Isnin, 21 April 2014

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Ketiga - Kawah Sikidang Dieng Plateau

KAWAH SIKIDANG
Dari Telaga Warna dan Telaga Pengilon tadi, kami terus ke Kawah Sikidang yang tak berapa jauh. Dalam 1 kilometer je kot. Kawah Sikidang adalah bekas letusan dari gunung berapi. Bekas letusan itu telah membentuk kawah yang masih aktif sampai sekarang. Airnya selalu mendidih dan menyemburkan gas yang berbau belerang. Kwah ini digelar Kawah Sikidang karana semburannya selalu berpindah-pindah tempat, seperti Kijang yang sedang berlari. Kawah ini berbeza dengan kawah yang ada di Jawa Barat dan Jawa Timur. Kawah Sikidang tidak berada di puncak gunung, tetapi ia terletak di daratan, jadi kita boleh melihat kawah ini dengan lebih dekat sampai di bibir kawah. Selain Kawah Sikidang, terdapat juga kawah-kawah lain yang masih berada di kawasan Dieng yaitu Kawah Sikendang, Kawah Sileri, Kawah Candradimuka, Kawah Sinila, Kawah Timbang, Kawah Pager Kandang dan Kawah Sipandu.
Gerai-gerai di laluan masuk ke Kawah Sikidang
Keluar je dari kenderaan, beberapa orang peniaga datang menghampiri menjual mask dengan harga Rp 3,000. Aku beli 2 je untuk anak-anak. Tapi tak pakai sangat pun. Bau sulfur tu tak lah kuat sangat. Cuma masalahnya wap kawah ni tak menentu. Mengikut angin, kena pandai-pandailah mengelak. Tiket masuk ke Kawah Sikidang ni disekalikan dengan Candi Arjuna. Harganya Rp 25,000. Anak-anak bawah 5 tahun tak dikenakan bayaran.

Legenda Kawah Sikidang

Alkisahnya, Ratu Shinta Dewi  telah dilamar oleh Pangeran Kidang Garungan. Kononnya, Pangeran itu tampan dan kaya. Ratu berasa kecewa kerana Pangeran berwajah kijang dan berbadan manusia. Ratu membuat syarat agar dibuatnya satu sumur yang besar dan dalam. Setelah hampir siap, Ratu serta pengawalnya telah menimbus kawah itu saat Pangeran masih berada di dalam kawah. 

Ketika saat Pangeran berusaha melepasi sumur itu dengan menanggung segala kesakitan dan keperitan, tiba-tiba sumur menjadi panas, bergetar dan meledak-ledak. Pangeran hampir berjaya melepasi diri tetapi ratu serta pengawal terus menimbun sehingga tidak dapat keluar dari sumur itu. Pangeran berasa teramat marah sambil mengutuk, kelak Ratu dan keturunannya akan berambut gembel. Bekas sumur Pangeran ini kemudiannya menjadi Kawah sikidang. 
Rambut Gembel
Tiket masuk
Kawah yang menggelegak..
Jauh nak menapak..
Aku risau betul anak-anak.. Tanah macam pasir, takut..
Wap dia mengikut angin.. xdelah busuk sangat..
Tak pakai pun mask tu..
Kawasan sulfur..
Bersebelahan dengan akwah ni ada satu loji.. xtaulah aku loji apa..

Siap ada saluran lagi..
Kemik-kemik saluran ni..
Dah puas menghidu bau sulfur di Kawah Sikidang, kami meneruskan lawatan ke Candi Arjuna. Jom tengok cerita Candi Arjuna..


Tiada ulasan: