Rabu, 16 April 2014

Hotel Impian, Morib, Selangor

Assalamualaikum wbt. Sebelum ini aku ada berkongsi tentang Program Team Building di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor. Aku pun dah tak ingat berapa kali aku dah berkursus di hotel ini. Tapi sebelum ni aku tiada blog, jadi kali ini aku nak buat ulasan berkenaan Hotel Impian Morib yang menjadi tempat aku dan rakan-rakan berkampung dari 9 hingga 11 April 2014 baru-baru ini.
Dari segi lokasi, pada aku, tiada apa-apa yang menarik di sekitar hotel ni. Pantai Morib? Menarik? Takde maknanya, penuh selut.. kotor pulak tu. Biasanya hotel ni dijadikan tempat untuk berkursus khususnya Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Tapi dari segi kemudahan boleh dikatakan hotel ini mempunyai kemudahan yang hampir lengkap. Ada gymnasium, tapi aku tidak berkesempatan meninjau kerana berkunci. Nak minta kunci di receptionist pun, aku bukannya ada masa nak bersenam. Jadual sepanjang 3 hari cukup padat. Aku suka surau di hotel ni, suraunya selesa. Aku lebih selesa solat di surau berbanding di bilik. 
Dari segi perkhidmatan pelanggan, staff-staff di hotel ini agak sombong dan tidak menghormati tetamu. Khidmat kaunter receptionist tidak mesra pelanggan. Staff house keeping pun tidak mesra pelanggan. Mereka tidak sedar jika tidak ada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kursus di sini, siapalah yang hendak bercuti di hotel ni. Walaupun kita senyum pada staff, tapi mereka tidak memberikan respon. Satu pagi tu aku sakit perut, room mate aku mandi punyalah lama, jadi kerana tidak tahan, aku pergi ke tandas bersebelahan receptionist, sombong gila staff yang jaga di kaunter tu, aku tersenyum-senyum, staff buat macam tak nampak je. Semasa sarapan pagi, kaunter telur tu dijaga oleh manager hotel kalau tak silap aku. Manalah kami tahu yang untuk mengambil lempeng beratur di garisan lain manakala untuk telur di garisan lain. Boleh si tukang masak telur @ manager ni sound 'nak telur di sini, jangan beratur di situ, orang nak ambil lempeng'... bengkek je rasanya. Ada sekali tu seorang kawan ni ambil le buah tanpa guna penyepit, si manager ni boleh sound suruh guna penyepit. Menegur tu boleh tapi ada caranya untuk menegur pelanggan. Kami duduk di situ bukan percuma. 
 
Di hotel ni ada bilik superior, deluxe dan chalet. Ada dapat Bilik 103, maknanya bilik deluxe lah. Bilik memang cantik, sangat puas hati. Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Sesuai untuk keluarga. Sejadah juga disediakan. Aircond juga dalam keadaan baik, selesa jugalah bilik ni. Bilik air juga agak luar.
 
 
 
 
 
 
 
Hotel ini juga mempunyai kemudahan kolam renang yang bersih dan luas. Bolehlah bawa anak-anak kalau setakat nak lari sekejap dari kesibukan kerja. Tapi tak dapat berjalan ke mana sangat lah sebab tiada apa yang menarik di sekitar hotel ni.
 

Tiada ulasan: