COKLAT MONGGO
Pulang dari Masjid Bawah Tanah Sumur Gemuling, Pak Wawan tanya samada aku nak ke Kota Gede. Aku risau tak sempat pulak, aku nak ke Kota Gede untuk lawat tempat Coklat Monggo yang fofuler tu aja. Tak berminat nak tengok perak semua tu. Pak Wawan kata kalau cuma nak membeli Coklat Moggo, berhampiran Taman Sari juga ada outlet Coklat Monggo. Pucuk dicita ulam mendatang. Kami singgah di outlet Coklat Monggo yang terletak beberapa minit dari Taman Sari. Masuk-masuk je dalam outlet ni, kami diberi tester coklat. Aku sebenarnya fikir yang Coklat Monggo ni tak le sedap sebab ada beberapa blogger yang kata tak sedap. Tapi lepas cuba.. sedap apa.. Yang blogger lain rasa tu bukan jenama Monggo tapi ntah brand apa agaknya. Ada kualiti le coklat sini.
Outlet Coklat Monggo |
SEJARAH COKLAT MONGGO
Pembuat Cokelat Pertama di Yogyakarta
Petualangan berawal di Yogyakarta pada tahun 2001, seorang pria berumur 35 tahun asal Belgia datang ke Indonesia tanpa sebuah perencanaan. Kecewa dengan kurangnya kualitas cokelat yang tersedia di toko - toko di Indonesia sebagai negara ketiga terbesar penghasil kakao, pria Belgia tersebut memutuskan untuk membuat beberapa produk cokelat cita rasa Belgia sendiri dengan sumber daya yang terbatas.
Cokelat “truffle” yang dihasilkan pertama kali diberikan kepada teman - teman Indonesianya dan secara langsung membuat teman - teman Indonesia tersebut merasakan nikmatnya coklat tersebut. “Anda harus membuatnya lagi!” kata mereka.
Kemudian pria itu membuat cokelat lebih banyak lagi dengan mengendarai Vespa tua berwarna pink, yang disulap menjadi sebuah tempat berjualan. Setiap Minggu pagi pria ini berjualan di daerah UGM dan di daerah luar Gereja Kota Baru. Tujuannya hanya untuk kesenangan serta mencari minat dan reaksi dari masyarakat, bukan semata – mata untuk mencari keuntungan. Hal tersebut sangat menarik dan menjadikan pria itu sebagai Pembuat cokelat pertama di Yogyakarta.
Untuk mewujudkan impiannya, maka pria tersebut menggabungkan sumber daya yang terbatas dengan modal yang ada. Ide pertama muncul untuk membuat sebuah toko, namun hal itu gagal dan tidak di lanjutkan.
Namun demikian, pria tersebut tetap melanjutkan rencananya, dengan pembukaan sebuah perusahaan Anugerah Mulia, pada tahun 2005.
Perusahaan tersebut memiliki tim kecil yang penuh kreasi dan akhirnya meluncurkan produknya yang pertama dengan nama Cacaomania yang berupa cokelat praline yang ditujukan bagi kawula muda. Nama tersebut akhirnya ditinggalkan karena nama tersebut terlalu umum dan mereka membutuhkan nama yang khusus untuk dapat diluncurkan di pasaran.
Nampak macam exclusive.. tapi harga dia ok.. xlah mahal.. |
Aku suka yang Red Chili tu.. lepas makan terasa pedas.. |
Nak beli yang dalam peket tu tapi takut cair.. Bungkusan dia pun cantik.. |
Coklat khas untuk 'Easter Day' |
Staff di outlet ni.. |
Red Chili dan Dark 69% menjadi pujaan hatiku.. |
Kenapa budak hensem ni sibuk nak bawa? Sebab dalam tu ada coklat lolipop.. x sabar nak makan le tu.. |
AYAM GORENG SUHARTI
Waktu menunjukkan jam 12 tengahari. Masih awal rasanya, tapi aku tak berani nak singgah banyak tempat lagi. Aku ajak Pak Wawan makan tengahari di Restoran Ayam Goreng Suharti. Pak Wawan kata yang restoran ni dalam perjalanan ke airport je, jadi aku ada banyak masa untuk berehat di Restoran Ayam Goreng Suharti ni. Di pintu masuk restoran ni ada live band. Hiasan dalaman dia biasa-biasa je. Tapi kemudahan lengkaplah, siap ada surau lagi. Harga di sini agak mahal berbanding restoran-restoran yang kami singgah sebelum ni, tapi pada aku masih murah jika dibanding dengan harga di Malaysia. Kos kami makan tengahari di sini tak sampai Rp 200,000 pun. Saiz ikan talapiannya besar gila, rasapun sedap. Set siap dengan sup, sayur, air teh dan buah-buahan pulak tu.
Aku segan nak snap menu dalam dia.. sebab waktu lunch ramai orang.. |
Ada pulak orang jual buku mewarna.. Ultraman pulak tu.. haruslah Hamzah leka.. peberet dia tu.. |
Aku kan bapak yang adil.. Untuk adik kena beli juga.. Adik siap mandi kat restoran ni.. |
Kami pilih set ikan talapia dan ayam.. Ikan dia besar gila.. Ya Allah..sedapnya.. |
Pak Wawan tak makan sekali tengahari tu. Mungkin sebab dia tahu yang harga di restoran ni mahal berbanding restoran lain. Memang aku respect Pak Wawan ni, dia bukan jenis orang ambil kesempatan. Walaupun aku mendesak, tapi dia menolak dengan alasan dah makan di Taman Sari. Aku tak kisah kalau Pak Wawan nak makan sekalipun sebab walaupun mahal, tapi masih murah berbanding dengan Malaysia sebenarnya. Aku tengok pelancong lain.. pemandu @ guide makan sekali. Pak Wawan juga bagi aku bil dari Yusi Trans. Aku risau juga kalau ada pertambahan cas sebab kami gunakan Isuzu ELF yang sewa biasanya ialah Rp 1,000.000 sehari. Selain tu, aku juga minta Pak Wawan untuk ke Borobudur pagi tadi, Borobudur ni terletak di luar Kota Jogjakarta. Syukur, rupanya tiada satu rupiahpun cas tambahan dikenakan.
Bil Yusi Trans
PULANG.. MARILAH PULANG..
Selesai makan, solat dan berehat, kami menuju ke Lapangan Terbang Adisucipto yang tak berapa jauh dari restoran tadi. Rasa sedey pulak bila Pak Wawan beri ucapan perpisahan. Dia memang seorang yang sangat-sangat baik.. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak aku..
Sampai di airport, aku berilah sikit tip untuk Pak Wawan dalam Rp 300,000.. Sebelum tu di Telaga Warna dah bagi Rp 50,000 untuk dia pergi makan sebab perjalanan jauh memang memenatkan. Itu je yang kami mampu beri, tak mampu balas jasa Pak Wawan yang sentiasa menepati waktu, sanggup tunggu kami yang berjalan berjam-jam. Kami tak pernah tercari-cari Pak Wawan sebaik keluar dari mana-mana tempat lawatan, sebaliknya dia yang akan panggil kami. Sesiapa yang memerlukan sopir yang baik di Jogjakarta, hubungilah Yusi Trans dan minta Pak Wawan menjadi pemandu.
Suasana Airpot yang sentiasa sibuk |
Lelaki yang berdiri tu pemandu teksi.. Berpuluh orang pemandu teksi ada di sini, jangan risau.. |
Cukai Rp 100,000 seorang termasuk bayi.. Asingkan siap-siap.. |
Suasana airport agak sibuk. Di mana-mana airport kat Indonesia yang aku pernah sampai,kebanyakan orang Indonesia ni tak reti nak beratur. Masa bayar cukai airport, tetiba ada sorang pakcik ni main potong barisan dengan selamba, nasib baik petugas tu suruh pergi beratur ke belakang. Kalau di Imigresen pun, kaunter yang untuk foreign pun orang dia main beratur je. Kat Malaysia pun diorang buat macam tu juga, memang tabiat agaknya.
Masa melalui pemeriksaan keselamatan, beg aku kena selongkar, rupanya ada bedak johnson besar budak-budak ni lupa nak masuk dalam bagasi. Tak tahulah pulak yang bedak tak boleh bawa masuk dalam pesawat. Sedaplah kastam, tak payah nak beli bedak untuk anak-anak korang. Mana-mana Kastam pun samalah. Rampas barang orang, lepas tu bagi kat anak-anak, adik beradik... Bahaya sangat ke bedak tu? Boleh meletop ke?
Babai Jogjakarta.. InsyaAllah..aku akan kembali.. |
Penerbangan mengikut jadual. Kalau masa datang gunakan pesawat Indonesia, balik ni gunakan pesawat Malaysia, pramugari pakai uniform biasa tu, xdelah aku ambil gambar. Masa datang tu sebab uniform diorang menarik minat aku. Seperti biasa, penerbangan 2 jam lebih ni kenalah order makanan, takut anak-anak bosan. Bila dah kenyang, diorang akan tertidur. Aku je tak tertidur. Cuaca buruk, lebih buruk dari masa datang hari tu. Seriau dengan kes MH370. Banyak berdoa je. Kami sampai awal. Aku perasan masa Kapten umumkan yang akan sampai lagi 1 jam, kemudian pesawat seolah memecut. Jadi kami sampai 15 minit awal dari waktu yang dijangka. Semuanya berjalan lancar. Keluar-keluar je bas shuttle ke ERL dah ada dan orang pun tak ramai. Kami terus naik bas dan balik..
Tamatlah kisah percutian ke Jogjakarta..
Rasanya catatan pasal Jogja paling panjang kot..
Sebab aku seronok betul kat Jogja.. Orangnya baik.. Makanan murah.. Sedap..
Aku tak sampai banyak tempat lagi di Indonesia.. tapi kalau berdasarkan pengalaman aku di tempat-tempat yang aku dah sampai di Indonesia.. antara Jakarta, Bandung, Surabaya dan Bukittinggi..
JOGJAKARTA adalah yang terbaik... Bye..
1 ulasan:
Catatan blog saudara amat membantu. Saya akan mengikut itinerari saudara yang sama kerana ini kali pertama ke sana dan akan ke sana bersama keluarga. Seronok membaca dan tak sabar ke sana. Satu pertanyaan, apabila menempah khidmat Yusi Trans, saudara buat tempahan dari Malaysia atau apabila sampai di Yogyakarta?
Terima kasih.
Catat Ulasan