CANDI PRAMBANAN
Dari Pantai Indrayanti, kami meneruskan perjalanan ke Prambanan untuk melihat Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di Kampung Prambanan. Candi yang lebih dikenali sebagai Candi Prambanan ini merupakan kompleks candi Hindu yang terbesar bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam juga, aku tertidur dalam perjalanan. Aku minta Pak Wawan untuk berhenti di mana-mana restoran yang sesuai untuk makan tengahari sebelum masuk ke Candi Prambanan. Sampai sahaja di Kampung Prambanan, Pak Wawan membawa kami singgah makan di Restoran Satria. Di restoran ini, kita boleh memilih sama ada hendak duduk di meja biasa atau di bangsal-bangsal buluh yang didirikan di bahagian belakang restoran berkenaan. Dah semestinya kami memilih bangsal buluh supaya dapat melunjurkan kaki dan berehat.
Dari Pantai Indrayanti, kami meneruskan perjalanan ke Prambanan untuk melihat Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di Kampung Prambanan. Candi yang lebih dikenali sebagai Candi Prambanan ini merupakan kompleks candi Hindu yang terbesar bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam juga, aku tertidur dalam perjalanan. Aku minta Pak Wawan untuk berhenti di mana-mana restoran yang sesuai untuk makan tengahari sebelum masuk ke Candi Prambanan. Sampai sahaja di Kampung Prambanan, Pak Wawan membawa kami singgah makan di Restoran Satria. Di restoran ini, kita boleh memilih sama ada hendak duduk di meja biasa atau di bangsal-bangsal buluh yang didirikan di bahagian belakang restoran berkenaan. Dah semestinya kami memilih bangsal buluh supaya dapat melunjurkan kaki dan berehat.
Kami memilih ikan talapia bakar, sup cendawan dan kentang goreng untuk makan tengahari. Harga disini boleh tahan juga. Kos makan tengahari termasuk 3 gelas air buah berharga Rp200,000. Masih ok, tak lah mahal sangat. Sesuai dengan tempatlah kan. Kawasan ni tiada restoran lain. Sedap juga rasa ikan talapia bakar. Tapi apa menu pun di Jogja ni mesti berasaskan kicap.
Di restoran ini juga kita boleh mendapatkan tiket untuk masuk ke Candi Prambanan. Aku pun dah tak ingat harga tiket. Di tiket ni tidak tertulis harga tiket kerana kami menggunakan voucher travel agent. Dapatlah murah sikit dari harga asal. Ramai orang bangga bercerita pengalaman menipu menyamar sebagai orang Indonesia untuk mendapatkan harga warganegara Indonesia sebab harga tiket untuk warganegara Indonesia jauh lebih murah. Tapi bagi aku, integriti tu penting. Pak Wawan pelawa juga aku untuk cuba beli tiket tempatan. Dia akan belikan. Katanya aku boleh bercakap Bahasa Indonesia, jadi boleh menyamar. terima kasih aja Pak Wawan. Aku rasa hina sangat diri ni kalau menipu.
Pelancong antarabangsa masuk ke kawasan candi menerusi laluan khas. Di laluan khas untuk pelancong antarabangsa ini disediakan kopi dan drinking water secara percuma. Dahulunya aku dengar pihak candi menyediakan air mineral, tapi mungkin kerana sikap sesetengah pelancong asing yang mengambil air melampau berlebihan, jadi sekarang tiada botol air mineral, sebaliknya guna cawan.
Sebelum memasuki kawasan candi, pelancong akan dipakaikan kain batik. Tujuannya bukanlah untuk menghormati candi atau ada tujuan mistik lain. Motif utama pemakaian batik ini ialah kerana batik merupakan identiti Indonesia. Dari kaunter tiket tadi kami menapak, tapi tidaklah begitu jauh seperti di Candi Borobudur.
CANDI PRAMBANAN
Candi Prambanan dibangun oleh Dinasti Sanjaya di abad ke-9, tepatnya selesai dibangun pada tahun 825 M. Candi yang mempunyai tinggi 47 meter ini terletak kurang lebih 17 kilometer dari Yogyakarta. Kita bisa dengan mudah melihatnya, karena letak candi ini hanya 100 meter dari jalan utama.
Candi Prambanan terdiri atas 3 kompleks bangunan. Candi utama memiliki 3 tempat pemujaan (altar) yang didedikasikan untuk Dewa Trimurti. Candi Syiwa terletak di tengah, Wisnu di sebelah selatan, dan Candi Brahma di sebelah utara.
Disebut Candi Syiwa, karena di dalam bilik candi utamanya terdapat patung Dewa Syiwa (Dewa Perusak). Demikian pula pada Candi Brahma dan Wisnu, dimana di masing-masing candi terdapat patung Dewa Brahma (Dewa Penjaga) dan Dewa Wisnu (Dewa Pencipta). Ketiganya menghadap ke arah timur.
Di depan setiap candi berdiri candi-candi lain yang lebih kecil, yang disebut dengan Candi Wahana, yang masing-masing menghadap ke arah barat. Dinamakan Candi Wahana karena di dalam bilik candi-candi ini terdapat patung binatang yang biasa dipakai sebagai tunggangan/ kendaraan atau wahana dari dewa-dewa tersebut. Lembu Nandi adalah tunggangan Syiwa, burung Garuda tunggangan Wisnu, dan Angsa adalah tunggangan Brahma.
Seperti Candi Borobudur yang kaya dengan reliefnya, Candi Prambanan juga memilki relief yang dipahatkan di pagar langkan. Di Candi Syiwa dan Candi Brahma terdapat relief cerita Ramayana, sedangkan di Candi Wisnu terdapat relief cerita Kresnayana.
Apabila kita memasuki candi utama dari utara, maka kita akan menemukan sebuah patung putri yang sangat cantik, Roro Jonggrang. Patung ini berhubungan erat dengan kisah atau legenda yang dipercaya masyarakat, yang melatarbelakangi berdirinya Candi Prambanan atau Candi Roro Jonggrang
LAGENDA RORO JONGGRANG
Menurut legenda, Roro Jonggrang adalah puteri dari Raja Boko yang berkuasa di daerah Prambanan. Kecantikan dan keanggunan Roro Jonggrang membuat seorang pria dari daerah Pengging yang bernama Bandung Bondowoso ingin memperistrinya. Tapi sebenarnya, Roro Jonggrang tidak mencintai Bandung Bondowoso. Sebagai strategi menolak pinangan tersebut, Roro Jonggrang mengeluarkan syarat agar dibuatkan 1000 candi dalam waktu satu malam. Bandung Bondowoso pun menyanggupinya.
Sebelum melaksanakan pekerjaannya, dia bersemedi untuk mendapat kekuatan dan bantuan dari para jin. Menjelang petang, pembangunan seribu candi mulai dilaksanakan, dan menjelang matahari terbit, pembangunan itu hampir selesai. Melihat hal ini, Roro Jonggrang pun cemas, dan berusaha mencegah kerja tersebut. Roro Jonggrang kemudian memanggil semua putri desa untuk membakar jerami dan memukul lesung (alat penumbuk padi tradisional di Jawa), supaya terkesan hari menjelang fajar. Jin-jin yang melihat hari telah menjelang fajar mulai meninggalkan pekerjaannya. Setelah dihitung, ternyata pekerjaan yang tersisa hanyalah sebuah arca.
Bandung Bondowoso pun mengetahui kecurangan Roro Jonggrang. Dengan perasaan marah dan kecewa, ia mendatangi Roro Jonggrang. Tapi Roro Jonggrang tetap bersikukuh minta digenapi menjadi 1000 candi. Hal ini menimbulkan kemarahan Bandung Bondowoso. “Kurang satu, tambahnya kamu sendiri”. Setelah Bandung Bondowoso mengeluarkan kata-kata itu, Roro Jonggrang pun langsung berubah menjadi arca, untuk melengkapi sebuah arca yang belum terselesaikan. Dan arca ini bisa kita lihat di bilik sebelah utara candi utama.
Banyak ukiran-ukiran pada dinding-dinding candi. Ukiran-ukiran ini merupakan satu cerita. Tapi aku tak reti nak bercerita. Banyak ukiran yang 18sx. Lembu pun boleh jadi mangsa seksual.. dah sangap sangat agaknya.. Semasa lawatan kami, Candi Siwa iaitu candi yang terbesar di Komplek Candi Prambanan ini ditutup untuk lawatan kerana mungkin mengalami kerosakan dan membahayakan keselamatan pengunjung. Disekitar Komplek Candi Prambanan ini terdapat banyak runtuhan candi-candi kecil yang masih belum diperbaiki.
Keluar dari Komplek Candi Prambanan, kami terlihat tram ala-ala keretapi Zoo Negara tu yang digunakan untuk mengelilingi kawasan candi. Terdapat kaunter di situ. Harga tiket untuk menaiki tram ini ialah Rp7,500. Tetapi bagi pelancong asing, ianya percuma. Jadi aku naiklah. Hamzah pun suka keretapi. Tram ini mengelilingi kawasan candi melalui beberapa candi lain. Rupanya ada 3-4 lagi candi dalam komplek ni. Antara yang menarik ialah Candi Sewu. Candi Sewu ni binaannya macam Istana Lama dalam filem-filem Hindustan.. Asyik bandingkan dengan Hindustan je aku ni... perlukah?
Di Candi Sewu, tram berhenti beberapa minit untuk membolehkan pengunjung turun melihat Candi Sewu dengan lebih dekat. Aku apa lagi, turun jugalah. Memang cantik.
Tram meneruskan perjalanan membawa pengunjung ke pintu keluar. Aku perasan ada pertunjukan Tarian Kuda Kepang. Aku pergi dengan lebih dekat menyaksikan Tarian Kuda Kepang. Pemain-pemain seperti dirasuk. Bau kemenyan menyengat hidung. Dengar 'kerawitan' (syair) dia pun rasa seram je. Aku rasa tak sesuai untuk aku bawa anak-anak pergi dengan lebih dekat. Anak-anak aku pun tak berminat dengan kuda kepang. Mata Hamzah dan Sofia sibuk melihat kandang rusa dan burung kasawari yang bertentangan dengan padang tempat Tarian Kuda Kepang diadakan.
Agak-agak dah puas Hamzah dan Sofia melihat rusa dan burung kasawari. Kami terus keluar melalui gerai-gerai bazar jualan cenderamata. Beli jugalah baju anak beranak dan sedikit cenderamata. Besar juga bazar jualan ni. Sepanjang lorong keluar, peniaga tak henti-henti mempelawa kami membeli barangan mereka. Harga barangan di sini murah juga. Sebab saingannya tinggi, jadi mereka terpaksa memberikan harga yang rendah. Tapi aku bukan berminat nak borong-borong ni. Kami terus keluar dan kelihatan Pak Wawan setia menanti kami di luar. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota. Tapi kami singgah di suatu tempat. Jom pergi ke catatan seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan