Jumaat, 18 April 2014

Jalan-Jalan Ke Jogjakarta : Hari Ketiga - Telaga Warna Dieng Plateau

DIENG PLATEAU
Assalamualaikum wbt. Dah masuk hari ketiga dah. Pagi tu kami bersiap awal sebab akan bertolak ke Dieng Plateau pada jam 6 pagi. Nak ke Dieng Plateau ni kena awal pagi sebab menjelang tengahari kawasan ni akan diseliputi kabus. Nanti dah tak nampak apa, nampak kabus je, baik bergambar kat orang fogging nyamuk. Sarapan pun tak sempat. Nak beli roti pun tak sempat. Turun ke lobi tepat jam 6pagi, nampak Pak Wawan dah sampai. Hari ke3 ni Pak Wawan menggunakan Isuzu ELF. Mulanya aku fikir ada tetamu lain yang akan ikut serta, tapi Pak Wawan beritahu cuma keluarga aku sahaja. Kadar sewaannya sama seperti dipersetujui sebelum ini. Lega aku.. Yelah, sewa Isuzu ELF ni biasanya Rp 1,000,000 tau.. larilah bajet. Selesa juga dalam Isuzu ELF ni, boleh anak aku tidur kat belakang sebab perjalanan ke Dieng Plateau ambil masa 3 jam. 
Hamzah nak buka mata pun tak larat
Dah ada undang-undang tidak membenarkan aktiviti pengamen di jalanan, tapi belum dikuatkuasa
Permandangan gunung kembar iaitu Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro
Dalam perjalanan kami melalui beberapa pekan kecil
Masuk ke kawasan Dieng kena bayar.. baru masuk kawasan je ye.. nanti objek wisata bayar lain..
Tiket masuk ke kawasan Dieng Rp2,000 seorang.. Anak-anak tak perlu bayar..
Pokok bawang.. 
Kat sini dah mula sejuk.. buka tingkap agar mudah tajakannya..
 Sayur kobis juga hidup subur..

Dataran Tinggi Dieng Plateau terletak di antara 2 daerah iaitu Kabupaten Wonosobo dan Banjarnegara. Nama Dieng berasal dari gabungan dua kata bahasa Kawi: "di" yang bererti "tempat" atau "gunung" dan "Hyang" yang bermakna (Dewa). Dengan itu, Dieng bererti daerah pergunungan tempat para dewa dan dewi bersemayam. Teori lain menyatakan, nama Dieng berasal dari bahasa Sunda ("di hyang") kerana pada sekitar abad ke-7 Masihi, daerah itu berada dalam pengaruh politik Kerajaan Galuh.
Pintu gerbang Dieng Plateau
Rajin betul orang sini bercucuk tanam..
Aku agak 95% kawasan bukit digunakan untuk tanaman.. kuat betul tenaga diorang ni.. 
Tengoklah.. penuh dengan sayur-sayuran je..
TELAGA WARNA
Kami akhirnya sampai ke objek wisata yang pertama iaitu Telaga Warna atau disebut juga sebagai 'Telogo Warno'. Di kawasan ini terdapat 2 buah tasik di namanakan sebagai Telaga Warna dan Telaga Pengilon. Dinamakan Telaga Warna kerana kandungan sulfur dalam air tasik ini menyebabkan warnanya berubah-rubah menjadi biru, hijau, kuning dan ada kalanya berwarna-warni. Selain tu terdapat beberapa gua dan objek lain di sini. Hutan di sekitar Telaga Warna ni scary.. Macam hutan lama.. ala-ala cerita Harry Porter pun ada.  Korang baca info yang aku copy paste kat bawah ni. Tiket masuk ke Telaga Warna ini berharga Rp 15,000 seorang.
Pintu masuk dan kaunter tikey Telaga Warna
Tiket masuk Rp 15,000 seorang.. anak-anak aku tak payah bayar
Jalan masuk dari kaunter tiket
Peta kawasan Telaga Warna
TELAGA WARNA
Dataran Tinggi Dieng adalah salah satu Destinasi Wisata di Jawa Tengahyang cukup Populer di Kalangan para Wisatawan Nusantara,  Dan salah satunya adalah Objek Wisata Alam Telaga Warna yang akan membuat Pandangan anda termanjakan oleh pesona alam tanah para Dewa , Objek Wisata yang satu ini memiliki luas 39,60 ha. yang merupakan bekas letusan Gunung Purba Dieng yang terjadi pada masa kuarter atau ratusan tahun silam yang kini sudah tidak aktif lagi dan menjadi kantong air hujan , selain itu disebelah Telaga warna juga terdapat Telaga pengilon dan komplek Goa Alam Pertapaan Mandala Sari ( Meditation Cave ) ,
Berdasarkan dari Catatan Prasasti Sejarah Kerajaan Mataram Kuno yang Memilh Dieng sebagai Pusat Pendidikan dan Pusat Peribadatan MasyarakatHindu Kuno di Tanah Jawa sekitar abad ke 8 masehi yaitu pada masa Pemerintahan Raja Rakai Warak Dyah Manara , Dan sampai sekarang pun Dieng masih terselimuti kabut Misteri dan banyak Filosofi yang ada diGunung Tempat Bersemayamnya Para Dewa ini , dan salah satunya adalah Taman Wisata Alam Telaga Warna yang memiliki Filisofi Tatanan PesanMoral Jawa , dan isi dari cerita atau Legenda dari tempat tersebut adalah sebagai berikut ;
Makna yang diambil dari warna air yang ada di Telaga Warna yang melambangkan lima unsur Manusia atau disebut juga ” Sedulur Papat Kalima Pancer ” yang berarti bahwa kita manusia yang terlahir dari kandunganseorang ” ibu ” yang kelak akan menjalani kehidupan yang intinya kita harus ingat kepada ” Sang Pencipta ”serta Menghormati ibu dan hidup bermasyarakat menurut ajaran Agama ”,

dan dilanjutkan perjalanan kita menuju sebuah cermin besar yaitu Telaga Pengilon yang berarti ” Cermin ” untuk kita melihat sisi baik dan buruknya sifat yang ada dalam menjalani Kehidupan, Dan setelah itu kita lanjutkan perjalanan menuju sebuah batu yang dinamakan Batu Tulis yang Berarti kita Manusia harus Memiliki Pedoman hidup atau Kitab untuk  Belajar Agama , Dilanjutkan lagi menuju Goa Semar yang Berarti ” Ngguguo Maring Sing Samar ” ( Tuhan yang Maha Esa ) dan di depan Goa tersebut terdapat sebuah nama ” Eyang Sabdo Jati ” yang artinya kita harus mencari Kesempurnaan Sejati dengan mendekatkan diri kepada Sang Maha Pencipta ,

Telaga Warna
Telaga warna.. airnya bermacam warna
Jalan masuk ke kawasan gua-gua dan hutan yang menyeramkan 
Seram aku lalu hutan ni..
Batu-batu berlumut.. menambah rasa seram..
Hamzah tergelincir kat sini..
Batu Tulis terletak di 'pulau' di antara Telago Warno dan Telogo Pengilon. Kononnya kalau anak tak tahu membaca, berdoa di sini, si anak akan pandai membaca.. KHURAFAT..
Arca di Gua Jaran
Gua Jaran (kuda) dahulunya merupakan tempat pertapaan Resi Kendaliseto. Tedapat lagenda menceritakan suatu masa dahulu ketika hujan lebat, ada seekor kuda mencari tempat berteduh dan akhirnya menemui gua ini dan masuk berteduh di dalamnya. Apabila keluar keesokan harinya, kuda tersebut dalam keadaan bunting. Dari lagenda ni, sesetengah orang percaya wanita yang ingin mengandung boleh duduk di dalam gua tersebut. Tak tahulah pulak duduk berapa lama.
Gua Jaran.. Perempuan yang mandul akan masuk ke dalam gua ni supaya dikurniakan zuriat.. SYIRIK..
Amalan khurafat di Gua Jaran


Malaysian Next Top Model
Aku tak berani nak masuk dalam sangat.. nanti keluar, aku pulak yang BUNTING..
Arca di Gua Sumur
Ada sebuah gua yang ditutup.. siap grill.. tak tahu sebab apa. Namanya Gua Sumur. Dalam Gua Sumur ni ada kolam kecil yang airnya jernih dan sejuk. Air ni dikenali sebagai 'Tirta Prawitasari' dipercayai mempunyai tuah dan dijaga oleh Eyang Kumolosari. Air ni selalu digunakan oleh penganut Hindu dari Pulau Bali untuk upacara Muspe atau Mabakti (jangan tanya aku apa benda nih..). Air ni juga dipercayai boleh membantu penyembuhan penyakit dan melembutkan kulit. Wah.. SKII ke?
Gua Pengantin.. Aku tak tahu kisah gua ni.
Ada orang buat kerja KHURAFAT dalam Gua Pengantin
Naik ke Gua Semar
Gua Semar memiliki ruang sebesar 4 meter persegi dan sering digunakan untuk bertapa..
Suharto juga pernah bertapa di sini pada tahun 1974..
Abang dah pandai bergaya.. tak payah ajar dah..
Selesai melawat sekitar Telaga Warna, kami keluar melihat jualan bersebelahan parkir. Rata-rata gerai menjual barangan yang sama. Di sini dijual produk dari Buah Carica. Buah carica ini hanya tumbuh di kawasan Dieng Plateau. Sebenarnya buah ini adalah buah betik, tetapi apabila betik ditanam di tanah Dieng, ia akan menjadi Carica. Rupa pokoknya sama tetapi buahnya kecil-kecil sebesar buah lemon. Rasanya manis buah. Kami terus menuju ke Kawah Sikidang pulak.
Buah carica yang diproses
Buah Carica
Pokok Carica.. seperti Pokok Betik..

Tiada ulasan: