang. Untuk pengetahuan, Candi Borobudur bukan terletak di Jogjakarta ye, tetapi sebenarnya di Kabupaten lain iaitu Magelang, cuma airport yang terdekat ialah di Jogjakarta, jadi Jogjakarta yang dapat popular dengan Candi Borobudur ni. Kiri kanan jalan sebelum memasuki kawasan Candi Borobudur dipenuhi dengan perusahaan batu ukir patung-patung dari batu gunung berapi. Tapi Pak Wawan kata banyak kedai yang menggunakan simen dan bukan batu gunung semulajadi.
|
Pintu gerbang memasuki kawasan Borobudur. |
Dari pintu masuk ke kawasan Borobudur, agak jauh juga untuk sampai ke kawasan candi. Candi yang mula-mula kami lalui ialah Candi Mendut, tetapi Pak Wawan cadangkan supaya singgah di Candi Mendut dalam perjalanan balik nanti. Pak Wawan mahu membawa kami ke Candi Pawon terlebih dahulu kerana awal pagi belum ada orang yang menjaga meminta wang di Candi Pawon.
CANDI PAWON
Candi Pawon ini berada di antara Candi Mendut dan Candi Borobudur, 1750 meter dari Candi Borobudur ke arah timur dan 1150 meter dari Candi Mendut ke arah barat. Nama Candi Pawon tidak diketahui asalnya. Ahli epigrafi J.G. de Casparis mentafsirkan Pawon berasal dari bahasa Jawa awu yang berarti 'abu', mendapat awalan pa- dan akhiran -an yang menunjukkan suatu tempat. Dalam bahasa Jawa harian, perkataan pawon bererti 'dapur', tetapi de Casparis mentafsirkannya sebagai 'tempat abu'. Penduduk setempat juga menyebut Candi Pawon dengan nama Bajranalan. Perkataan ini mungkin berasal dari kata bahasa Sanskerta vajra =yang bererti 'halilintar' dan analayang bererti 'api'. Di dalam bilik candi tiada sebarang arca.
|
Candi Pawon |
|
Relief dinding Candi Pawon |
Di sekitar Candi Pawon ni terdapat juga gerai-gerai yang menjual souvenir. Nasib baik masa tu ada 2 kedai je yang buka. Masa kami sampai, ibu tu baru buka kedai, sibuk menyapu depan kedai. Lepas kami keluar je dari pagar Candi Pawon tu, kelam kabut ibu tu masuk kedai bawa bakul jualan dia, tiba-tiba pula datang ibu dari mana bawa jualan juga. Katanya pembuka rezeki dia. Kesian, aku belilah. Nasib baik murah. Masa kat Borobudur harganya jadi 3 kali ganda.
|
Ibu yang berjaya menjual souvenir pada aku |
|
Ada ke nak jual kepala Budha ni kat aku.. |
CANDI BOROBUDUR
Dari Candi Pawon, kami terus menuju ke Candi Borobudur yang terletak kurang 5 minit dari Candi Pawon. Sampai Candi Borobudur, ramai orang tengah beratur, Candi Borobudur baru nak buka, sebelum tu hanya untuk pakej 'sunrise' melalui Hotel Manohara. Punyalah banyak budak-budak sekolah buat rombongan. Pak Wawan terus bawa kami ke pintu masuk international dan uruskan segala kemasukan kami. Tiket Borobudur ni dalam Rp200,000 lebih kalau tak silap aku. Tapi melalui Pak Wawan, kami dapat jimat sikit guna Travel Agent Voucher, Pak Wawan pun dapatlah komisyen sikit kat situ kan.
|
Memasuki kawasan parkir Candi Borobudur |
Candi Borobudur
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah,Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratunggasekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.
Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.
Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha di India atau di China.
Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di pulau Bali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.
Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava gunung berapi. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di Sungai Progo. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur.
Selain kuil Borobudur terdapat 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu kuil Pawon dan kuil Mendut. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun, penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.
Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.
Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.
Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng.
Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah
Semua arca ini di susun dari kiri ke kanan dan hendaklah dilihat dari kiri ke kanan, mengikut jarum jam atau mapradaksinadalam bahasa bahasa Jawa kuno . Cerita-cerita ini berdasarkan kitab Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir di kanan pintu gerbang. Candi ini menghadap ke timur, walaupun pandangan sisi kelihatan sama sahaja.
Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan. (Hukum karma bermaksud buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat). Rangkaian cerita Buddha ini berakhir dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.
Sumber : Wikipedia
|
Pak Wawan uruskan semuanya |
Di laluan masuk international ni, pengunjung dihidangkan dengan kopi dan air mineral..self service.. Nasib baik air mineral dalam botol, dapat aku bawa naik Borobudur nanti, tapi aku tak tamak, kami 4 orang, ambil 4 jelah. Kami juga gunakan khidmat pemandu pelancong sebab nak cepat. Takut nanti terkial-kial kat atas candi tu, dah makan masa. Aku bajet dalam sejam setengah je kat sini. Guide kami di sana ialah Pak Maky, ganteng orangnya. Katanya selalu turun naik Candi Borobudur, sebab tu slim. Bayaran guide untuk kumpulan kurang 4 orang ialah Rp75,000. Di pintu masuk ni juga kami dipakaikan sampin batik seperti yang diamalkan di Prambanan. Bukan sebab menghormati candi ye, tapi sekadar identiti Indonesia. Kalau nak hormat candi tu, kena pakai macam sami Budha le..
|
Minum kopi dulu walaupun tak haus.. rugilah kalau tak minum.. dah le mahal.. |
|
Kadar tip guide dah ditetapkan |
|
Tiket baucer Travel Agent murah sikit.. |
|
Comel Hamzah pakai sampin batik |
Dari laluan masuk, jauh juga nak menapak. Nasib baik aku dah fit sikit, dah masuk Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri le katakan. Tapi bila nampak je kelibat Candi Borobudur ni dicelah-celah pokok, besar gila.. kagum aku.. Siyes.. korang kena pergi sendiri.. Tak sama macam dalam gambar.. Pak Maky bawa kami ke setiap tingkat candi. Tangga-tangga di sini guna blok-blok batu besar. Satu anak tangga sama macam 3 anak tangga normal. Kesian Hamzah nak panjat tangga-tangga setiap tingkat. Tapi Hamzah kuat, kagum aku dengan anak bujang aku ni. Nampak susah sangat di nak panjat, tapi dia takdelah nak buat perangai apa. Sofia haruslah minta dukung. Nasib baik ada Pak Maky, pengunjung terlalu ramai pagi tu, agak susah nak gerak, jadi Pak Maky bawa kami lalu tangga-tangga lain. Berpeluh ketiak panjat Candi Borobudur ni, pagi-pagi pun cuaca terik. Tapi permandangan jelas, dapat tengok gunung Merapi. Gambar kat Candi Borobudur ni banyak yang tak cantik sebab sinaran matahari terik sangat. Nak buka mata pun susah.
|
Kagum aku masa kat sini.. besar gila.. luar jangkaan aku.. |
|
Haruslah bergambar dulu |
|
Relief dinding Candi Borobudur.. menceritakan sesuatu kisah.. Ada aku kesah.. |
|
Relief dinding Candi Borobudur.. menceritakan sesuatu kisah.. Ada aku kesah.. |
|
Cuaca pagi tu memang cantik.. tapi terik juga.. |
|
Mak Maky selaku Tour Guide kami.. |
|
Tengoklah betapa susah Hamzah memanjat tangga-tangga besar ni.. Kuat anak aku.. Aku pun rasa penat.. |
|
Banyak arca yang sudah tidak berkepala dipercayai dicuri.. Ada juga yang musnah akibat bencana alam |
|
Melalui lorong-lorong di antara tingkat-tingkat candi |
|
Di salah satu penjuru |
|
Relief dinding Candi Borobudur.. menceritakan sesuatu kisah.. Ada aku kesah.. |
|
Relief dinding Candi Borobudur.. menceritakan sesuatu kisah.. Ada aku kesah.. |
|
Arca yang tidak berkepala |
|
Saluran air.. tapi sekarang dah tak digunakan.. |
|
Corak pucuk rebung ke ni? |
|
Beautiful |
|
Dua-dua muka penat.. kesian.. |
|
Gunung Merapi jelas kelihatan.. Ada asap keluar dari mulut gunung tu.. |
|
Muka penat.. tapi tak meragam.. anak yang baik.. sapa lagi nak puji anak kita kalau bukan kita sendiri.. he he he.. |
|
Arca berkepala dalam salah satu stupa |
|
Arca tidak berkepala dalam salah satu stupa |
|
Berlatarbelakangkan stupa utama di puncak Candi Borobudur |
|
Sami-sami Budha sedang bermeditasi |
Di salah satu tingkat Candi, kami terserempat dengan sekumpulan sami Budha sedang bermeditasi. Pak Maky kata memang biasa ada kumpulan sami yang datang bermeditasi kat sana khususnya Hari Wesak. Kami ambil masa 1 jam di Candi Borobudur. Pak Maky mengiringi kami balik sampai ke parkir. Alhamdulillah, kalau tidak, susah juga sebab keluar dari Candi Borobudur, kita akan diserbu dengan peniaga-peniaga menjual macam-macamlah. Diorang ni macam tak reti bahasa. Nasib baik ada Pak Maky, masa lalu gerai-gerai tu, peniaga-peniaga gerai dah nak keluar usha kami, tapi agaknya Pak Wawan dah minta tolong Pak Maky kot, peniaga tu nampak Pak Maky, diorang tak jadi nak kacau. Senang sikit nak jalan balik.
|
Ada sebuah stupa yang memang dibiarkan terbuka untuk tatapan pengunjung |
|
Turun dari Candi Borobudur |
CANDI MENDUT
Dari Candi Borobudur, kami menuju pulang ke Kota Jogjakarta tetapi terlebih dahulu d=singgah di Candi Mendut yang mula-mula kami lalui ketika memasuki kawasan Borobudur tadi. Aku turun seorang sahaja di Candi Mendut ni. Anak-anak dah kepenatan. Hamzah paling kesian, bongkah-bongkah batu di Candi Borobudur tu besar-besar, aku pun rasa penat nak panjat, apa lagi sepasang kaki kecik Hamzah. Tiket masuk ke Candi Mendut cuma Rp 3,000 saja, tapi kita kena melalui gerai yang menjual cenderamata. Penjual di sini akan ikut je sambil menjual jualan. Masuk ke pagar candi barulah mereka berhenti. So, cerita Candi Mendut ni seperti yang aku copy & paste kat bawah ni ye..
Candi Mendut
Candi Mendut merupakan candi yang terletak paling timur dari garis lurus tiga serangkai candi (Borobudur, Pawon, Mendut). Candi ini didirikan oleh dinasti Syailendra dan berlatar berlakang agama Budha, dimana hal ini ditunjukkan dengan adanya bentuk stupa sebanyak 48 buah pada bagian atasnya.Tidak diketahui secara pasti kapan candi ini didirikan. Namun seorang arkeologi Belanda menyebutkan bahwa didalam prasasti yang ditemukan didesa karangtengah bertarikh 824M dikemukakan bahwa raja Indra telah membangun bangunan suci bernama venunavayang artinya adalah hutan bambu. Jika hal ini benar maka bisa dipastikan Candi Mendut didirikan pada abad ke 8 Masehi.
Pada bagian dalam candi ini terdapat ruangan yang berisikan altar tempat tiga arca Budha berdiri. Ketiga arca tersebut mulai dari yang paling kiri adalah Bodhisattva Vajravani, Buddha Sakyamuni dan Bodhisattva Avalokitesvara. Ketiga arca Budha tersebut masih dalam kondisi bagus, beberapa bunga-bunga dan dupa nampak tergeletak dibagian bawahnya. Sebuah pagar besi dibangun dibagian depan arca tersebut untuk menghindari interaksi pengunjung yang berlebihan/tidak berkepentingan atas ketiga patung Budha ini.
Relief-relief yang terdapat pada dinding candi ini masih jelas terlihat bentuk/ukirannya. Relief tersebut mengandung cerita berupa ajaran moral dengan menggunakan tokoh-tokoh binatang (fabel) sebagai pemerannya. Terdapat cerita "Brahmana dan Kepiting", "Angsa dan Kura-kura", "Dua Burung Betet yang Berbeda" dan "Dharmabuddhi dan Dustabuddhi", yang secara ringkas isi ceritanya adalah sebagai berikut:
"Brahmana dan Kepeting": Menceritakan kisah seorang brahmana yang menyelamatkan seekor kepiting untuk kemudian kepiting ini membalas budi dengan cara menyelamatkan brahmana dari gangguan gagak dan ular.
"Angsa dan Kura-kura": Bercerita tentang seekor kura-kura yang diterbangkan dua ekor angsa kedanau yang baru. Karena emosi dalam menangapi perkataan atas apa yang mereka lakukan, kura-kura melepaskan gigitannya sehingga jatuh ketanah dan akhirnya mati.
"Dua Burung Betet yang Berbeda": Mengisahkan kelakukan dua burung betet yang sangat berbeda karena satunya dibesarkan oleh brahmana dan satunya lagi oleh seorang penyamun.
"Dharmabuddhi dan Dustabuddhi": Dua orang sahabat yang berbeda kelakuannya dimana Dustabuddhi yang memiliki sifat tercela menuduh Dharmabuddhi melakukan perbuatan tercela, namun akhirnya kejahatannya terbongkar dan Dustabudhi-pun dijatuhi hukuman.
Secara kronologis, Candi Mendut ditemukan pada tahun 1836. Kemudian di renovasi pada tahun 1897 dan 1904 pada bagian tubuh candi namun hasilnya kurang memuaskan. Pada tahun 1908 dipugar kembali oleh arkeolog belanda hingga bagian puncaknya dapat disusun kembali. Tahun 1925 sejumlah stupa yang telah dirapihkan, dipasang dan disusun kembali. Luas bangunan secara keseluruhan adalah 13,7x13,7 meterdengan tinggi 26,4 meter.
|
Candi Mendut |
|
Penjuru kiri Candi Mendut |
Candi Mendut ni masih digunakan rasanya sebab ada colok dipasang di hadapan patung Budha tu. Terdapat 2 orang pekerja sedang membersihkan lumut-lumut pada bongkah-bongkah batu di candi ni. Selesai tengok sikit-sikit, aku pun keluar. Rupanya peniaga-peniaga dah menunggu, lebih ramai dari tadi. Aku cuba melalui peniaga yang berkerumun ni tapi akhirnya termasuk juga kat salah satu kedai sebab nak beli kipas. Masa di Candi Pawon aku beli satu kipas dan jadi bahan rebutan dua beradik dalam bas tu.
|
Pekerja membersihkan lumut-lumut pada batu |
|
Tangga Candi Mendut |
|
Siling.. boleh kata siling ke ni? |
|
Apa aku nak kapsyen nih.. |
|
Relief di Candi Mendut |
|
Patung Budha diapit oleh 2 patung lain di kiri dan kanan |
Peniaga-peniaga ni terus mengikut sampai masuk ke bas. Nasib baik le Pak Wawan ada. Dia yang kontrol peniaga-peniaga ni. Tapi satu tip yang aku nak kongsi ni, kalau nak beli, biar mereka ikut sampai ke kereta sebab mereka akan jual paling murah. Akhirnya dapatlah aku 3 helai t-shirt Rp 100,000 tanpa susah payah menawar. Ok le tu.. RM10 satu. Aku bagitau Palk Wawak, ok Pak.. Pak Wawan terus tutup pintu. Kelas.. rasa macam orang kaya je sepanjang kat Jogja ni. Kami terus meninggalkan Kota Magelang pulang ke Jogjakarta untuk menghabiskan jam-jam terakhir di Wilayah Istimewa ini..
|
Sampai aku masuk kereta, penjual-penjual ni mengikut.. Mau ikut pulang ke Malaysia? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan